Kelulusan ambil Master “disekat”

082Bangi , 8 oktober,  bahagian akademik Pusat Pengajian Siswazah UKM, pengambilan pelajar Master di sekat kepada beberapa orang pelajar yang memohon.

Seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam yang tidak mahu mendedahkan identitinya menyatakan “ ada lebih kurang 4-5 orang pelajar yang minta Master tapi disekat oleh pentadbiran universiti,  mereka ni semua yang dikatakan pambangkang semasa belajar dahulu” ujarnya yang juga merupakan Dr di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan.

Tambahnya lagi, beliau telah berjumpa sendiri dengan seorang pegawai kanan PPP iaitu Prof. Madya Dr. Khaidzir Hj. Ismail  yang merupakan Timbalan Pengarah bahagian Persatuan dan Pengantarabangsaan, bila perkara ini diajukan kepada Prof Madya Dr. Khaidzir, beliau menyatakan ketidaksetujuan dengan perkara ini.

Prof. Madya Dr. Khaidzir telah membawa isu ini ke peringkat atasan, dengan membela pelajar yang memohon Master yang dikatakan Pro –Pembangkang itu dan meminta diluluskan kerana mereka layak untuk mendapatkan Master. Dikalangan pelajar tersebut ada yang mendapat anugerah dekan.

Akibat daripada tindakannya itu , Prof. Madya Dr. Khaidzir telah dipanggil Naib Canselor sendiri  dan dikatakan beliau telah di beri amaran lisan.  Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh pensyarah tersebut.

Bila ditanya kepada seorang kaki tangan akademik dari Fakulti Sains dan Teknologi  yang mempunyai  gelaran Prof. merespon perkara ini dengan menyatakan “ni soal akademik bukan politik, kalau semua pembangkang nak hapus mana boleh, itu hak diaorang, kita bersaing dengan cara yang sihat la, saya ingatkan Prof dan Prof Madya ja yang mereka masuk campur, ni ambil  master pun dah kena” ujarnya yang juga merupakan tokoh akademik yang disegani.

Sebelum ini  pernah timbul isu berkenaan dengan pemberian anugerah akademik kepada seorang pensyarah yang membawa gelaran Prof Madya menggunakan “jalan pintas”.

Advertisements

13 Responses

  1. betul ker ni????, teruk pentadbiran ukm ni, kata demokrasi tapi di diskriminasi, bila la gaknya malaysia ni nk maju…

  2. ada juga dengar lecture dok sebut2 tu, btul rupa2nya, memang zalim, sesungguhnya kezaliman akan dibals jua

  3. inilah kezaliman yang paling bodoh sekali..org nk belajar sekat…apa ni!!!..rasional ckit pemikiran…jgn sempit kan pemikiran..mcm undang2 apa wat mcm ni..suka2 nk sekat orang nk belajar..insaflah wahai pentadbiran ukm….

  4. Agaknya dorang tannak budak2 ni dok buat kecoh lagi kat ukm kot? Ke sebab gomen tannak subsidikan budak2 pembangkang?
    Apply je tempat lain..

  5. ntah pape la ‘org2 besar’ ukm ne.. xrasional..
    kate prosfesional..
    tkut ke??
    xkn tkut kowt..
    hmm..
    xmaju la ukm jwbnye

    • haha…diorng xtkot kot…
      nc sndri xtkot dedahkn rambut…
      mmg die seorng yg brani,kuat dan yakin mnempuh azab nnt..

      rsenye elok ak tulis gini sbb rsenye nc kte ni da berumur, da betaon2 da dgr nsihat suro btaubat…tp stil lg………
      bg ayt yg ‘manis2’ ni kurg bkesan kot…mntk2 ad org sound direct je tros kt die…hehe…btol?

  6. kalu org dh layak nk buat master apsal lak nak halang???
    x de hotak ker……mgkin hade kot otak tp nafsu yg jd nakhoda.
    betol kate nisa’…….SANGAT2 TAK PROFESIONAL……….
    mmg btol pn org2 bsr ukm ni takot….
    errrmm..eh takot kewr???telebih sudahhhh……
    politik yg mulenye dianggap suci….
    tp dh bertukar m’jd kudis n nanah masyarakat…….
    takot sgt allah s.w.t murke ngan politik neraka yg terjadi skang ni…………

  7. wahai insan yang masih diberi pinjam nyawa oleh allah…jika benarlah ape yang yang telah diperkatakan tentang isu ini..kita sebagai pelajar ukm yang beragama islam perlu membuat surat bantahan disamping bersama2 memohon penjelasan dan sebab mengapa pelajar2 yang ingin ambil master disekat….moga kita akan diberi kekuatan dan hak kita sebagai seorang pelajar…..

  8. menurut Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan
    Hak berkenaan dengan pendidikan.

    (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8 (hak samarata), tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—

    (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi.

    da jelas dah xde diskriminasi dlm soal hak rakyat dapatkan pendidikan.. dlm perlembagaan xcakap pun politik bleh diskriminasi..cam haram pentadbiran bodo nk mampus

  9. kamon la penasihat undang2 master..
    apa lagi tegakkan keadilan..
    ku sokong mana termampu..
    wat referendum yok..

  10. hah, kalau macam ni kan,,,,, Allah marah….ku lagi marah maaa….
    ya ampun… ngapain gini dong…..

  11. takot lah nk buat master kat UKM ni…..bkn ape……
    takot nnti bukannye ana yg kene reject amik master,
    tp x pasal2 plk nnti org2 bsr ukm 2 yg kne “tangan” ngan ana….
    hik3…….

  12. bagus dr.khaidzir ni… dia pensyarah psikologi…pernah gempak satu malaysia pasal kajian dia pasal budak sekolah yg dh x virgin.

    harap ada pihak yg membantu dlm kes ni..kalau mahasiswa/i pon senyap.. depa naik kepala la…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: