Aspirasi lancar logo dan sahabat 1 Malaysia

PA190116Bangi 18 oktober,Panggung Seni, kelab Aspirasi UKM telah melancarkan logo dan juga kelab sahabat 1 Malaysia, semua penggerak Aspirasi kolej telah dijemput dan juga seluruh warga pentadbiran UKM bagi menjayakan program ini. Semua pentadbiran Kolej dan Jaksa Kolej juga telah dijemput.

Perasmi yang dijemput ialah, Dato` Nasir Sarfa pegawai seranta YAB Perdana Menteri Malaysia, program ini dilancarkan bagi meniup semangat Aspirasi UKM.  Hadir sama TNC HEPA iaitu Prof Dato` Dr Muhammad Abdul Razak.

Dalam ucapan Dato` Nasir Sarfa ada menyebut “dari dahulu lagi bangsa melayu merupakan bangsa yang utama, cina hanya diberikan peluang untuk diberikan mandat untuk bersama-sama  orang Melayu untuk merdeka, mana ada negara lain buat macam Malaysia, cina dan india harus sedar  tentang perkara ini, jadi kita perlu menjadi sahabat” tegasnya yang juga mempunyai jawatan di dalam UMNO.

Pengarah program  saudara Safarizmal Md Saad dalam ucapannya ada menyatakan “jentera Aspirasi akan sentiasa didokong oleh Pengetua Kolej, pihak pentadiran Universiti dan jentera Aspirasi bersedia pada bila-bila masa” ujarnya yang juga merupakan calon tajaan Aspirasi sebelum ini.

Kesungguhan Aspirasi pada kali ini nampak lebih yakin dengan menubuhkan kelab sahabat 1 Malaysia dan memperolehi peruntukkan sepenuhnya yang disediakan pihak pentadbiran Universiti.

Pada majlis ini pelajar-pelajar diminta hadir dan dikira sebagai merit untuk SPKG bagi pelajar kolej kediaman. Seorang pelajar tahun satu dari kolej Burhanuddin Helmi menyatakan “saya jadi keliru pihak universiti semua Aspirasi,kalau macam ni, jadi tak payah la susah buat pilihanraya, semua pelajar jadi Aspirasi la, senang cerita” . jelasnya dengan menyatakan di kolejnya kelab Aspirasi  tidak ada program yang khusus yang hendak dibuat.

Aspirasi pada kali dipimpin oleh Sdr  Sa’id Hasan dari kolej Rahim Kajai yang juga merupakan pelajar fakulti Sains dan Teknologi. Kebersediaan Aspirasi untuk menghadapi pilihanraya kampus tidak menjadi masalah kerana semua perkara sudah tersedia.

Advertisements

16 Responses

  1. Aspirasi bleh plak nk lancar logo ke, nk lncar kelab sahabat ler.tp pihak sebelah lagi? Nk buat mcm nih jgn harap la. Aspirasi Takut pd byg2 sndiri. Klu berani buka sama rata kpd semua. Barulah slogan ni betul2 brkesan. Sudahlah Aspirasi,berhenti lah dr terus menipu pelajar UKM. Bersatu untuk tukar PMUKM.

  2. Kat kolej burhan dikenali sebagai DUTA mana ada Kelab Aspirasi…
    Harap peka sedikit dengan keadaan sekeliling

  3. “cina hanya diberikan peluang untuk diberikan mandat untuk bersama-sama orang Melayu untuk merdeka”

    tp cina mmg xsedar diri la, ingt cikit… sahabt 1 malysia ni pejuang bangsa yg bawakan… aspirasi bg ruang dkat kaum cina tp jgn sampai lebih lak.. PMUKM tu jgn buat mcm korg punya.. org melayu ramai lg kt UKM ni

  4. bleh plak ek aspirasi ni trlibat ngan politik luar…
    nasib bdn la jd pelajar universti ni. x adil langsung. menyampah.

  5. Laman NADIUKM adalah laman media utama UKM. NADIUKM bersifat ‘Non-partisan’ dalam melaporkan isu dan berita di UKM. Mengamal praktik media (media practices) yang Berani dan Bebas.

    “non-partisan”?????
    bodoh………..

  6. mana boleh macam ni. boleh plak aspirasi yang merupakan front poliik dapat kelulusan program. siap boleh buat pelancaran logo secara rasmi lagi tuh… tp bila gm nak wat program je, mesti akan dituruti oleh pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menghalang program. inikah keadilah yang kita harapkan…. nampak sangat x adil. Pastu bagi siapa yang pergi siap dapat merit lagi tuhhhh. sudah terang lagikan bersulul…jelas sangat tidak adil. pihak pengurusan ukm ni mmg x adil. ingatla, aku akan tuntut balik kekejaman setiap daripada mereka yang menzali keadilan di akhirat kelak…
    dasar UMNO betul

  7. aritu kata ada PM Datuk Najib nk dtg.. bebual la..

  8. mmg tak adil…pe yg aspirasi nak sume ok..siap buat grand2 lg tuuh…GM nak bersukan2 kat stdium pun kne amek2 gambar…kezaliman adalh lwn ketidakadilan

  9. x pe sabar semua..
    Aspirasi uh x ada apa sangat pon..
    permainan kanak2 je..

    “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun”
    Saidina Ali..

    Gambarkan apabila Al-Haq yang tersusun melawan kebatilan yang tahape hape uh..

    apalagi ayuh bergerak seiringan memimpin perubahan!!

    • adeq…rasenye cm xkene je ayat tu…yg betulnye cmni ; “kebenaran yg x tersusun dapat mengalahkan kebatilan yg tersusun” Saidina Ali K.W.
      pihak pentadbiran campur tgn hal2 mahasiswa/i
      cmne nk jd pelapis pemimpin negara kalau selalu ikut telunjuk pentadbiran yg entah pape tu…???
      bleh plak terlibat ngn politik luar???
      nk berusrah pon kate ade unsur2 politik
      ni ape kes???
      bende baik ditentang, yg x baik diagung2kan..
      dunia2…telah membutakan hati manusia…
      ape nk jadi???

  10. eheh..betul lah kak..

    cuba akak check balik..

    saya dah check dah..

  11. Aspirasi memang malas…
    suka mengambil name je mase ad program..
    kononnya diorang terlibat sama….

  12. i bukan nak sokong mane2 pihak. tp nmpk sngt tidak adil. aspirasi selalu dpt layanan utama drpd hep ukm. blh dpt surat hijau kelulusan program, dpt peruntukan, dpt kebenaran guna kemudahan ukm, tnc hepa & pegawai ukm lain akn turun utk beri sokongan dll.

    tp bile gmukm nak buat program, asyik kena reject. kalau dpt kelulusan pun, peruntukan amat kurang. bnyk sekatan seperti kena sahkan ‘background’ speaker, kena interview dgn ppp untk terangkan isi kandungan program dll.

    mengapa tak blh biar dua2 aspirasi & gmukm lawan dlm gelanggan yng rata & adil??? gmukm dilabel underground. aspirasi siap ade cawangan berdaftar kat semua kolej. skrng ade lagi kelab sahabat 1malaysia.

    dimanakah keadilan dlm ukm ni???

  13. “adik-adik jangan risau,aspirasi tiada kena mengena dengan politik luar…”

    seminggu lepas tu, ada la plak ceramah aspirasi anjuran bersama oleh umno.

    oh…umno tu bukan politik luar???

    cakap tak serupa bikin la ini aspirasi…jangan ingat bley bodohkan kami.kami dah boleh berfikir!!!

  14. hurrmmm
    betol la tuh
    dia ingat nak tipu tuakng kebun ke,,,
    ni mahasiswa leee
    (tiada kaitan ngan watak tukang kebun… ) huh

  15. asek org same je yg komen.. sah2 talibarut PR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: