IPTA perlu jelaskan peranan kakitangan dalam PSPTN segera

kpt Kuala Lumpur 27 Okt. – Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu memastikan kakitangan sokongan memahami peranan mereka dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.

Ini kerana sejak pelaksanaan PSPTN pada 2007, terdapat ramai lagi kakitangan sokongan di IPTA yang tidak mengetahui atau faham mengenai peranan masing- masing dalam dasar itu.

Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali berkata, kegagalan tersebut boleh menjejaskan matlamat untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti.

”Pada Disember ini, kakitangan jabatan serta Kementerian Pengajian Tinggi akan melawat ke semua IPTA bagi membuat audit mengenai PSPTN. ”Tetapi, saya juga suka mengingatkan kakitangan sokongan di IPTA supaya ‘mencari’ sendiri peranan masing-masing dalam PSPTN,” katanya. Terdahulu dalam ucapannya Zarida menjelaskan, dasar PSPTN kini berada dalam peringkat pertama iaitu Fasa Peletakan Asas sehingga 2010.

Katanya, dasar yang dirangka sehingga 2010 itu bertujuan mempertingkatkan tahap pendidikan tinggi di negara ini supaya selari dengan negara maju. ”Justeru, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya kakitangan sokongan di IPTA gagal memahami fungsi masing-masing walaupun fasa peletakan asas PSPTN ini hampir berakhir,” jelasnya.

Peringkat-peringkat lain dalam PSPTN pula adalah Fasa 2-Peningkatan dan Pemerkasaan (2011-2015); Fasa 3-Kecemerlangan (2016-2020) dan Fasa 4-Kegemilangan dan Kelestarian (selepas 2020).

sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: