UM gunakan sistem e-voting

BANGI- 15- September – Pengerusi MAMPU UKM (GMUKM), saudara Affandi Abd Rahman melahirkan rasa kecewa dengan demokrasi kampus Universiti Malaya kerana sanggup melaksanakan e-voting dalam PRK 2009 pada tahun ini, ketika ditemui dalam Majlis berbuka puasa anak negeri Kelantan pada jam 6.45 ptg disini.

“Ini (e-voting PRK UM) suatu kegelitaan demokrasi kampus. (Cadangan saya) Baik kita sms dari dewan kuliah atau bilik tidur di kolej atau bilik mandi atau pasaraya Billion dalam Pilihanraya kampus kali ini, bukankah lebih mudah? Pemilihan pemimpin kita (MPP) dah (seolah-olah) jadi AF (Akademi Fantasia)… ” sinis Affandi.

Pengerusi MAMPU ini juga cuba mempersoalkan soal kerahsiaan undi mahasiswa kerana sebelum pengundi, identiti mahasiswa/pengundi perlu dikenal pasti terlebih dahulu. MAMPU juga merupakan salah satu front yang bernaung di bawah GMUKM, dan mempunyai keahlian yang agak ramai.

“Kita bimbang berlaku politik ‘balas dendam’ pihak-pihak tertentu apabila mendapati majoriti mahasiswa tidak lagi mengundi pihak-pihak mereka. Mahasiswa juga akanculture of fear dalam PRK kali ini. Ia (PRK) memang tidak demokratik,” respon Sdr.Affandi lagi.

Beliau juga menafikan bahawa HEP UKM yang di kenali sebagai Jppel sekarang, turut melaksanakan e-voting di sini apabila pihaknya bertanyakan berhubung keberangkalian UKM juga akan menggunakan e-voting, ini kerana penerangan berkenaan dengan e-voting ini tidak pernah diadakan lagi walaupun perkara ini telah disebut dalam buku peraturan Majlis Pemilihan Pelajar pada sesi lepas. Beliau juga menjelaskan jika UKM juga menggunakan sistem ini , pihak GMUKM tidak teragak-agak untuk membantah sistem ini.

Sebelum ini. e-voting telah pun dilaksanakan secara menyeluruh di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM).- NADIUKM akan membuat liputan secara meluas tentang perkembangan pilihanraya kampus di UKM.-END

Advertisements

2 Responses

  1. ni nadiukm mana lak ni, liputan buat baik2 ckit, jadi media yg melaporkan dengan betul. student ukm ni pon nak taw apa yg berlaku kt ukm ni.

  2. aku mmg x setuju dgn e-voting, biar x yah undi, ingat main game ker, walaucakap mcm mana pun ak mmg x setuju, klu tidak awat e-undi x wat masa pilihanraya kat luar. kerja ja nk bg mudah ja taw. mahasiswa bkn bdk sekolah la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: