Sahabat 1 Malaysia pentadbiran bawakan untuk Aspirasi

sarfarizmalPelancaran kelab sahabat 1 Malaysia telah dilancarkan baru-baru ini. Kelab ini adalah merupakan perkara baru yang cuba dibawa pihak pentadbiran untuk Aspirasi jayakan.

Pengarah program pada malam pelancaran itu Sdr Safarizmal ada menyatakan “pentadbiran menyuruh kita untuk menyahut gagasan yang dibawakan oleh kerajaan iaitu 1 Malaysia, Aspirasi diberikan kepercayaan dan peruntukkan untuk menjayakan program ini, kita ni pemimpin akan datang jadi perlu menyahut cabaran ini”ujarnya yang juga merupakan Tim Presiden PMUKM

Manakala Presiden  Aspirasi Sa`id Hasan Ali pula bila ditanya mengenai kelab Sahabat 1 Malaysia menyatakan “kami rasa semakin kuat bila kelab sahabat 1 Malaysia ini ditubuhkan, saya lebih suka untuk katakan bertanya pada mereka yang berkenaan, tapi apa yang pasti kami akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan Aspirasi pada kali ini” jelasnya yang juga merupakan daripada kumpulan  Aspirasi-TSB.

Pihak NADI cuba untuk mendapatkan respon daripada seorang pegawai yang dikatakan bertangungjawab tentang penubuhan sahabat 1 Malaysia iaitu Puan Rosma Ayu tetapi  bila dihubungi beliau enggan mengulas lanjut dengan hanya menyatakan  perkara ini baik untuk semua jadi terimalah dengan baik .

Sahabat 1 Malaysia diambil daripada konsep 1 Malaysia yang dibawakan oleh Perdana Menteri Malaysia, perdana menteri sebelum ini membawakan konsep Islam Hadhari dan pihak universiti sendiri telah menubuhkan Institut Islam Hadhari.

Advertisements

2 Responses

  1. Saya rase, komen itu bkn saya yg buat pun, tu kwn saya yg cakap mengenai sahabat 1Malaysia.. tp ni juga utk kebaikan semua

  2. apabila sst pertandingan itu terdapat sokongan sebelah pihak dari pihak penganjur akan menjadikan sst pertandingan menjadi berat sebelah secara moralnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: