Kecoh Yuran RM 13 sehari

062Bangi,29 Okt – Penghuni kolej Pendeta Za`ba kecoh dengan khabar berita bahawa yuran kolej berkenaan akan diselaraskan dan dinaikkan oleh pihak pentadbiran kolej pada semester akan datang. Yuran yang akan diselaraskan ialah sebanyak RM 13 ringgit bagi sehari, ianya merangkumi caj makanan dan penginapan.

Seorang pelajar kolej berkenaan yang dikenali sebagai Nur dalam kenyataanya “ saya dah dengar perkara ni sejak minggu lepas lagi, selepas kedatangan PMUKM ke sini, dan saya cuba bertanya kepada JAKSA kolej, mereka juga menyatakan kemungkinan perkara ini berlaku, susah la kalau perkara ini betul-betul jadi sebab mesti timbul banyak masalah” ujarnya yang merupakan pelajar tahun 2 fakulti Sains dan Teknologi.

Saudara Hafiz pula merespon perkara ini “ bagi saya agak keterlaluan jika perkara ini berlaku, kami bukan budak-budak sekolah lagi sampai makanan pun kena sediakan, yuran ni pun dah la mahal berbanding kolej-kolej lain, saya rasa perkara ini hanya bebankan student, duduk kolej ni pun terpaksa saja” jelasnya yang juga merupakan penghuni blog H kolej berkenaan dan menyatakan akan  memohon kolej lain pada semester akan datang.

Sebelum ini ada wakil PMUKM yang diketuai Sdr Sarfarizmal membuat lawatan ke kolej berkenaan dan cuba berbincang bagi menyelesaikan permasalhan yang timbul, dikatakan wakil pelajar tersebut telah mencadang beberapa perkara bagi menyelesaikan masalah berkaitan yuran pelajar. Antara cadangan yang dikemukakan ialah selaraskan yuran kolej termasuk sediakan penginapan dan makanan.

Kolej Pendeta Za`ba adalah merupakan kolej yang dikenakan yuran yang paling mahal dan mempunyai pengguni yang paling ramai dengan kedudukannya agak jauh berbanding kolej-kolej lain dengan kekurangan kemudahan dan permasalahan yang sering timbul seperti gangguan air.

Pihak NadiUkm cuba mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini daripada pengurus kolej berkenaan tetapi gagal untuk dihubungi, dan pihak Nadi akan mengikuti dan mendapatkan penjelasan berkaitan perkara ini dari semasa ke semasa.

Advertisements

6 Responses

  1. dak zaaba ah paling kesian..paling mahal,paling jauh,paling bilik smepit dan yang sewaktu dengnya…sabar ye kwn2 sekalian

    • hehe.. i’m glad to be Za’barian actually. evn jauh pn msh ada bus lg. smenye x steruk spt yg disangka. kemudahan pn ok r.. lw nk kte blik smpit pn, saiz bilik kt sni sama je mcm kt kkm. kt sme kolej ada pro n contrast y tsndiri. (^_^)y

  2. haah..aku baru je balik dari zaaba… sedih leee
    diorang sabar jah
    dah la mahal maa
    pastu kelengkapan ala kadar…
    den sodeh gak….
    mai amai2 datang kolej aku,,,, huhuhu

  3. haha…..dato’ onn jgk yg besh…..
    syukuurrr…..

  4. nasib baik aku x kena duduk kt Zaaba tu.. mmg serba serbi kekurangan..kolej jauh, bilik sempit, orang bunuh diri pun ada..hehe…lg yuran pun nk mahal ke..sbar je la penghuni2 zaaba k..

  5. nasib baik aku x kena duduk kt Zaaba tu.. mmg serba serbi kekurangan..kolej jauh, bilik rimas… orang bunuh diri pun ada..hehe…lg yuran pun nk mahal ke..sbar je la penghuni2 zaaba k..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: