NADIUKM anjurkan bengkel MEDIA

BANGI- 12 Sept, NADIUKM telah menganjurkan satu bengkel media terbuka kepada mahasiswa yang meminati bidang media dan yang mahu mengetahuinya berkaitanya, tujuan dianjurkan bengkel tersebut bagi memastikan pendedahan mahasiswa terhadap media yang ada sekarang. Program tersebut turut dihadiri dari pelajar pelbagai fakulti dengan sambutan yang agak menggalakkan,lebih dari 80 orang yang hadir, pengisian program antaranya diisi oleh wartawan dan juga penulis berita, wartawan yang dijemput ialah saudara Zulkifli Mahmud dari akhbar Sinar Harian.

Seorang peserta yang menghadiri bengkel tersebut, saudara Tarmizi pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina “program ini dapat memberi gambaran yang sebenar tentang media sekarang ini, sebagai mahasiswa saya perlu juga untuk mengetahui tentang perkara ini, kerana media sekarang sudah jauh berubah berbanding media zaman 80- an dan 90-an, program sebegini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang” ujarnya.

Jurucakap NADIUKM Ikram Ismail menyatakan bengkel ini merupakan permulaan bagi program NADIUKM. “Kami akan teruskan lagi program-program seperti ini, ini detik mula bagi kami untuk bergerak selepas ini, saya rasa berbangga dengan kehadiran mahasiswa yang hadir pada program ini” ujar beliau yang juga merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian.

NADIUKM merupakan sebuah entiti pertubuhan dalam UKM, bersifat media dan akan melaporkan berita berkenaan UKM, keahliannya dibuka kepada seluruh mahasiswa UKM, di setiap fakulti dan kolej mempunyai wakil dan jurucakap NADIUKM.

Advertisements

One Response

  1. weyh…xde canang2…ttbe ad brite…
    nk masok gak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: