Pembudayaan Ilmu Perpustakaan 2009

Bangi, 2009- Pada 6 Ogos 2009, berlangsung satu upacara perasmian Aktiviti Pembudayaan-Ilmu Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia 2009 di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) UKM. Majlis dirasmi oleh Prof. Ir. Dr. Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM.

Dalam majlis ini, mahasiswa dan mahasiswi yang mendapat cemerlang di dalam pencapaian akademik dan mengguna perpustakaan sebagai sumber pembelajaran yang berkesan menerima Anugerah Pecinta Ilmu. Anugerah ini dinilai berdasarkan senarai rekod pinjaman dalam masa setahun. Pada masa yang sama PTSL juga  menyampai kad Keahlian Kehormat kepada seorang  warga UKM yang menyumbang kepada Dana Endowmen Perpustakaan. Anugerah ini  hanya diterima oleh warga UKM yang sudi menyumbang kepada dana  sekurang-kurangnya RM6000  dan ke atas.

Selain daripada itu, kad Keahlian Terhormat juga diberi kepada Allahyarham Dr. Shaharom Hussain, seorang sasterawan, sejarawan dan budayawan yang disegani  atas sumbangan sebanyak 302 naskah bahan dari koleksi peribadi beliau. Allahyarham pernah berkhidmat di UKM sebagai Karyawan Tamu selama 2 tahun mulai 1983 hingga 1985.

Koleksi sumbangan beliau terdiri daripada buku ilmiah, novel, skrip drama, majalah serta manuskrip. Hampir semua karyanya terdapat dalam koleksi ini termasuk manuskrip asal tulisan tangan. Antara karya beliau yang terkenal ialah novel Keris Laksamana Bentan, drama Si Bongkok Tanjung Puteri serta drama Tun Seri Lanang. Koleksi ini dapat memantap lagi PTSL sebagai perpustakaan penyelidikan.

Aktiviti Pembudayaan Ilmu Perpustakaan UKM 2009  bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat seperti, memberi kefahaman kepada masyarakati  tentang  peranan perpustakaan sebagai entiti yang mengurus sumber ilmu dan maklumat untuk menggalak aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM. Selain daripada itu pelbagai program dan aktiviti galakan membaca diadakan sebagai langkah menyokong aktiviti Kempen Membaca Peringkat Kebangsaan. Aktiviti seperti ini  dapat mencerna pemikiran masyarakat akan kepentingan membaca bahan tradisi, sumber ilmu dan maklumat digita.PTSL juga mengambil langkah untuk mempromosi penggunaan e-jurnal dan pangkalan data dalam talian yang boleh dimanfaat oleh warga UKM. Perpustakaan UKM turut mengadakan pertemuan dengan pengguna untuk mendapat maklum balas dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan.

Perpustakaan UKM turut menyedia pelbagai aktiviti antaranya, pertandingan e-J Inforace, aktiviti bersama pelajar sekolah dan mahasiswa, bengkel pengurusan dari perspektif undang-undang, pertandingan jejak maklumat, forum intelektual, pameran karya ahli akademik Fakulti Pengajian Islam, pameran setem dan hari bersama pelanggan.

Nadi-UKM memandang usaha ini sangat bagus. Namun diharapkan pembudayaan ilmu ini harus dibuat sehingga ke peringkat akar umbi, bukan di perpustakaan sahaja. Aktiviti-aktiviti seperti wacana, forum, debat harus diberi ruang yang lebih luas bagi menjana pemikiran mahasiswa. Biarlah satu UKM ini dilihat sebagai simbol keilmuan yang luhur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: