Risalah GMUKM bertebaran di kolej kediaman

DSC00404Bangi 23 oktober, GMUKM telah mengedarkan risalah mereka untuk warga kampus, kelihatan risalah yang dikeluarkan telah diedarkan di kolej-kolej kediaman.

Seorang pelajar kolej za`aba Siti Fatimah “pagi ini saya tengok ada risalah GMUKM depan pintu bilik saya, bila saya tanya rakan bilik sebelah, dia cakap dapat juga, jadi saya tahu juga la apa itu GMUKM” ujarnya yang merupakan pelajar fakulti Sains Sosial dan Kemausiaan.

Manakala seorang lagi pelajar dari kolej Rahim Kajai  ada menyatakan “ semalam semasa solat hajat di masjid UKM, saya dah ambil  risalah GM ni, diletakan di depan pintu. Pagi ni saya  dapati ada dibilik saya pula, mungkin semalam ada orang yang menyedar” jelasnya yang turut hadir solat hajat Perdana Gabungan Persatuan di Majid UKM semalam.

Isi kandungan dalam risalah berkenaan GMUKM mengucapkan selamat menempuh peperiksaan  dengan menyatakan GMUKM merentas kecemerlangan berdasarkan dasar dalam GMUKM iaitu KEILMUAN, FALSAFAH dan KEBAJIKAN. Turut dikaitkan dengannya  berkenaan  Mahasiswa Intelek sebagai Agen Perubahan dengan menghuraikan mahasiswa intelek bijak dalam melakukan perubahan dalam memilih pemimpin di kalangan mahasiswa.

Terkandung juga dalam risalah berkenaan menyatakan GMUKM GOVERNMENT IN WAITING, kebersediaan GMUKM untuk memegang PMUKM pada pilihanraya kampus pada kali ini. Mereka menyatakan “ GMUKM menafikan majoriti 2/3 Aspirasi pada pilihanraya yang lepas, ini merupakan satu kejayaan dan di luar jangkaan, dan PRK pada kali ini, kami menetapkan sasaran untuk menduduki kerusi PMUKM yang nyata gagal dibawa perubahannya oleh Aspirasi”

Selain itu juga GMUKM mengucapakn tahniah dan penghargaan kepada TNC HEPA kerana mendengar suara mahasiswa berkenaan jaminan bahawa sistem e-undi atau e-voting tidak dilaksanakan di UKM,  dan mengharapkan TNC HEPA dapat bertindak professional seperti  pada PRK yang lepas bagi kelansungan demokrasi yang sebenar di UKM.

Mereka juga telah menyatakan kemampuan mereka dalam menganjurkan program keintelektualan dan menjaga kebajikan pelajar dengan merealisasikan manifesto mereka yang lepas sambil menyatakan kebersediaan mereka  untuk berkhidmat kepada mahasiswa.

Sebelum ini Aspirasi telah melancarkan Sahabat 1 Malaysia dengan sokongan dan peruntukkan dari pihak pentadbiran dan mengharapkan semua mahasiswa terima pembawaan baru mereka ini dengan baik terutama kepada mahasiswa tahun satu.

Advertisements

8 Responses

  1. hu…ha..hu…ha.. go za’ba..go za’ba
    kita kawan kan…kita kawan kan….(sila ikut nada dextar)
    ahah

  2. uo x dpt pon risalah tuh.. huhu

  3. kami anak2 uo mahu juga…………….

    BERSATU BERUBAH!!

  4. nk jugak… huhu. gmukm dtg la kat uo

  5. bila nak berkempen ea?hehe..
    dah lama x jadi aktivis politik..
    _undi anda adalah rahsia_

  6. yg sodihnya…. risalh ni dikoyak pun ade.. di buang ke dlm tong smph pun ade..
    SIAPA MKN LADA TERASA PEDASNYA
    BERGERAK SEIRINGAN MEMIMPIN PERUBAHAN
    insyALLAH gmukm pegang PMUKM … AMIN…..
    YA ALLAH bantu kami!!!

  7. yok kawan2..

    BERSATU BERUBAH!!…

    pamerkan intelektualiti mahasiswa..

  8. ……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: