Berlapar Akibat Kafe Kurang Makanan

Bangi, 27 Jan 2011- Penghuni Kolej Pendeta Zaaba terpaksa berlapar apabila kafe di pusat kemudahan kolej tersebut kekurangan stok makanan bagi menampung jumlah penghuni yang ramai. Sudah hampir sebulan para penghuni kolej terbesar di UKM menghadapi masalah ini setelah kafe Setia Murni yang sering dikunjungi ramai berpindah tempat ke Kolej Ibrahim Yaakob. Pemindahan kafe Setia [...]

Mesej : Yuran Khas Kolej Membebankan

Bangi, 24 Jan – NadiUKM menerima mesej dari seorang mahasiswa tahun 3 yang mahu identitinya dirahsiakan menerusi laman Facebook berkenaan yuran khas kolej. “Saya sebagai pelajar tahun 3 kesal dgn pihak PMUKM yg seolah-olah tidak menunjukkan reaksi berkaitan isu yuran khas terbabit kerana saya sendiri telah berdialog dengan pihak PMUKM ketika mereka membuat ramah mesra [...]

UKM johan Debat Keamanan Piala Menteri Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul johan pertandingan Debat Keamanan Ala Presiden Inter Varsiti Piala Menteri Pengajian Tinggi yang pertama kali diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini, malam tadi. Kemenangan itu diperoleh menerusi pendebat mereka, Shafiq Mahadi yang menjadi pembangkang bagi melawan usul pertandingan tersebut iaitu sama ada [...]

Kerusi MPP Untuk PascaSiswazah Dibuka

Bangi, 22 Jan – Mahasiswa Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)kali ini dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) yang akan datang . Ini berlaku berikutan pertambahan mahasiswa dari kalangan Master dan PHD sejak beberapa tahun lalu. Sejak  UKM dikenali sebagai Universiti Penyelidikan, (Research Universiti, RU) pada tahun 2007, pengambilan untuk mahasiswa prasiswazah dari tahun ke [...]

Risalah Al-Bayan Muncul Kembali

Bangi, 22 Jan – Aspirasi yang merupakan salah satu front politik kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mula menerbit kembali risalah Al-Bayan setelah sekian lama menyepi. Risalah Al-bayan  merupakan lidah rasmi bagi Aspirasi dan mula disebarkan semalam. Risalah ini kelihatan ditabur secara meluas di kawasan-kawasan utama UKM terutamanya di block-block kolej kediaman. Ini merupakan [...]

Kursus Bakal Calon telah dibuka penyertaan

Bangi, 21 Jan – Penyertaan untuk Kursus  Kepimpinan Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi  2010-2011 telah dibuka kepada semua mahasiswa yang berhasrat untuk bertanding pada pilihanraya kampus (PRK) yang akan datang. Kursus bakal calon ini merupakan prasyarat utama bagi mana-mana mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin menjadi calon dalam PRK. Namun begitu, bagi [...]

Mesra ‘Kaki Surau’ Jadi Bahana Henti Tender

Bangi, 21 Jan- Seorang pemilik kedai runcit di Pusat Perkhidmatan Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) dilaporkan akan diusir keluar dari berniaga di kolej berkenaan. Pemilik kedai tersebut, Mak Cik Sally telah dituduh bersekongkol dengan kumpulan mahasiswa  yang lantang memperjuangkan falsafah universiti iaitu Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM). Mak Cik Sally yang sudah bertahun-tahun lamanya berniaga di situ [...]

Teka-Teki PRK 2011 : Tanda-tanda awal PRK

Bangi, 18 Jan – Tarikh sebenar pilihanraya kampus(PRK) sehingga kini masih lagi menjadi satu persoalan yang hangat di kalangan mahasiswa terutamanya bagi parti politik utama di UKM, ASPIRASI, GMUKM dan juga TSB. Akan tetapi, apa yang pasti, PRK ini pasti akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat. Menurut sumber maklumat yang diterima pihak NadiUKM , satu [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.