GMUKM curiga “komplot” p’raya kampus

Sebelum berlangsungnya pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kumpulan pro-Mahasiswa (dikenali GMUKM) sudah berasa curiga dengan pihak pentadbiran yang didakwanya “berkomplot” dengan kumpulan pro-Aspirasi.

Menurut sumber pelajar pro-M kampus tersebut, hal ini berlaku dua hari sebelum semua calon menghadiri kursus calon pilihan raya kampus di Puteri Resort, Air Keroh Melaka selama tiga hari bermula 1 Januari lalu.

Kursus tersebut – untuk calon pro-M dan pro-Aspirasi – adalah untuk mendapatkan sijil bagi layak bertanding dalam pilihan raya kampus yang akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, UKM dijangka mengadakan pilihan raya kampus pada 20 Januari ini, manakala penamaan calon seminggu sebelumnya..

Sumber tersebut mendakwa terdapat satu taklimat dirancang khusus untuk calon pro-Aspirasi pada hari Khamis – sehari sebelum semua calon dijadual bertolak ke Melaka. Taklimat itu dijadual diadakan di Kolej Keris Mas pada jam 9 malam.

“Kami (calon GMUKM) membantah. Sekiranya taklimat itu untuk calon, kenapa kami tidak dipanggil,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut sumber, pihaknya mengetahui tentang rancangan mengadakan taklimat itu berdasarkan pengakuan beberapa calon pro-Aspirasi mengenainya.

Ekoran bantahan tersebut, kata sumber itu, majlis taklimat berkenaan telah dibatalkan.

Katanya, mereka juga turut curiga dengan ketidakhadiran enam orang calon dalam kursus calon yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti terbabit di Melaka.

Sumber itu juga mempertikaikan tindak-tanduk empat calon yang tidak hadir sesi hari pertama, tetapi dibenarkan mengikuti kursus itu pada malam Sabtu dan hari berikutnya.

Katanya, mereka – yang didakwanya calon pro-Aspirasi – sepatutnya mengikuti sepenuhnya kursus tersebut selama tiga hari, mulai petang Jumaat.

“Kita khuatir, mereka akan diberikan sijil, dan layak bertanding sedangkan syarat untuk calon bertanding adalah mengikuti kursus ini dengan jayanya,” katanya

Sijil tersebut akan dikeluarkan seminggu selepas kursus itu yang berakhir semalam.

Sumber itu mendakwa empat calon tersebut didapati menghilangkan diri selepas mendaftar pada hari pertama kursus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, keempat-empat calon tersebut muncul semula pada malam Sabtu.

“Tak pasti mereka ke mana… Adakah mereka ini layak bertanding?” soal sumber.

Sumber berkata, kursus tersebut sepatutnya dihadiri 172 calon, tetapi hanya pada hari pertama, hanya 166 yang mengikutinya, manakala empat lagi hadir keesokannya.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui ke manakah baki dua lagi calon yang tidak hadir itu.

Sumber: MALAYSIAKINI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: