Tertangkap Kerana Meniru

Bangi,28 Okt | Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia tela didapati  meniru DSC02858ketika peperiksaan akhir semester berlangsung. Kejadian berlaku di Dewan Tun Abdullah Mohamad Salleh sekitar jam 8.30 hingga jam 10 pagi tadi. Mahasiswa tersebut merupakan pelajar tahun dua dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Menurut seorang saksi, pengawas peperiksaan telah menemui helaian nota bersaiz kecil setelah mendapat aduan dari salah seorang pelajar lain. Nota yang disorokkan di dalam saku seluar dan dikeluarkan sedikit demi sedikit selepas pengawas mengambil kertas kehadirannya menyebabkan tindakan terkutuk itu tidak disedari sehinggalah rakan sebelahnya ternampak dan membuat aduan.

seorang saksi menyatakan ” ramai pelajar lain tidak perasan perkara ni, sebab pengawas peperiksaan tu tidak mahu ambil tindakan kerana kasihankan pelajar tu, dan bagi dia sambung menjawab exam semula, pengawas tu cuma bagi nasihat dan merampas nota tersebut”

Dimaklumkan juga  mahasiswa tersebut  merupakan antara individu yang terlibat dalam penubuhan kelab sahabat 1 Malaysia yang baru dilancarkan baru-baru ini, dan juga merupakan seorang yang bergiat aktif dalam aktiviti kolej disalah sebuah kolej kediaman UKM. Beliau telah diberikan amaran awal oleh pengawas peperiksaan dan notanya  telah dirampas.

Bila ditanya kepada seorang  mahasiswa tentang perkara ini “saya rasa perbuatan ini agak terkutuk, nak cemerlang bukan begini caranya, baik tidak masuk Universiti kalau nak meniru, kualiti memang tidak ada la kalau buat macam ni” ujarnya yang merupakan pelajar tahun 3 fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Perkara meniru biasa berlaku pada setiap kali musim peperiksaan, dan terdapat pelajar yang sudah dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini. Tindakan yang boleh dikenakan antaranya digagalkan kursus  sehinggalah dibuang universiti.

Pihak NADIUKM ingin menasihatkan mahasiswa/i sekalian supaya berlaku jujur terhadap diri sendiri ketika menjawab kertas peperiksaan, kembalikan kualiti mahasiswa agar dipandang sebagai golongan intelektual sebenar yang menjadi harapan negara pada masa hadapan.

Advertisements

14 Responses

  1. teruk betul la, blja dah la malas lepas tu meniru plak. aku dah mcm boleh taw ja ni sape orgnya… memang jenis perangai cmtu dah…

  2. len kali klu xtau nk jwb tggalkan jer..xpon ko tulis la apa2 pon..xkan xtau lgsung nk tlis apa.bis tuh ko pg dkt lecture ckp baik2 yg ko ada mslah masa jwb exam..lecture akn prtmbgkanlah..jgn la smpai meniru nih..malu la wei…

  3. من جد وجد ومن ذرع حصد

  4. mcm2………….

  5. Aku ada d tmpat kejadian. Xsgka lak masuk website nih brita tu.. mm.. btobat la *****.. Nsb baik pgwas 2 bg amaran je, kalo x failed course 2… Kot ye pn nk meniru, agak2 la bro…

  6. aduyai… aku tak mau dah repeat paper… mengerikan..
    dah la 25 jam krdt maa
    kawan2..
    klu pas sem ni..
    madah yg kita ambik untuk sem ni kan…. dah tak diulang… n ini bermakna kita dah pakar… so
    renung2kan dan selamat beramal!
    (^_*)

  7. bagi aku ahh…org yang pandai adlh org yg tak kantoi time meniru…pape pun bro,sian gile kat ko..hahahha

  8. lorrrr….ada jgk kee?????klej mn??

  9. perkara mcm ni lh yg blh menjatuhkan martabat……
    kat kolej aktif pogram mcm2……
    bile time exam, x nk aktif plk mmbace buku……..

    ape pn, sebenrnye sian gak kat sahabat 2….
    harap2 dia berubah……….
    cuma kene pndai2 bhagikn mase …..
    kalu rase x mampu nk ketcup aktiviti n blajar, jgn buat……
    ilmu 2 lebih pnting…..utamakn mase dpn dulu……

    dr sini kite dh boleh amik pengajaran…….
    jgn smpai pisang berbuah 2kali @ byk2 kali….

    illal liqaq…..
    maap kalu terkasar,
    sekadar pndangan dn renungan….

  10. tula nk meniru pun pandai2 la cover line.. kan dh kantoi.. itulah padahnya kalau malasa nk study.. ble nk exam bukan nk wat ulangkaji.. x guna kalau aktif program mcm nk rak, tp ble exam pun tiru ..LOL

  11. bersama koreksi diri..

  12. muhasabah diri…pandai2 bahagikan mase antra akdemik n persatuan…buat setakat yg termampu…ilmu menjamin masa depan…dunia dan akhirat…insyaAllah…study is no 1 but dakwah is not no 2…fikir2kan dan selamat beramal…=)

  13. Ya Allah, keluarkanlah aku dr kegelapan ragu2, muliakanlah aku dgn sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu2 ilmuMU dan hiasilah aku dgn akhlak yang terpuji serta kasih sayangMU…ameen…=)
    amalkan doa ini utk mudah faham dan ingat pelajaran…insyaAllah…

  14. jejak…
    slogan uh mantap sangat..
    bukan maksudnya,umum diperlihat..

    “studi is a subset of da’waa”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: