Pengurusan Za`ba Nafikan Khabar Angin

061Bangi  30 Okt- Pihak pengurusan kolej Pendeta Za`ba  Kausar Corporation SDN. BHD telah mengeluarkan memo berkenaan berita berkaitan yuran kolej berkenaan   yang akan diselaraskan kepada RM 13 sehari termasuk makanan dan penginapan.

Kenyataan dalam memo berkenaan pihak pengurusan iaitu Kausar Corporation SDN. BHD  menafikan berita yang telah disebarkan itu dengan menyatakan mereka tidak pernah membuat keputusan untuk mengenakan caj makanan bersama-sama sewaan bilik pada kadar RM 13.00 seperti yang dinyatakan oleh pihak-pihak tertentu. Kenyataan ini telah dikeluarkan  oleh pengurusnya sendiri iaitu Sdr Zariman Zainal.

Pihak pengurusan  Kausar Corporation SDN. BHD menyatakan kekecewaan terhadap pihak-pihak tertentu yang  cuba untuk mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan khabar angin yang tidak betul.

Salah seorang kakitangannya menyatakan “saya tahu pihak mana yang sebarkan khabar angin ini, nanti bila pelajar semua dah kecoh, ada la pihak tertentu datang menjadi hero, kononnya membela kebajikan pelajar” ujarnya yang merupakan kakitangan sokongan.

Sebelum ini wakil PMUKM yang diketuai Sdr  Sarfarizmal telah pergi ke kolej Pendeta Za`ba bagi menyelesaikan permasalahan pelajar berkaitan yuran yang tinggi di kolej berkenaan. Namun selepas kedatangan PMUKM khabar angin berkenaan yuran kolej akan diselaraskan menjadi kecoh dikalangan pelajar.- END

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: