PTPTN akan ditahan jika gagal membuat pendaftaran awal

smpwebMerujuk kepada pekeliling yang telah dikeluarkan, semua pelajar diminta mengambil perhatian dan mengambil tindakan. Didapati ramai pelajar yang tidak berkemampuan masih mempunyai hutang tidak dapat membuat pendaftaran awal kursus. Mereka yang gagal dalam membuat pendaftaran awal pihak pentadbiran akan menyekat daripada mendapat PTPTN pada semester yang akan datang dan denda RM 15.00.

Seorang pelajar fakulti Pendidikan Muhaimin merespon tentang perkara ini “ saya dapat PTPTN, memang ada hutang lagi, jadi tak boleh la nak buat pendaftaran awal ni, saya tunggu duit PTPTN sem hadapan untuk bayar hutang sem ni, tapi kalau sebab tak buat pendaftaran kursus awal  PTPTN kena sekat, tak tau la saya nak ambil duit mana nak bayar” ujarnya dalam nada yang agak kecewa dan juga dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Manakala seorang lagi pelajar dari Fakulti Sains dan Kemanusian dalam kenyataannya “ saya rasa agak tidak adil kalau pihak pentadbiran buat macam ni, sebab bukan semua pelajar berkemampuan, ada dari keluarga yang susah, kebajikan pelajar dah tidak diberi keutmaan, saya harap sangat PMUKM buat sesuatu agar membela pelajar-pelajar ini,” jelasnya yang merupakan pelajar tahun 2 fakulti berkenaan.

Sebelum ini PTPN adalah merupakan tabungan khas dalam bentuk pinjaman bagi membantu pelajar dalam melanjut pelajaran di mana-mana peringkat, kerajaan menyediakan PTPN ini untuk disalurkan kepada pelajar bagi meneruskan pengajian.

Pihak NADI lampirkan bersama rujukan isi kandungan pekeliling yang telah dikeluarkan.

http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102009/bul_091009-15.pdf

Advertisements

3 Responses

  1. kesian plajar yg dr keluarga susah. mana nk rembat duit nk bayar utang tu.. dh la duit ptptn tu takat cukup2 mkn je.. mmg x adil la kalau nk sekat2.. pentadbiran ukm sepatutnya lbh prihatin..

  2. ap ni UKM? dulu xmcm ni pon. kesian sy tgok roomate sy ni. dah la baru thun 1. nk2 skng ni tgah nk berdepan dgn 6 exam. Sebabkn nk byr hutang, sanggup kerja part time sampai takde masa nak stdy. xde lgsung keprihatinan…:(

  3. kesian betul..
    mana dy badan2 kerajaan yang cakap membantu kebajikan pelajar..hampir..nak tunggu kena gulingkan pe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: