Bangi, 11 Jan – Seorang siswi dikejutkan dengan bunyi ‘pendatang baru’ di Kolej Burhannudin Helmi beberapa hari lalu. Beliau yang keseorangan pulang ke bilik terpaksa berlari pantas masuk ke blok kediamannya kerana gusar akan disondol. Kelihatan beberapa ekor khinzir dewasa dan anak-anaknya sedang mencari-cari makanan di longgokan sampah di belakang blok asrama wanita.
NadiUKM telah melakukan tinjauan ke kolej berkenaan dan berjaya merakamkan beberapa gambar bukti kehadiran ‘pendatang’ tersebut di UKM ini.
“Ini pertama kali saya jumpa khinzir dengan jarak dekat. Sebelum ini selalu mendengar cerita kawan-kawan saya terserempak dengan khinzir di depan Kolej Tun Hussin Onn dan Kolej Rahim Kajai. Saya tak menyangka rupanya tempat pembuangan sampah di belakang blok asrama Kolej Burhannudin Helmi pun menjadi lubuk makanan mereka,” ujar seorang siswi yang mahu dikenali sebagai Siti.
Beritahunya lagi, kumpulan khinzir tersebut telah menyebabkan sampah-sampah bersepah dan memburukkan pandangan mata. NadiUKM merasakan hal ini perlu diberi perhatian secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak masalah timbul.-NadiUKM
Filed under: Uncategorized



nak salah khinzir ke? aku rasa bkn salah haiwan, tgk sampah sarap kat situ,,,aku rasa mmg tmpt ni koto, kalo x koto xkan khinzir ni tau “port” ni…
Tahukah anda, ternakan babi secara besar-besaran dipanggil sebagai Projek Babi Negara?
Ape ke bijak sgt ko ni… Ape kaitan kejadian tu dgn negara… Cuba la berfikir dgn rasional sbln tulis komen tu
Itu sarkastik lah. Tak tengok sidang parlimen ke?
tahniah buat pihak NadiUkm.Sem baru ini melihat Nadi Ukm lebih membuat penulisan berbentuk berita berbanding cerita.
“NadiUKM merasakan hal ini perlu diberi perhatian secepat mungkin bagi mengelakkan lebih banyak masalah timbul”..
quote ni sangat bagus.Baru perasan ada sem ni.teruskan membongkar misteri Ukm untuk semua rakyat Ukm.
ni statement mcm masuk bakul angkat sendiri jer….
eh mana ada saya puji diri sendiri.puji nadiUkm je.jangan dengki x baik.keep it up nadiukm !
bahaya la babi ni. orang balik PTSL lewat-lewat malam selalu terserempak. babi punya babi.
dan bab sampah tu, pihak tertentu tak ambil tindakan ke? sampah menimbun pun tak reti selenggara.
babi punya babi. semua babi.
ak ase 2 kali ak jmpa binatang nih..
sekali kat kolej rahim kajai pastuh kat pusat skuasy…
terkejot ak sebab binatang tuh lintas depan ak…
hati2 la bila berjalan