Kerajaan Selangor Boikot Program BTN

Selangor digesa supaya berhenti menghantar mahasiswa di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN) kerana ia didakwa menyemai sentimen perkauman di kalangan pelajar.

Sekumpulan ADUN muda Pakatan Rakyat Selangor menggesa pemulauan program agensi bawah Jabatan Perdana Menteri itu melalui satu surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari berkata bantahan itu dibuat memandangkan sebahagian pengisian program berkenaan didapati tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu.

“Sebaliknya ia merupakan program politik kepartian Umno-BN dan perkauman semata-mata,” kata wakil rakyat PKR itu sebagai jurucakap kumpulan ADUN tersebut kepada media selepas persidangan DUN hari ini.

Wakil-wakil yang turut hadir pada sidang media itu, Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

“Justeru kita berpandangan kerajaan negeri perlu bertindak untuk mengarahkan jemaah (senat) universiti untuk menghalang pelajar daripada menghadiri program BTN,” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR, lagi.

Pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.

Amirudin juga memberikan alasan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) juga tidak mewajibkan pelajar menghadiri program anjuran biro berkenaan.

“Tapi sepanjang pengalaman saya di universiti dan saya percaya perkara ini turut dipropagandakan kepada para pelajar, mereka perlu hadir program BTN. “Jika tidak, mereka tidak akan lulus. (Dakwaan) ini sesuatu penipuan,” tambahnya ketika membacaknya kenyataan bersama mereka.

“Peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman (negara) luar dan tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja.”

Seorang lagi wakil rakyat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata, sebagai seorang pelajar tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), beliau sendiri – yang pernah mengikuti program BTN – mendapati ia tidak sepatutnya wujud apabila kerajaan sedang bercakap tentang 1Malaysia.

“Sepanjang program tersebut, apa yang ditekankan adalah (parti) Keadilan ini, Anwar adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura dan PAS adalah parti ajaran sesat,” katanya.

“Itu saja yang disertakan dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian yang sepatutnya tidak wujud sebagai satu program bawah JPM.” Tambahnya, peserta juga “dimomokkan” tentang tentang “ancaman orang Cina” dalam program yang disertainya itu.

“Ada beberapa mahasiswa (berbangsa) Cina yang hadir (dalam program tersebut). “Saya boleh bayangkan betapa mereka rasakan diri mereka begitu takut dalam situasi tersebut kerana modulnya sendiri bersifat perkauman,” katanya.

Sumber : malaysiakini

Advertisements

7 Responses

  1. btol ke ni?
    jgn tburu-buru kua kn cite..
    da siasat btol2?

  2. BTOL……SY BARU JE PG BTN……BANYAK PUJI KERAJAAN DAN MENGUTUK PERBUATAN PAKATAN RAKYAT………

  3. sengal,sengal,sengal…

    program tatanegara…

    bla,bla,bla…

    jangan jadi program ‘tata untuk negara’ sudah.

    menyemai sikap patriotik???

    haha!!!

  4. emm program yg merosakkan minda remaja adlah…risau syorkan masuklah program SPIES anjuran selangor..mantap dn hebat..pasti terpegun…BTN ntah pape ntah…1 malaysia konon…

  5. betol2 tu..sy pegi lepas..xfhm lgsung ape sebenarnye tujuan BTn tu..byk sgt menyebelahi kerajaan..patot ke mcm tu?? setuju sgt dgn selangor wat camtu..watlah yg terbaik demi masa depan rakyat..!!!

  6. ape yg korang merepek ni…
    adeh! ni mesti x faham konsep sebenar ni.. main hentam jek.. yg mdakwa dah pegi tu, mesti korang x bukak minda seluas-luasnye.. dlm diri tu ade jek sifat negatifnye.. mase korang gi sane, ape yg diorang bgtau.. bukan sume pasal politik kan?? ni mengenai hak sebenar bumiputera yang semakin terhakis.. wahai teman2ku.. fikirlah.. Raja hanya tinggal kuasa jek skang.. mereka2 yg x berhak semakin berani meminta itu dan ini.. ape hak mereka? mereka hanya diberi kewarganegaraan, itu pun dah cukup bagus. mmg la 1 Malaysia.. itu berkaitan dengan toleransi, bersatu hati antara kaum untuk mdapatkan masyarakat yg harmoni. x kan la hak bumiputera pon nak kongsi2. hilang akal ke ape? berpada-pada la… jgn sempitkan fikiran.. jgn sempitkan dada.. buka mata luas2. korang sebagai org yg tinggi ilmunye, gunakanlah akal sebaik-baiknye.. jgn nnt dah thantok, baru nak terngadah.. x de makne nye jika mase tu maruah negara dah tergadai..
    p/s : sila baca sejarah sampai habis, jgn separuh2 jek.. pastu, bace skali Perlembagaan Persekutuan sampai faham btol2 ye… ok…

  7. eh.. mane komen aku 2 ari lepas??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: