Polis Turun ke Kolej Dato` ONN

keta polis2 Nov, Bangi – Berkenaan dengan kes kecurian yang semakin serius berlaku di kolej Dato Onn, pihak polis dari  balai polis Bangi telah turun ke kolej kediaman tersebut bagi menyiasat laporan yang telah didibuat oleh salah seorang daripada mangsa,Saudara Fadhlan  berkenaan dengan kes kecurian komputer riba yang berlaku di kolej tersebut.

Pihak polis menyatakan kebersediaanya untuk menyiasat dengan lebih lanjut berkaitan kes kecurian ini, kerana sudah banyak kes yang berlaku di kolej tersebut dalam masa terdekat ini.

Menurut maklumat yang diterima oleh Nadiukm,antara kelemahan yang berlaku di kolej tersebut ialah CCTV yang tidak berfungsi. Selain itu juga, faktor kediaman yang agak terbuka memungkinkan berlakunya penglibatan orang luar di dalam kes ini.

Walaubagaimanapun,kes ini masih lagi berada di dalam siasatan pihak polis dan meminta kerjasama kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kes ini dan melaporkan kepada Balai Polis Bandar Baru Bangi di talian 03-89250282.

Kes terlebih dahulu telah dilaporkan kepada pihak keselamatan UKM Wisma Aman, namun tindakan yang dari pihak keselamatan UKM masih kurang serius dalam menangani isu ini. -END

 

Advertisements

3 Responses

  1. bukan kt Kolej Dato Onn je yg byk kes kecurian. kolej lain pun byk juga kes.. antara yg dikesali adalah CCTV wujud tp mcm x brfungsi..

  2. hmm pak guard ni mmg lembab sket. kes curi moto pn die buat dek, siap de pak guard yg kantoi subahat curi moto, pas2 de pak guard yg mrh dak bwk moto songsang jalan, tp die blh lak hantu pnye pak guard

  3. to aspirasi uo;
    xperlu la engkau menggunakan bahasa yg kurang enak didgr…bapak kau kerja apa? kalau aku kata bapak kau kerja lembap kau marah tak ? tak semua pak guard lembap, ada juga yg baik dan pandai tp sebab ada kekurangan lain( kecacatan fizikal dan xmampu utk sambung study sbb xde duit dsb) …. mcm student jugak…xsemua student ukm pandai…ada jugak yg baghal tp mcmana dpt masuk sini…byk jugak yg aku perhatikan kebangangan student sendiri…main parking ikut suka je,lepas tu yg pakai kereta plak suka ati je block laluan kenderaan lain, yg ni tak lembap ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: