Gegaran kecil berlaku di UKM

ukm

BANGI, 30 September: Gegaran yang berlaku di Sumatera Selatan terutama di  ibu kotanya Padang petang semalam member kesan kepada gegaran kecil di Malaysia. UKM juga mendapat gegaran tersebut.

Menurut seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM “gegaran dapat dirasa dari bilik saya sendiri, bangunan fakulti kejuruteraan ini rasa bergoyang sedikit, ni mungkin kesan gempa yang berlaku di Indonesia” tambahya lagi Malaysia juga perlu berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Beliau merupakan pensyarah kanan fakulti berkenaan.

Gegaran yang sama juga dapat dirasai di Fakulti Pengajian Islam apabila bangunan berkenaan terasa bergoyang. Seorang tenaga akademik di Jabatan Arab dan Tamadun Islam menjelaskan “ pada waktu tu ramai student dah tiada di fakulti kerana dah lewat petang, orang yang berada di fakulti dapat rasa gegaran” jelasnya yang juga cemas dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Dalam pada itu gegaran juga dapat dirasai di kolej kediaman terutama kolej yang berkedudukan agak tinggi. Seorang pelajar yang menghuni kolej Pendeta Za`aba,  Muhammad Hilmi menjelaskan“ bilik saya tingkat 5, memang terasa juga gegaran tapi pada mulanya saya ingat saya pening, rupanya betul ada gempa bumi” ujarnya.

Gempa bumi yang berukuran 7.6 pada skala Ritcher di Sumatera Selatan itu mengorbankan lebih 200 orang penduduk di sana dan dikhuatiri beribu-ribu orang tertimbus di celahan bangunan.

Advertisements

One Response

  1. Alhmdllah syukur Malaysia tak mengalami kesan yg teruk akibat gempa.Semoga kita memperbanyakkan ibadat dan berdoa semoga Malaysia terhindar drpad segala malapetaka.Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: