Sarfa “delete” semua artikel menghina Nik Aziz

tok guru nik azizBangi 31 okt- Berkaitan dengan isu Sdr Sarfarizmal mengkritik Mursyidul Am PAS di dalam posting blognya, beliau mendapat pelbagai komentar berkaitannya. Didapati artikel yang menghina Nik Aziz itu didalam blognya sudah dihapuskan hari ini. Artikel  itu telah mengundang pelbagai komentar kepadanya.

Seorang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam dikenali sebagai Muhammad dalam kenyataannya “ sebagai seorang Islam kita perlu untuk menghormati ulama, kerana mereka merupakan orang berilmu, bagi saya walaupun berbeza fahaman politik tetapi ketokohan Tok Guru dalam bidang agama perlu diakui, ini mungkin tanda-tanda akhir zaman bila mana ulama dihina sebegini rupa” ujarnya yang merupakan pelajar Jabatan Syariah fakulti berkenaan.

Manakala seorang lagi pelajar yang berasal dari Kelantan memberi respon “ saya rasa bila sarfa hina Tok Guru macam tu, macam dia menghina saya, kami rakyat Kelantan sentiasa hormat Tok Guru, sarfa memang dah melampau, setakat politik kampus dah sampai hebat boleh hina ulama ker” jelasnya dengan nada yang agak kurang berpuas hati.

“Saya pada mulanya agak selesa dengan PMUKM, dan suka cara Sarfa dalam menguruskan PMUKM, tapi saya ingat tiada pengaruh politik luar, bila sampai hina Nik Aziz ni, saya agak kecewa, saya raya semua perkara yang dia buat selama ini tu bukanlah untuk menjaga kebajikan pelajar  tetapi untuk mengukuhkan kuasa saja” jelas seorang lagi pelajar dari Kolej Keris Mas.

Blog Sarfarizmal menjadi tumpuan bila mana beliau mengeluarkan artikel menghina Nik Aziz, dan memberikan hujah-hujah yang agak kukuh untuk mengajak semua orang menilai. Namun artikel itu sudah dihapuskan dari blognya pada hari ini.

Advertisements

15 Responses

  1. alhamdulillah..harap2 sarfa dibukakan hati untuk berubah. sarfa, jgn perjuangkan bangsa sangat.
    mmg kita sygkn melayu, tp ada apa pd melayu???
    dlm kubur nanti xkn ditanya
    “adakah engkau telah memperjuangkan melayu??”
    not need,k..
    mlm nnti..klu tdo, aku harap ko mimpi ditunjukkan jalan yang benar dan lurus. takbirrrr!!!!!

    • perjuangan Melayu ialah perjuangan Islam..rujukla dlm perlembagaan persekutuan seorang Melayu mestilah Islam..takde seorg pun yg Melayu kat Malaysia ini bukan Islam dari segi undang2..rujuk artikel Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dlm blognya,perjuangan Melayu ialah dlm konteks negara Malaysia ialah perjuangan yang memartabatkan Islam..

      • ena, mmg benar. tp jika kita perjuangkan bangsa Melayu, skopnya hanya melayu. harus diingat, bangsa lain juga ada yg beragama Islam. Jika kita perjuangkan Islam, keadilan Islam itu pasti dpt dirasai oleh semua bangsa dan agama. Tak salah perjuangkan bangsa dlm hal2 tertentu. Tapi perjuangan Islam itu perlu diletakkan diatas. Yg saudari rujuk itu adalah perlembagaan Malaysia, tp saudari tak rujuk perlembagaan Allah. Allah ciptakan bangsa bkn utk kita pentingkan bangsa kita tp Allah suruh kita berkenalan dan bergaul antara satu sama lain. Jd tak wajar jika kita hanya perjuangkan bangsa kita dan mengetepikan bangsa lain. ISLAM is FOR ALL RACES. ISLAM is NOT RACISM.

  2. tak payah la nk kata suh sarfa ditunjukkan jalan yg benar dan lurus, aku tengk dia lagi baik daripada budak2 GM tu, hati busuk, ta`asup kat Nik Aziz, ada otak fikir la sendiri, pergi mampus la dengan PAS dan PKR tu.. bdk2 GM memang bengong.. taw follow membabi buta… nak ajar org jadi baik konon.. blah la weiiiii

    • ko dak aspirasi ye?..kO pndai kn?..kO bg no blik kO?…kO brani kn?…hikhik

    • bkn taksub tp hormat. Hormat seseorang kerana peribadi dan ketinggian ilmunya. Lihat pada komen awk ni mmg seperti org yg bodoh sombong. Bgaimana agaknya jika anda hidup dizaman Rasulullah S.A.W dan Rasulullah dan para sahabat dtg mengajak anda menjadi org yg baik. Adakah jwapan sama yg akan anda berikan?

      orang doakan supaya ditunjuk jalan benar pn awk kata tak payah. Cabaran betul ni buat para pendakwah sekalian.Apakah cara paling sesuai berhadapan dgn orang bodoh sombong seperti ni?

      sah2 klu ajak pergi surau org bodoh sombong akan jawab, “bajet ko tu alim sgt la pegi surau?dh maksum ke nk ajak2 org pegi surau?bajet pegi surau blh direct msuk syurga ke?nk tunjuk alim la tu pegi surau lps tu ajak2 org plk…blah la weiiii”

  3. duta burhan..awas ye kata3 anda..anda bukan sahaj duta burhan..x ada apa pada burhan..

    Anda ada jawatan yang lebih hebat dari uh..wah3.Hebatnya kamu..mahu tahu apakah itu?

    DUTA ISLAM..anda duta Islam..jadi promote lah Islam..semua orang inginkan kebaikan..ada x sesiapa yang nak jadi jahat?orang jahat pon kadang berhati mulia..fitrah kita kan suci..lahir o je..

    jadi kita sama3 lah berubah ke arah kebaikan..sama3 lah kita gm ke Aspirasi ke..sama3 mohon hidayah daripada Allah..

    x mustahil Allah nak tarik balik nikmat iman kita..dan x mustahil Allah nak beri nikmat iman kepada orang yang kosong jiwanya..

  4. assalamualaikum…wahai manusia jangan kamu sesuka hati kata budak GM itu taasub kepada tuk guru nik Aziz…Kami diajar hanya taasub kepada Allah semata…Allah tuhan kami semata….bukan kepada manusia yang mana sama je semua lemah!!! tapi ingat lah yang paling Allah pandang adalah orang yang paling bertaqwa…kami hormat tuk guru tidaklah sampai taasub…kami semua Allah bagi akal…manusia lemah…Allah saja kami sembah…lailahailallah…

  5. duta burhan a.k.a razali fssk penjilat sarfa.sapa yg x kenal..hahaha..g follow sarfa sampai liang lahad la wei..tp.,4 sure x muat..hang terlebih besar sket..hahaha..buat busuk nama burhan je..

  6. semoga Allah bg petunjuk dan hidayahnya kepada duta burhan juga… ameen

  7. Duta Burhan?? mcm ‘buta burhan’ ja..hak3…ops ke ‘buta hati’..’buta burhan’..ko sokong sarfa yg amik artikel org len yg mghina ulama.ko nih buta betul lah..tp xpa srfa da mnta maaf..ok la tuh.bdk sarfa ni mmg,nk dkt PRK mmg dia wat pblisiti..dlu pon kecoh kes ada org ugut bunuh dia. sarfa mmg bijak mengatur prcaturan politiknya..Tahniah la sarfa.bgus ko.bijak2..lps ni apa la ko nk buat lg..kami smua tggu…yg pntg aku dn group aku akn brusaha untuk ‘kalih PMUKM’ .sama2 kita brsaing dgn cr sihat.(”,)

  8. salam.. mule2 x nak komen kt sini.. tapi x puas ati lak tgk komen si kononnyer “duta burhan” 2.. byk2 mengucap pak cik oi.. risau iman tergugat.. hati2 dlm berbicara ttg Islam.. kate2 ko da bertentangan ngan satu hadis nabi.. aku dpt hadis 2 dr Ustaz nik zawawi.. ingat, lidah umpama pedang!!!! jika kita x potongnya, die akan memotong kita.. nauzubillah…

    • macam pepatah Arab pula..

      “masa itu ibarat pedang, jika kamu tak potong ia, pasti ia akan potong kamu”

      _sekadar selingan_

  9. pertama, artikel tu dah tersiar.. walaupun telah dtarik balik, tapi hanya artikel yang ditarik…. keterangan yang mengelirukan tersebut gagal diperjelaskan..

    Kedua, T.Pres PMUKM, bukanlah jawatan main2. Kepala no 2 student UKM. So kena btanggungjawab trhadap setiap statement.

    ketiga, tiada masalah untuk memberikan pandangan. Masalahnya, ianya melibatkan isu2 sensitif dan mempengaruhi ramai orang. Setiap keterangan perlu diperjelaskan sah dan batalnya.

    keempat, mahasiswa perlu bertindak profesional dan berfikir secara objektif dalam isu ini. Isunya ialah tuduhan bersifat peribadi terhadap TGNA dan tuduhan tersebut disebarkan pula oleh T. PRes PMUKM.

    Kelima, dan kesimpulan: Debat Terbuka memperjelaskan isu yang sebenar dan yang mana satu yang benar. Tanpa sebarang niat atau kecenderungan untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

    Salam Mahasiswa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: