Tahniah UKM

dectarSURABAYA 16 Okt. – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Airlangga (Unair) di sini semalam.

UKM diwakili Timbalan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar.

MoU itu membolehkan kedua-dua universiti bekerjasama di dalam bidang penyelidikan, program akademik, pertukaran maklumat, ahli fakulti, pelajar dan seminar serta persidangan.

Kerjasama itu membabitkan Pusat Perubatan UKM, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Farmasi, Fakulti Undang-Undang dan Institut Perubatan Molekul UKM dengan Unair.

Di pihak Unair, kerjasama itu digerakkan oleh Fakulti Kedoktoran, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perikanan dan Kelautan, Fakulti Psikologi, Fakulti Farmasi dan Fakulti Hukum.

Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak berharap, kerjasama itu akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan imej kedua-dua universiti berkenaan.

Menurut beliau, MoU tersebut adalah selari dengan usaha mempromosi dan mengantarabangsakan kepakaran dan keunikan UKM. Kesungguhan TNC itu menunjukkan komitmen yang tinggi pada bidang akademik dalam meningkatkan kembali prestasi UKM yang semakin menurun berbanding Naib Canselor UKM sendiri.

Sebelum itu dikatakan  Naib Canselor UKM iaitu Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin sibuk menghadiri majlis yang berlangsung di PWTC dan tidak dapat menghadirkan diri pada majlis MoU tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: