Sarfa diajak “ Debat Terbuka”Isu Artikel Hina Nik Aziz

sarfa pmukmBangi ,2 Nov-  Berkenaan isu berkaitan artikel yang dikeluarkan Sdr Sarfarizmal menghina Nik Aziz sebelum ini, terdapat pula seorang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina mencabar Sarfarizmal untuk berdebat secara terbuka.

Mahasiswa tersebut dikenali sebagai Farid dan kenyataan beliau berkenaan isu debat secara terbuka ini dilontarkan di dalam laman blognya (kacapermata.blogspot.com).

“Saya bersedia untuk hadir di mana-mana majlis, di mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Saya juga mengalukan sekiranya saudara ingin membawa bersama Panglima Perang Cyber untuk bersama dan saya juga akan membawa seorang rakan untuk berdebat secara ilmiah dan professional.”

“Untuk keterangan, debat ini bukanlah bertujuan untuk menafikan hak-hak dan pandangan, jauh sekali untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun indidvidu yang terlibat. Namun, saya percaya Debat atau Wacana seperti ini perlu dilakukan supaya tiada pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan yang kontroversi sesuka hati tanpa usul periksa yang akhirnya akan membawa fitnah dan konflik yang berpanjangan.”  dijelaskan dalam kenyataan dalam blognya.

Artikel Sarfarizmal yang menghina Nik Aziz telah mengundang pelbagai kritikan dan komentar dari pelbagai pihak. Berkaitan perkara ini(debat terbuka) pihak Nadi akan cuba mendapatkan kepastian dari kedua-dua belah pihak.

Advertisements

23 Responses

  1. Saya setuju dgn cadangan debat ini. Sesuatu isu yg menimbulkan kntroversi sprti ini harus diperjelaskan dgn lebih trperinci. Tp saya amat yakin bahawa sarfa TIDAK akan brsetuju dgn hal ini. Sarfa tidak akan menerima perdebatan ini krn dia tidak berani. Kami kenal siapa Sarfa. Dia cuma berani untuk membodek dan mengampu. Itu sahaja kepakaran Sarfa. Jika dia masih mengaku sebagai pemimpin pelajar dan sebagai LELAKI, sarfa harus menerima cabaran ini.

  2. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih tahu siapa yang sesat dari jalanNya dan dia lebih mengetahui akan golongan yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)

  3. aku org yang dok paling depan kalo Sarfa join debat nii..camooon mahasiswa,debat ni menjana keintelektualan beb

  4. nadi UKM..lg stu kat FB Sarfa byk gambar2 die lain..asyik2 gambar nii je,byk yg fotogenik,pilih je..(sekadar cadangan)

  5. Tak perlu menunjuk kita menunjuk jaguh,tak kemana pun..Melayu dh cukup berpecah..Melayu jadi lemah,hilang kuasa akhirnya jadi Islam tergugat..Sepatutnya masa ini gerakan ke arah penyatuan umat Melayu Islam..Jangan smpai sejarah berulang..pisang berbuah dua kali..

  6. Tak perlu menunjuk jaguh,tak kemana pun..Takkan dapat membuktikan apa2..Melayu dh cukup berpecah..Melayu jadi lemah,hilang kuasa akhirnya Islam tergugat..Sepatutnya masa ini gerakan ke arah penyatuan umat Melayu Islam..Jangan smpai sejarah berulang..pisang berbuah dua kali..

    • melayu lemah krn x pgang islam yg sbnr..ambk separuh tolak separuh..melayu islam??hbs tu cina islam, india islam, iban islam, melanau islam nk letak kat mna?igtlah kita mati bawa islam bkn bawa melayu kita..

      • Dalam konteks negara kita Melayu Islam adalah tunggak.Jika Melayu kuat maka Islam juga kuat..Tapi hari ini Melayu lemah,Islam tergugat..Perjuangan Melayu adalah perjuangan Islam dalam konteks negara kita..Kuasa Melayu yang kuat akan memastikan Islam terus subur..Tidak ada masalah pada Cina Muslim.India Muslim atau lain2 kaum Muslim dlm negara ni kerana Islam terus subur kerana kuasa Melayu yg menjamin kedudukan Islam..Apa jadi pd hari ini saudara/i boleh lihat sndiri apabila kedudukan agama Islam dipertikaikan disebabkan berpecahnya umat Melayu..Akhirnya siapa yang untung,siapa yg rugi???..

  7. jangan kerana takut, jumud dijadikan alasan…

    takde semangat ilmiah dan profesional langsung…

    mcm mana nak berkembang kalau asyik di takuk lama…

    UMNO tak habis2 dengan penyatuan.. kalau UMNO betul2 sayangkan Islam, jadikan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam perlembagaan..

    Islam, bukan pada nama, tapi pada matlamat, rujukan, aplikasi dan pemahaman secara tuntas dan berkesan…

    Ajak debat dikatakan berpecah, ni kebodohan paling NYATA dalam dunia..

    • Sy doakan saudara/i terus bijak dan hebat..Saudara/i begitu taksub dengan kata2 saudara/i..Islam adalah agama yang mulia di sisi Allah SWT..

      Bukankan penyatuan itu sstu yang baik..Rasulullah menyatukan Aus & Khazraj mnjadi Ansar dan mnyatukan Ansar & Muhajirin dan membentuk sebuah negara Islam Madinah..Daripada penyatuan inilah syiar Islam terus berkembang bukan sahaja di Tanah Arab malah ke seluruh dunia..

      Kita boleh melihat perbezaan sewaktu penyebaran dakwah Islam yg dilakukan oleh Nabi SAW di Mekah dan ketika Nabi SAW di Madinah.Mana yang lebih berjaya?..Kekuatan & semangat Nabi & para sahabat utk menyebarkan Islam tak pernah pudar sama ada di Mekah mahupun Madinah.Tetapi dakwah Islam di Madinah lebih berjaya berbanding di Mekah, kerana apa?..Kerana di Madinah Islam memegang kuasa.Sewaktu di Mekah Nabi & para sahabat dicemuh malah dihina,dibaling najis dan sebagainya kerana Islam tidak ada kuasa..Saudara/i, bukankah kegemilangan Islam itu bermula dari penyatuan?.

      Dalam perlembagaan telah meletakkan Islam itu sebagai agama persekutuan, kedudukan Islam terpelihara & tidak langsung tergugat. Banyak definisi tersurat dan tersirat dlm perlembagaan persekutuan yg ramai dikalangan kita tidak memahaminya.

      Sdra/i, dakwah Islam tidak pernah terhenti..Manusia dijadikan Allah sebagai khalifah untuk memimpin dan berdakwah.Bukankan tugas kita untuk terus berdakwah.Tugas saudara utk berdakwah dan membetulkan apa yg tidak kena pada saudara & org2 disekeliling sdra.Contohnya jika ada yg tdk menunaikan solat disekeliling sdra,maka t’jawab sdra utk menegur mereka.Tidak perlu meletakkan kesalahan pd org lain.Misalnya menyalahkan kerajaan @ sesiapa shj.Adakah kerajaan pernah menghalang org2 Islam menunaikan solat??..Itulah pemahamam Islam yg tuntas iaitu bermula dari diri kita,memahami dan mengamalkannya..

      Debat adalah sesutu yg baik..Tetapi adakah debat itu boleh menyelesaikan masalah?..Malah jika debat itu lebih membawa perpecahan ia menjadi tidak baik.Jika berlaku debat pasti ada yg kalah dan ada yg menang..Adakah sdra pasti yg kalah itu akan berpuas hati dan menerima kekalahan??..Kan lebih elok jika kaedah mesyuwarah digunapakai.Malah itu yang digalakkan dalam Islam..

      Waallahualam..

      • Imam Nasafi berkata,dalam hadis telah disebutkan.

        “Tidak lah satu kaum bermusyawarah melainkan Allah akan ditunjukkan kepada mereka jalan yang lebih baik berhubung urusan mereka”

        _dengan musyawarah kesejahteraan menaungi ummah_

      • pertama, penyatuan mestilah atas dasar kebenaran dan keadilan (Islam), rujuk ayat 103, surah ali Imran.. Allah dahulukan dengan “Berpegang teguh dengan ‘tali’ Allah” sebelum mengajak kepada penyatuan.

        kedua, berdebat telah menjadi amalan tradisi para Nabi dalam mempertahankan kebenaran. Rujuk kisah Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW. Rujuk juga ayat 125, Surah An-Nahl tentang keterangan debat ni.

        Ketiga, matlamat utama Dakwah sendiri adalah mengembalikan hamba kepada Pencipta.

        keempat, dalam tidak sedar, kita juga sedang berdebat secara maya kat sini sekarang… (malangnya dengan tertutup dan penuh ketakutan sebab identiti tersembunyi)

  8. Ketika menyampaikan ceramahnya dalam sebuah ceramah Pakatan Rakyat, Elizabeth Wong melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya baru-baru ini. “Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great. “Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan,” ujarnya.

  9. Kalau setakat politik sempit kampus tu,x pyh la nak pndai2 kritik TGNA..Sarfa,beza anda dgn TGNA bagai langit dengan bumi….sedar la diri skit….

  10. hah..mamat jongos nih bkn blh di arap…..tengok muke pn mcm pecah rumah….
    apatah lg nk bedebat…….kompom kene tumis mulot tuh mase bdebat …….

  11. kepada bdk KTHO..ye mmg kerajaan tak pernah mnghalang rakyat pegi surau,pegi buat haji dan pelbagai ibadah wajib semua tuuh….yang kami geram disini adalah amalan dosa seperti rasuah,makan duit rakyat,fitnah ulama,sekularisme,liberalisme dan pelbagai lagi…

    ya contoh ktika zaman nabi yang dberi saudara/i itu,bagus ttg penyatuan..tap pd ketika itu Nabi Muhammad yang mempunyai piroriti dan pd ketika itu nabi Muhammad dipandang mulia olh masyarakat madinah..

    tapi skrg nii,puak2 UMNO yang perasuah dan sbgainya jauh panggang dr api,

    kalau difikirkan layak ke tak aku utk berdakwah nii..de satu kisah seeorang yg baru peluk Islam dipanggil utk berjihad/berperang pd jalan Allah…diharap semua pengerak islam bersangka2 baiklah dan ingat matlamat kita hanya Allah dan Rasul walaupun jalan atau cara kita berbeza…dan yg penting jln dan cara itu diredhai Allah

    TAKBIR!!!!

  12. “”budak ktho””
    elizabeth kan… dia kan….
    sedar bahawa islam itu amat bagus cuma hidayah tak ketemu lagi… dia sedar tok guru baik kerana dia ada penghayatan islam tuh… ok la tuh…
    renung2kan dan selamat beramal!

  13. salam jihad.. pada “budak ktho”.. ana sokong kata2 tuan hamba.. tapi bg isu ini, ana rase berdebat 2 perlu.. seperti kata pepatah arab, kul haq walau kana murran.. berkatalah benar walaupn pahit.. ana yakin saudara farid mempunyai hujah beliau yg bernas krn ana knal benar dgn beliau.. Rasulullah pernah berkata yg bermaksud, ” orang yang diam tidak mahu berkata benar, itu syaitan bisu” wallahua’lam~

  14. solusi terbaik……

    “musyawarah”..

    bukan itukah yang dituntut..

  15. solusi terbaik…

    “musyawarah”..

    bukankah itu yang dituntut..

  16. Tak semestinya mesyuwarah adalah solusi yang terbaik..debat juga merupakan satu kaedah utk menyelesaikan sesuatu masalah..Ana sokong hujah saudara farid al bariti..

  17. sebelum nak membuat keputusan..fikir apa kebaikan dan keburukan..
    kalau lebih bawa keburukan kita hindarkan..
    perlukan kajian yang lebih lagi ye saudara cenderawasih..yang kita kat sini dok sebok provok..
    dah la..x mahu dah komen kat sini..
    balik2..suruh debat..then ada yang x mahu debat..
    itu je laaaa ~
    banyak lagi yang kita perlu fikirkan..selain dari isu nhe..
    sekurangnya untuk isu nhe dah ada orang yang lihat dan uruskan..siapa? meeka yang kononnya nak berdebat lah..
    kita yang x terlibat cuba cari solusi untuk permasalahan yang lain pula..
    x akan habis la kalau asik itu je yang di komen..

    _aku bukan mokmeng_

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: