Apa itu SPKG???

Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkah laku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM.

spkgHASIL PEMBELAJARAN PROGRAM BERASASKAN BIDANG PENGAJIAN (15 HP)

Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) telah diperkenalkan kepada pelajar Tahun 1 sesi akademik 2008/2009. Sistem ini dibangunkan bagi membuat penilaian Kompetensi Generik (KG) pelajar, memantau proses penilaian KG dan megawal selia proses penilaian tersebut yang mana objektifnya ialah:

  1. Memudahkan pengguna dalam mencapai maklumat secara interaktif dan mendapatkan maklumat yang mempunyai ciri-ciri mesra pengguna
  2. Memudahkan penilai untuk mencapai maklumat pelajar yang hendak dinilai.
  3. Membolehkan pihak pentadbir atau urusetia memantau kelancaran perjalanan proses penilaian.
  4. Mengurangkan masa penilaian pelajar berbanding menggunakan kertas.

Pada akhir pengajian pelajar akan mendapat Diploma Supplement untuk memaparkan PNGK KG yang diperolehi sepanjang berada di UKM. Kompetensi generik pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. Ia adalah hasil pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM. Aspek yang dinilai dalam pemarkahan termasuklah:

    • HPP1- Pengetahuan
    • HPP2- Amali dan Psikomotor
    • HPP3 – Tanggungjawab Sosial
    • HPP4 – Menghargai Alam Sekitar
    • HPP5 – Etika, Moral dan Profesionalisme
    • HPP6 – Kerohanian
    • HPP7 – Komunikasi
    • HPP8 – Kepimpinan
    • HPP9 – Kerja Berpasukan
    • HPP10 – Kaedah Saintifik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi Dalam Pembuatan Keputusan
    • HPP11 – Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    • HPP12 – Pembelajaran Sepanjang Hayat
    • HPP13 – Kemahiran Globalisasi
    • HPP14 – Kemahiran Keusahawanan
    • HPP15 – Kemahiran Pengurusan

Siapa yang akan mengukur SPKG

  1. Fakulti
  2. PPP(Pusat perkembangan Pelajar)
  3. Kolej
  4. Sistem merit pelajar
  5. Penilaian kendiri
  6. PPU(Pusat Pengajian Umum)

Pembahagian Pengukuran SPKG UKM

Kolej  (51%)

Fakulti (13%)

PPP(13%)

PPU (13%)

Merit Pelajar (5%)

Penilaian Kendiri (5%)

Bagaimana Penilaian Dilakukan

KOLEJ (51%)

  • Penilaian akan dilakukan secara berkumpulan menggunakan sistem mentoran SPKG
  • Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran dan penilaian hasil pembelajaran projek akan di laksanakan berdasarkan aktiviti, projek yang dilakukan di kolej kediaman.
  • Penilai adalah terdiri dari pengetua kolej, timbalan pengetua kolej, pengurus dan felo

FAKULTI (13%)

  • Penilaian dilakukan secara berkumpulan menggunakan sistem mentoran generik fakulti.
  • Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mentoran dan penilaian hasil pembelajaran program akan dilaksanakan berdasarkan interaksi pelajar dengan mentor semasa aktiviti perjumpaan.
  • Penilai terdiri dari pensyarah yang dilantik sebagai mentor
  • Setiap pensyarah mempunyai antara 5 hingga 8 mentee

PPP dan PPU (setiapnya 13%)

  • Pelajar dibahagikan mengikut set kursus
  • Setiap kursus akan dikendalikan seorang pensyarah
  • Pensyarah akan membuat penilaian Kompetensi Generik berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam kursus yang dikendalikan

Merit Aktiviti Pelajar dan Laporan Kendiri Pelajar (setiapnya 5%)

  • Pelajar akan diminta memasukan senarai projek, jawatan yang disandang dan aktiviti yang dilakukan dalam sistem merit Aktiviti Pelajar.
  • Pemarkahan akan diberikan kepada setiap aktiviti dan jawatan yang disandang
  • Pelajar juga diminta menilai diri sendiri menggunakan SPKG pelajar
  • Laporan kendiri akan menggunakan sistem secara talian.
Advertisements

3 Responses

  1. berita terkini!
    “pihak pentadbiran FST telah mengambil langkah mewajibkan bagi mana-mana pelajar yang ingin mengambil slip kemasukan peperiksaan atau kad, KMJP mereka dikehendaki membawa kad MENTOR MENTEE dengan sekurang-kurangnya ada 4 tandatangan dari mentor masing-masing. dan prosedur ini telah dijalankan bermula pada hari ini, sehari selepas hari pengambilan slip kemasukan peperiksaan.”

    ape pandangan korg semua? nk merit punye pasal smpi nk amik slip masuk exam pun kna block. mana hak kite sebagai pelajar? bukan staff pejabat yg nk jwb exam, tp kite sendiri. fikir-fikirkanla..

  2. bg sy SPKG ni agk mmbebankan terutamanya yg melibatkan aktiviti kolej. kdg kala aktiviti ini btembung dgn wktu koke dan aktiviti lain y lebih pnting hngga mnyebabkn pljr x dpt mhadiri aktiviti kolej ataupn tpaksa mengorbankan slh 1 aktiviti lain mengikut kepentingan. sy sndiri mengalami mslh ini. sy hnya mhadiri pjumpaan biro 2x shj krn wktu pjumpaan biro clash dgn waktu koke sy (sy prlu mhadiri koke pd stiap isnin dan rabu pd jam 8.30pm dan hny tiba di kolej skitar 12something a.m). bila nk isi brg spkg kolej, sy dicop sbg x beri komitmen olh ketua biro sbb x hadir pjumpaan. hal ini sgt mbebankan apabila mslh yg sy hdpi ini x dprtmbngkn. bg sy, SPKG bgtu mbebankan mahasiswa.

  3. leng loi ya..
    quaila3..
    betol3..
    howwa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: