Mahasiswa/i UKM mula menduduki peperiksaan hari ini

DSC02860Bangi, 26 Oktober | Mahasiswa/i UKM telah mula menduduki peperiksaan akhir semester  1 sesi 2009/2010 bermula pagi tadi. Seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.30 petang, mahasiswa/i berpusu-pusu memasuki dan keluar dewan peperiksaan.

Sebanyak tiga kompleks telah dibuka untuk peperiksaan. Berbeza pada kali ini, Dewan Tun Abdullah Muhammad Salleh dibuka semula untuk peperiksaan setelah baikpulih pada semester lepas.

Wartawan NadiUKM sempat menemuramah seorang mahasiswa tahun 1 dari Fakulti Pendidikan (TESL) bernama Hidayat berkata, “Lega sangat bila dah selesai menjawab kertas pertama saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya menduduki peperiksaan universiti. Jangkaan saya sebelum masuk dewan peperiksaan adalah sukar, tetapi sebenarnya mudah untuk saya dan rakan-rakan menjawabnya.”

Beliau menjelaskan lagi, rakan-rakannya juga menghembuskan nafas lega kerana walaupun persediaan tidak sempurna, mereka mampu menjawab dengan baik. Mereka bimbang kesibukan dengan SPKG kolej yang membuatkan persediaan menjadi ala kadar sahaja akan memberi impak buruk kepada subjek-subjek yang lebih susah. 

Jadual peperiksaan akhir semester 1 sesi ini akan berakhir pada 13 November 2009. NadiUKM ingin menasihatkan mahasiswa/i supaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan jayanya.

Advertisements

2 Responses

  1. samalah…lega rasa hati lepas dah abih 3 paper kan..kan….
    sy harap persedian untuk sem 2 lagi mantap…. sy still rasa kurang…maybe baru permulaan….
    paper akidah memang killer…. masuk dewan je.. terus blank… ya allah… hanya engkau yang tahu keadaan aku…
    rasa hampa tak dapat wat yang terbaik untuk paper tu…
    pasrah sudah….

  2. salam imtihan buat semua warga ukm ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: