Risalah “say no to “ Samsu Adabi bertebaran di FPI

fpiBANGI, 6 Oktober-  Risalah yang terus menyentuh tentang keperibadian seorang pensyarah yang kontroversi iaitu Prof Madya Samsu Adabi bertebaran di sekitar Fakulti Pengajian Islam, setiap papan kenyataan mempunyai risalah berkenaan.

Risalah berkenaan banyak menyentuh tentang keperibadiannya sebagai seorang  pensyarah, isu berkenaan Prof Madya yang beliau dapat, dalam risalah itu juga ada menyebut tentang perlantikan dia sebagai Timbalan Dekan fakulti berkenaan.

Pihak yang menyebarkan risalah itu menunjukkan sikap yang betul-betul kurang berpuas hati dengan mengkritik  Prof Madya Dr Samsu Adabi, dalam risalah itu mengaitkan beliau dengan politik luar dan menggunakan kuasa untuk mendapatkan pangkat tertinggi. Risalah itu bertajuk “ FPI dalam ancaman” dan mengajak semua warga FPI mengatakan “say no to” Samsu Adabi.

Seorang pelajar fakulti Pengajian Islam Sdr Muhammad ada menyatakan “ pada pagi tadi risalah tentang Samsu Adabi penuh bertebaran sehinggakan didepan pintu bilik pensyarah lain juga tapi bila dekat tengah hari saya tengok dah tiada, mungkin ada orang dah kutip” ujarnya yang juga merupakan pelajar  jabatan Syariah fakulti berkenaan.

Sebelum ini Prof Madya Samsu Adabi dikaitkan dengan mendenda pelajar yang mengadakan usrah dan terlibat dengan “ jenayah” akademik bagi mendapatkan Prof Madya.

Advertisements

18 Responses

  1. eventhough he did many worst thigs, we shouldnt embrase him as wel as we do now… let allah swt judge him…

  2. salam..
    aku nk mintak satu benda jelah kat pihak NADIUKM yg kononnya bertindak sebagai saluran informasi ukm ni kan..

    semua dakwaan yg korang buat kt si samsu adabi ni berasas ke? berfakta ke? berbukti ke?
    kalau betullah korng punya dakwaan ni, apa kata letak sekali sumber2 korng tu.. drpd siapa, dari mana, dll..
    ni setakat daripada individu yg tidk mahu dikenali, pensyarah yang tidak mahu diknali.. takut kena saman sbb memfitnah ke??
    aik berani buat, tak berani tanggung pulak kan…

    tunjuk sekali hitam putih yg membuktikan dakwaan korang ni betul.. yg dia dpat title prof. madya tu dgn jalan mudah.. stakat cakap2 kosong aku pun boleh..

    yelah kan, kata saluran informasi.. ni macam terlebih berinformasi jer aku tengok.. stakat ckap2 atas angin jer..
    lepas tu tumpu pada satu perkara jer.. ke, memang niat korng macam tu??

    tampilkan bukti hitam putih kalau betullah NADIUKM ni saluran informasi kitaorang.. teluskan berita tu. lepastu baru kitaorang boleh bagi komen.

    • Wsalam,

      Yang reply mcmni mgkin bukan seorg pelajar. Dia mungkin seorg ahli akademik atau seorang penyelidik. Mana tidaknya, dia mintak hujah, bukti, black and white… itu dah akademik kiranya. Apa salahnya pelajar nak mengwar-warkan isu yang kecoh diperkatakan untuk difikirkan oleh semua peringkat di universiti. Justeru, org yg ada bukti utk menangkisnya, silalah buktikan. Tak perlu kita nak hentam penulis, tapi kita nyatakan fakta sebenarnya supaya pembaca celik mata dan akal untuk memikirkannya.

      Apa pun, teruskan perbincangan dengan cara yang sihat. Memang seeloknya lah sesuatu isu itu diperiksa terlebih dahulu untuk menentukan kesahihannya. Sebab setiap kenyataan yang kita buat, kita mesti bertanggungjawab terhadap knyataan itu.

  3. aku sokong dengan cara berani ke 2….
    nadi ukm adalah website musuh islam dan pengkianat bangsa….aku dan geng2 aku akan hancurkan mereka ini dari bertapak di bumi ukm….
    hahahhaha.////

  4. Aku suka dengan pendedahan yg dibuat oleh nadiukm.Yg tidak menyokong tu aku rasa pro-Samsu Adabi dan aspirasi.riles la,klu xbetul nk takut apa.Nadiukm ditudh pulak musuh Islam dan pngkhianat bangsa.Elo siapa yg memusuhi Islam dan pgkhianat bangsa ni? Plajr buat usrah kena denda,itu membela islam ke?sebelum nak menyokong tu,pkir la bebaik.Mengikut biar pintar,menurut biar berakal.Teruskan pndedahan whai nadiukm. Biarkan adabi dengan kegilaanya.

  5. ohh.. kalau yg tak menyokong tu pro-samsu adabi dan aspirasi…
    yang menyokong tu pro-GM lah yer??

    niat nadiukm ni buat pendedahan memg difahami, nak meneluskan apa yg terkabur. tapi, tolong letakkn sekali fakta dan bukti-bukti yng sahih. kita nak menyokong ni pun kena pandai pilih informasi mana yang betul.
    kalau cakap2 atas angin macam ni, bawaklah pergi court mana pun mmg takkn menang.
    samalah macm pendedahan yg nadiukm ni buat.. bagi bukti2 yg sahih barulah kita bolh buat keputusn nak percya ke x.

    kalau betul-betul nak buat pendedahn, dipersilakan. jalan terbentang luas… tak cukup dengan blog, nak letak dalam surat khabar pun boleh. itupun kalau ada buktilah kan.

  6. makhmh dunia mungkin akan membela.. tapi mahkamah akhirat ALLAH yg berkuasa.. x bawah bawk ke mahkamah.. bile ‘berkuasa’ diatas dunia.. dia yg mengawal semuanya.. tapi ingt.. kuasa didunia x sehebat kuasa didunia n akhirat yg kekal selamanya.. hebat mana pom korang.. die ttp menyembah bumi.. kenapa perlu dikaitkan dgn aspirasi dan Gm.. semua ni.. sebenarnya menjatuhkan melayu.. yg sudah layu d ukm ni.. kepada yg bersalah,, dia yg terasa.. so.. perbaikilah diri kerana kita bukn selamanya begini.. yg menentg.. menetglh kejalan ALLAH.. demi ALLAH.. dan kepada yg menyokong.. penyokonglah ke jalan ALLAH..

  7. Melayu islam?
    Islam Melayu?

  8. nak sokong melayu ke islam???
    MELAYU=ISLAM??? btul ke??
    cina india xde y Islam ke??
    islam tu menyeluruh!!!
    hidup Islam!!!! ayuh teman!
    kami mahukan
    ISLAM TERTEGAK DI BUMI UKM!! di DUnia ini!!!
    takbir!!

  9. salam..
    apakehe la nhe..
    cam kanak2 yang kurang pintar lagaknya..
    kalau x caya kat nadi out je la..
    bebel manjang pe kehe..
    leher terkehel kah..

    _Biar Amal Berbicara_

  10. pejuangan nadi ukm adalah suke fitnah orang…ingat la dosa dengan Allah boleh mintak ampun tapi dosa dengan manusia ingt sdri la.,…kenapa kau orang x buat berita sal budak fpi kene tangkap basah dalam kereta dalam bulan puasa x pakai apa2 lak 2 time 2….1 lagi kau ni manusia yang bertopeng syaitan sebenarnya,,,,,,fitnah orang saja kije kau orang ni,,,,,

  11. Ada ke budak FPI kena tgkap basah tuh??waaa best nih.nmpak ttup abih,tp bl brduaan dlm keta lgsng xda baju..kejap2..betul ke cita tu?klu btul hrp2 yg trlibat tu brtaubatlah.

  12. hmm…tak kesah la yg tntg fakta2 len tu.tp tentang kes usrah tu mmg sahih.ape pumye org islam la yg denda org wat usrah???g la denda dak kapel…mengong…

  13. knape xde pon crite psal bdak2 fpi kena tgkap basah time bulan ramadhan ???
    hihi

  14. isu usrah uh betul daa..nampak sangat x peka ngan u sendiri..hampeh ~

  15. terok betol ko ‘berani ke?”
    mmg kene murke………wat sibok je membebel mcm si tua
    nyanyok……………
    dasar mulut berkudis………..
    kalu x sokong nadi blah je la……
    nak dakwah org konon……….
    dakwah dulu mulot jahat ko…….
    ko ade bukti ke yg mulut ko 2 cukup 2 berasas……….
    bak sini hitam putihnyer……
    hah????takot……………

  16. pekehel la korg duk gaduh ssm sndri.. bila di kelih, sm2 melayu, sm2 islam… masya ALLAH

    pepun perbezaan pndpt tu adlh rahmat.. tp jgnla smpai mmbw kpd pergeseran..

    kite kna hormti pndpt org..lain org, lain pk..pndai2 la korg pk yg mn baik n buruk.. dlm QUran smua dh de..

    pe agi, g belek Quran, n amik ibrah dr nye..

    p/s: suka ati nadiukm laa…stiap knyataan msti ade pro n kontra..nadiukm ade gtau pndirian dia ke tntg stiap pekara yg posted???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: