Aspirasi giat bantu mangsa tanah runtuh

Bangi, 8 Jun – Aspirasi UKM dilihat bertungkus-lumus memperkasakan gerakan kampen  Tabung Bantuan Bencana Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Taqwa. Kampen  Tabung Bantuan Bencana Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al Taqwa yang dilancarkan pada 24 Mei yang lalu bertujuan untuk menyalurkan sedikit sebanyak bantuan kepada mangsa bencana tanah runtuh di Rumah Yatim Al-Taqwa, Hulu [...]

MPPK : Kerajaan Pilih Kasih

Bangi, 8 Jun – Kerajaan Malaysia yang merupakan penganjur kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)  didakwa membuat pilih kasih dalam mesyuarat tersebut. Ini kerana berlaku penindasan kepada kampus-kampus yang dikuasai oleh Pro-mahasiswa (Pro-M) dalam menyuarakan pandangan serta pendapat dalam sesuatu isu. Ekoran daripada isu MPPK yang lepas, NadiUKM telah membuat soal jawab terhadap beberapa kampus [...]

UKM Harap K’jaan Dapat Biayai Kos Alat Implan Koklear

PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap kerajaan akan dapat menyediakan dana bernilai RM7 juta setahun bagi membiayai kos pembelian alat implan koklear untuk bayi-bayi yang dilahirkan dengan pekak teruk. Secara purata 100 orang dilahirkan pekak setahun. Ketua Program Implan Koklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Lokman Saim berkata, alat implan koklea itu yang bernilai [...]

MPPK : PMUKM gagal membawa nama UKM

Bangi, 6 Jun 2011 – Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) di bawah pemerintahan Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dilihat gagal membawa nama UKM dalam  Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang lepas. Ini kerana PMUKM dilihat gagal dalam menyurakan pandangan mahupun pendapat dalam sesuatu isu, bahkan PMUKM kali ini juga gagal dalam membentangkan kertas kerja cadangan [...]

NadiUKM berdenyut kembali

Bangi, 6 Jun 2011 – Setelah hampir 3 bulan NadiUKM menyepi tanpa sebarang berita, kini NadiUKM tampil semula dengan semangat baru. Pihak NadiUKM memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat menyalurkan informasi terkini dalam tempoh itu. Ini adalah kerana admin pihak NadiUKM baru saja selesai atau dilepaskan dari soal siasat oleh pihak polis . Oleh itu, [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.