Siswi trauma, gangguan seksual pemandu bas

basBANGI, 29 September- Gempar! Pada bulan Ramadhan yang lalu iaitu 9 September 2009 seorang siswi fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM  menggunakan bas UKM untuk pulang ke kolej kediamannya iaitu Kolej Ungku Omar dari Kolej Pendeta  Za’aba. Semasa menaiki bas tersebut kira-kira jam 9.30 malam, beliau hanya berseorangan bersama pemandu bas terbabit.

Beliau yang identitinya dirahsiakan menjelaskan, “masa saya naik bas pada malam tu, hanya saya seorang saja penumpang yang ada dalam bas, tiba-tiba saya dengar bunyi pelik dari tv  yang dipasang pemandu bas berkenaan, agak kuat, bila melihatnya rupanya video lucah yang dipasang” ujarnya yang pada waktu itu dalam keadaan ketakutan.

Dalam keadaan agak cemas sebegitu, beliau sedaya upaya menghubungi rakannya, sehinggalah bas itu selamat sampai di kolej kediamannya. Beliau menerangkan pada mulanya dia tidak mahu menaiki bas berkenaan kerana berseorangan tetapi memikir kolejnya yang agak jauh, beliau menggagahkan diri untuk berada dalam bas itu.  Menurutnya, pemandu bas terbabit berbangsa melayu dan berumur lingkungan 30-35 tahun.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana selamat sampai dan menjadikannya  sebagai pengajaran untuk siswi-siswi yang lain. Ini merupakan pengalaman pahit yang tidak akan dilupakannya.

Isu yang pernah terjadi di UKM sebelum ini berkenaan 2 orang siswi berbangsa cina yang cuba di culik menggunakan pengangkutan bas, tetapi berjaya diselamatkan oleh orang luar yang mencurigai pergerakkan bas terbabit. Disusuli pula kes rogol berhampiran tangga Kolej Ibu Zain pada musim peperiksaan yang lepas. Pernah juga kes orang minyak yang menghantui kebanyakan kolej kediaman di kampus ini.

Pihak NADIUKM akan cuba mendapatkan penjelasan dari pegawai unit pengangkutan sendiri berkenaan isu ini dan jaminan keselamatan pelajar khususnya siswi dari pihak keselamatan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dingini. -END

Advertisements

9 Responses

  1. sy selalu jugak naik bas kt za`ba, tp setakt ni xpernah lg sorg2, mlm pon selalu ja. mmg kdg2 tu ada nmpak pemandu bas yang pandang semacam ja, tp xsyak apa2 la. kalau dia berani smpai pasang video lucah, x mustahil la lps ni perkara lain pon dia sanggup buat. dah mula rasa takut dah nk naik bas mlm2 ni.. minta sngt la pihak pentadbiran pantau perkara ni. kalau nasi dah jadi bubur, xleh nk wat apa2 dah…

  2. kpd pihak yg terlibat menjaga keselamatan pelajar, minta tolong sensitif isu-isu sperti ini, pelajar menggunakan bas ukm sebagai pengngkutan utama dan menjamin keselamatan tp jika perkara spt ini boleh berlaku, jaminam keselamatan terutama siswi mmg terancam. bagaimanakah pemilihan pemandu bas ini dipilih dan sehinggakan pegawai keselamatan juga sampai pelajar rasa kurg dipercayai melihat kpd tingkah laku yg ditunjukkan segelintir daripada mereka….

  3. ramai kawan-kawan aku kt UKM ni pernah mengalami ini tetapi diorang takut nak bersuara. entah ape yang diorang takutkan utk membawa hal ini ke atasan?! adeh..
    truk gak mahasiswa UKM ni. penakut nak bersuara.
    PMU korang xde pantau semua ni ke????
    (sori, bahasa kasar sikit)

  4. hanya org yang mengalaminya saje yg tau..
    yang xmengalami senang untk berckp.. lidah bergerak senang.. buatnya susah.. tapi aku x faham betul degn driver bus tu. x reti bulan pose kew? bodoh punya orang

  5. Pihak Nadiukm dah jumpa pihak Kenderaan UKM ke? Ape hasilnya??

  6. melampau betul pemadu bas tu……harap dapat dikenal pasti dan ditamatkan perkhidmatan…..patutnye mereka(pemandu2 bas) fikir bahawa pkerjaan mereka itu sgt suci….membawa ramai pelajar utk menuntut ilmu….

  7. sundal punya drebar bas.. bulan pose pon nk wat projek.. lau dh x th sgt ajak je monyet kt ukm ni main..

  8. sila gunakan tatabahasa yang betul dan sopan ye..nanti monyet je yang faham..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: