Wakil Mahasiswa utarakan masalah YURAN

derihBangi 21 oktober, MPP GMUKM saudara Idris Yussoff dan wakil daripada Persatuan Mahasiswa Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah pergi menemui Bendahari UKM berkaitan dengan isu permasalahan yuran yang diutarakan.

Ini antara persoalan yang dikemukakan sdr Idris dan dijawab.

1 : Isu pakej baru yuran yang menyebabkan pelajar lama terpaksa membayar yuran lebih walaupun jumlah jam kredit yang diambil adalah sedikit.

Respon Bendahari : Bayaran yuran bagi pelajar lama kembali mengikut sistem lama iaitu mengikut bilangan jam kredit yang diambil. Sekiranya ada di kalangan mahasiswa yang telah membayar lebihan yuran kerana pakej baru, bayaran tersebut akan ditolak kembali pada semester hadapan. Bagi mahasiswa baru, pakej baru diteruskan kerana lebih menguntungkan berbanding sistem lama kerana jumlah jam kredit yang bertambah.

2 : Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester depan termasuklah akan didenda RM15.00

“Saya berpandangan, mereka yang tidak membuat pendaftaran awal bukan kesemuanya kerana kelalaian tetapi benar-benar menghadapi masalah kewangan (termasuk saya sebenarnya). Justeru, jika mereka tidak dibenarkan mendaftar dan ditahan pinjaman PTPTN saya rasa tidak sepatutnya.”

“Setelah berbincang, Bendahari bersetuju untuk menghantar surat kepada Bahagian Akademik yang membolehkan semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal. Jadi, insyaAllah dalam masa terdekat semua mahasiswa yang masih berhutang boleh membuat pendaftaran awal kursus semester depan. Itu jaminan Bendahari.”

Kenyataan ini boleh dirujuk di blog beliau (tintaduat.blogspot.com) dan laman rasmi blog GMUKM.

Beliau juga dalam kenyataannya terkejut dengan kehadiran pegawai keselamatan yang begitu ramai mengiringi mereka semasa berjumpa dengan Bendahari UKM.

Isu mahasiswa yang berhutang tidak boleh membuat pendaftaran awal yang akan menyebabkan pinjaman PTPTN mereka ditahan untuk semester hadapan, sebelum ini telah menimbulkan pertanyaan dan kerisauan dalam kalangan pelajar.

Advertisements

4 Responses

  1. Terima kasih kami ucapkan kerana telah memperjuangkan hak dan kebajikan kami.Tahniah dan syabas kpd anda semua!!

  2. bgus2 ustaz idris… pjuangan anda drahmati Allah. Amin

  3. ok la tuh…

  4. Alhamdulillah…hidup GM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: