Fenomena “ USRAH” di Masjid UKM

masjid ukmBangi, 9 Oktober, masjid UKM  menyaksikan kelibat kumpulan-kumpulan perbincangan kecil bertebaran di dalam masjid UKM. Selepas dari menunaikan solat jumaat didapati kumpulan-kumpulan kecil ini bertebaran mencari kawan masing-masing.

Seorang pelajar yang terlibat dalam salah satu kelompok Sdr Aminuddin “ setiap minggu kami adakan usrah ni, masa ni banyak boleh kongsi idea, jumpa kawan-kawan sama” ujarnya yang merupakan pelajar Fakulti Pendidkan tahun 2.

Seorang pelajar PHD  Sdr Bashar yang turut terlibat “ kita selalu buat, jumpa kawan-kawan satu Negara, bina silatul rahim, selepas jumaat memang kita ada jumpa, waktu lain susah mahu jumpa kerana sibuk hal masing-masing” jelasnya yang merupakan warga negara Bangladesh.003

Salah seorang kaki tangan masjid bila ditanya berkenaan kelompok kecil ini, ada menyatakan “masjid ni tempat kita buat banyak benda, kena hidupkan masjid ni, saya setuju sangat la budak-budak ni buat usrah ni, suasana tu nampak seronok” ujarnya yang telah berkhidmat hampir 5 tahun di masjid UKM.

Kumpulan-kumpulan perbincangan ini dianggarkan lebih dari 20 kelompok, dalam setiap kumpulan melibatkan 3-5 orang dan masing-masing sibuk dengan perbincangan masing-masing.

Sebelum ini isu yang pernah timbul, siswi yang mengadakan usrah disurau disalah sesebuah kolej kediaman telah didenda sehingga menjangkau ribuan ringgit, dikatakan menceroboh kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran kolej tersebut

Advertisements

6 Responses

  1. alhamdulillah…… hidupkan kembali keagungan islam!!!
    usah takut pada tekanan…….
    mereka yang benci perkara yang baik(usrah) adalah syaitan yang bertopengkan manusia!

  2. Ya aku sokong Tentera Allah.Hidupkan kmbali apa yg cuba dipadamkan oleh samsu adabi itu. Jgn lemah dan takut.Kami sentiasa menyokong!

  3. salam..moga berbuat keranaNYA ~

  4. salam…

    tp sekarng nie ramai org yg menyalahgunakan usrah tu…usrah tu indah sebenarnya…menyemai hati…tp ade segelintir org menggunakan usrah utk tujuan lain…mcm mane nak maju Islam camnie…

    fikir² kan lah…

  5. MACAM MANE NAK MAJU KO TANYE????
    bkn ke tanggungjawab sume manusia termasuk lah ko skali nk memajukan islam 2…kalu rase x betol,ko batolkan lah…bkn begitu dato’ hantu soleh????huhu………..

  6. salam~semoga berbuat keranaNYA~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: