Senarai “ranking” UKM tercorot

ukm logoUniversiti Malaya (UM)  yang merupakan tertua di Malaysia kini muncul antara 200 universiti terbaik dunia, demikian menurut senarai terkini Times Higher Education-QS. Menurut senarai terbaru itu, UM telah berjaya memperbaiki kedudukannya dari tangga 230 tahun lalu, kepada 180 tahun ini.

Ini bermakna, UM telah berjaya melonjak naik sebanyak 50 anak tangga dalam senarai terbaru Times Education-QS itu. Kali terakhir UM berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia ialah pada 2006 apabila ia disenaraikan pada kedudukan 192.

Malangnya kedudukan UKM pula terus jatuh ketangga agak tercorot dalam senarai terkini itu, iaitu pada kedudukan 291, lebih dari seratus terkebelakang berbanding UM, jika sebelum ini UKM berbangga sebagai universiti yang terbaik di Malaysia ternyata sekarang jauh terbelakang.air terjum ukm

Senarai terbaru ini boleh dilihat di laman web http://www.topuniversities.com

Sebelum ini kontrak bagi Naib Canselor UKM iaitu Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menyatakan kedudukan UKM adalah terbaik berbanding universiti lain di Negara ini dan kontraknya telah disambung lagi Semenjak beliau menjadi Naib Canselor UKM, persaingan  untuk mendapatkan universiti Apex tidak berjaya dan sekarang kedudukan pula semakin merosot diperingkat antarabangsa.

Advertisements

16 Responses

  1. salam.. pntadbiran kene pk balik. cmne bleh jd cmni..
    malu la..
    universiti kte ni byk sgt prog2 yg membntutkan pmikiran mahasiswa
    hedonisme– konon nk release tension, sbb student ni kejenye study je
    tp.. ke mana prog2 yg menjana pemikiran mahasiswa??
    kalu ada pun, sambutan dari mahasiswa sgt kurang memberangsangkan..

  2. cmana plak leh jatuh gila?

  3. sokong aida..adui..ukm kena muhassabah balik. Pasti ade yg tak kena. GO UKM GO!!!!

  4. UKM mesti terus berpijak di bumi yang nyata. ingatlah kembali dasar penubuhan kita. jangan sia-siakan perjuangan org terdahulu….

  5. Apa kata kita tengok semula perincian THES tanpa melihat pada ranking sahaja… Kadang2 kita memberi komen tanpa membaca perincian penilaian…

    Mungkin ini adalah kelemahan masyarakat malaysia sendiri amnya dan UKM khasnya.. tak mengira staff mahupun pelajar.. Malas Membaca…

    Apabila membaca perincian yang diberikan, saya berpendapat UKM masih lagi lebih baik dari pelbagai aspek… Yuran contohnya.. kita jauh lebih murah dari UM sendiri..

    Dan jika kita lihat pada Careers support staff kita jauh lebih ramai dari UM sendiri…

    Pada pendapat saya sendiri, Ranking ini jatuh sebab penilaian pada “engineering & IT” dan “Natural Sciences” yang tidak diberikan oleh THES (tak pasti kenapa tiada ranking pada bahagian tersebut).

    Oleh itu saya syorkan kepada sesiapa yang ingin memberi komen atau menulis tentang Ranking UKM agar membaca dahulu, berfikir (bahagian ini yang paling susah diaamalkan), dan memberi komen secara intelek dan bukannya menggunakan emosi dan sentimen.

    Saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi pandangan kerana saya pun baru sahaja membaca perinciaan ranking tersebut, tapi sekurang-kurangnya SAYA MEMBACA dan MENELITI…

  6. inilah akibat terlalu mengejar nama.. akhirnya hilang entah kemana.. terlalu mengejar title.. hingga lupa kebajikan penghuninya.. terlalu taksub pada satu benda sehingga yang penting diremahkan.. akhirnya terbukti segala-galanya.. mana ukm yg dulu??

  7. kasi bagi pengisian rohani jugak..
    nhe mungkin mujahadah yang kurang tinggi..
    belajar semata exam..
    biar mahasiswa di pandang sebagai orang yang cemerlang dari setiap segi..
    orang lain cemerlang dalam pelajaran..
    kita boleh juga..tapi di tambah dengan kejayaan akhirat..
    dapat bonus ~

  8. salam…

    anda semua tahu ke apa kreteria yg di ambil kira dlm ranking nie?da tahu or tak tahu juz nak main sembur je…?sila rujuk kepada yg mengetahui kenapa UKM jatuh…saya dah dapat tahu tadi dlm kuliah…lecturer pon da tahu..sila rujuk..bkn hanya menyalahkan pentadbiran UKM…

    salah satu sebab UKM jatuh adalah kerana graduan UKM tidak laku di luar sekarang…kerana,mahasiswa mcm nie la yg tahu menyembur,tak tahu mencari kebenaran,yg tahu hanya menghakimi org,sebok berpolitik luar…taksub sgt ngan politik luar…pertikai sgt kebajikan kononnya…

    sedarlah..muhasabah diri balik wahai penuntut UKM..anda bukan pemilik UKM..anda hanyalah PENUNTUT di UKM….tunjukkan diri anda sebagai MAHASISWA UKM…

    salam muhibbah…

  9. sy sokong pendapat sahabat2 di atas..
    tp maaf..
    kalo kamu bicaranya di sini, macam mane nc nak taw?
    usulkan la..

  10. Adus nampak sangat Yang memberi komen tak paham universiti ranking… Baca lah weh… Pemarkahan pada THES banyak kepada isi universiti & penyelidikan universiti dan review dari orang akademik di seluruh dunia..
    Kalo UKM nak sgt ranking top.. pulun semuanya kat research, buat semua dalam bahasa inggeris… baru orang2 yang bagi review tu bagi markah tinggi kan?

    Tapi mesti student yang susah nanti kan?

    Cuma bila bandingkan dengan UM heran juga… Betul ke ratio penyarah kepada pelajar di UM 1 pensyarah 15 pelajar?

  11. suh nc letak jawatan la woi

  12. tahukah anda apa kriteria utama yang http://www.topuniversities.com gunakan untuk membuat penilaian? tahukah anda apa yang dinilai? adakah anda mengambil tahu apa yang http://www.topuniversities.com mahukan daripada mahasiswa?

    oleh yang demikan, marilah sama2 kita ambil tahu apa yang mereka mahukan dan bersedia lakukan perubahan dan umpama sebuah rumah, andai anak bermasalah, mak bapak pon dapat susah.

  13. aku dah lama da fedap dgn nc kite ni..
    bnyk perkara karut marut sumenye idea dr die..
    (selepas berbual dgn sorg pengawal)
    sbgi contoh, sistem park n right yg tak mendatangkan hasil malah merugikan duit2 student utk byr gaji driver bas yg bw bas ‘hantu’ (kosong). smpikn kite ni sebagai student yg ade kenderaan sendiri siap beli sticker lg dah kna saman.. kalo certain2 tempat phmla jgk. mslhnye boleh kata satu ukm diorg nk kasi saman kat student.. bab nk hancurkn kebajikan student mmg no 1. korg renung2 knla.

  14. banyak gile dapat saman..
    hampeh..
    kat u sendiri plak uh..

  15. gile saman kot,huhu….
    bahaye ni…ana nk bwk basikal je kat ukm……hihi….
    ke kene saman jgk???aduyai…….masalah……masalah……..
    nk wat camane ek………

  16. kalau korg nak soh jage kebajikan korg je…(student),sape nak jage kebajikan pensyarah n kakitangan UKM?mmg park n ride tu tak kene pada tempatnya,tp ada jalan penyelesaiannya…berusahalah fikir cara..bukan hanya timbulkan isu..cuba bagi cadangan…jgn nak harapkan PMU or org2 besar yg buat untuk anda…btw,len kali sembang dgn pegawai keselamatan…bkn pengawal…baru tau ape masalah…;)

    tgk twitter,camnie la…tau aspek pemarkahan…yg org laen sebok bercakap ranking jatuh..tp taktau sistem pemarkahan…
    haizzzz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: