JAKSA IBU ZAIN akan BOIKOT PRK

BANGI, 7 Jan- Jawatankuasa Kebajikan Siswa (JAKSA) bagi Kolej Ibu Zain akan memboikot pilihanraya kampus yang akan datang disebabkan faktor utamanya ialah nilai atau merit bagi kolej berkenaan untuk pelajar kolej tersebut adalah paling rendah.

Perkara ini telah disuarakan sendiri oleh sebahagian JAKSA kolej berkenaan kepada pelajar kolej.

Menurut seorang penghuni  kolej tersebut yang mendengar kenyataan dari  seorang JAKSAnya “JAKSA ada bagi, diorang akan memboikot PRK kali sebab SPKG kolej Ibu Zain paling rendah, macam tak adil, sedangkan aktiviti kolej ni sentiasa diadakan. Diorang juga mahu penjelasan diperingkat pentabbiran” jelasnya yang baik dengan JAKSA kolej tersebut.

Isu SPKG (sistem penilaian kompetensi generik)  sebelum ini pernah ditimbulkan kerana ketelusan dalam menilai, dan akan menyebabkan sebahagian pelajar akan tertindas. PNGS dan juga PNGK memberi kesan kepada semua pelajar, mereka terpaksa meluangkan banyak masa untuk aktiviti kolej tapi keputusan yang keluar apabila dinilai adalah seperti tidak logik. Terdapat pelajar yang kurang aktif PNGSnya adalah lebih baik berbanding pelajar yang aktif.

Kehadiran bahang pilihanraya kampus mula dirasai apabila kepulangan bakal-bakal calon dari kursus yang dianjurkan HEP baru-baru ini.- END

Advertisements

21 Responses

  1. hah! aku pon kompius ni… camne gaye diorang nilai ni sebenarnye….
    ramai x pueh hati. sile jawab..

  2. spkg ni dnilai scara sbjektif n org yg mnilai plak org yg bbeza2.. so kdg2 tu aku rse mcm x adil.. dn mmg x adil pon………….. beci aku spkg…. kcian kwn2 aku yg dpt merit rndah wlaupon diorg bkn main lg aktif d kolej. so mansuhkn lah spkg… thats gonna b better

  3. kpd kolej ibu zain, jgn boikot prk.. tp boikot aspirasi. dn sokog GMUKM.. sbb GMUKM mmg mpjuagkn isu spkg d klagan siswa siswi ukm… ada ke aspirasi amik kisah pasal spkg??

  4. ada yg aktif tahap gaban,

    tapi spkg “C”.

    sedangkan kawan-kawan dia yg aktif tahap siput boleh dpt “A”.

    salah siapa?

    salahkah kita?

    salahkah aku atau kamu?

    (nyanyi jap.hahaha)

    perlu ada pihak yg memantau perkara ni.

    kalau tak nnti,

    makin ramai yg aktif tapi dapat hampeh.

    jgn sampai student bertukar jadi polis angkasa gaban.

    sekian, sengal!

    *eh, camne nk semak spkg ek? haha*

  5. sume mslh ade penyelesaiannye..spkg ni bkn x relevan ttp perlu diperbaiki lg sistemnya..itulah yg pihak tertentu sdg wat.pagi petang siang mlm 24/7 mencari formula terbaik utk kegunaan mahasiswa akan dtg..lari dr mslh sperti mansuhkan itu ialah jln pendek n ringkas tanpe melihat implikasinya pada graduan kita nanti..cubelah berfikiran panjang..isu ni ialah hak bersama..bkn utk dijadikan mainan politik yg menawarkan jln mudah semata2 utk dptkan undi kemenangan..

  6. SPKG ni sstm ukm jerk….macam mana nasib student yang aktif di fakulti? fakulti pun ada persatuan jugak….so, perlu ke mengabaikan fakulti dan menumpukan kolej? napa sebenarnya pentadbiran ni nak sangat mengaktifkan kolej?
    ada sebab politik kampus ke? Aku tau sebabnya, mungkin korang takut dengan GM sebb diorg power sampai sume fakulti kebanyakan ahli GM yang pegang. diorg intelek, sebab tu la diorg layak jd org kuat fak…bukan macam aspirasi

  7. ish3..pelik, mahasiswa kat atas ni mungkin tak melalui ape yang kami lalui. adakah mahasiswa kat atas ni sarfa??? hm..ya, ya..memang perlu diperbaiki SPKG ni dan sangat2 perlu dimurnikan.. tetapi sejauh mana ketelusan penilaian SPKG blh dicapai?? ..aku xsetuju~
    ape yg aku fikir sekarang ni..warga UKM, perlu ada kesedaran tentang pentingnya ketahui hak masing2..bukan ikut bontot orang atas. kita penggerak mahasiswa. bukan alat orang atas. huh!

  8. aku budak fep… tp aku x knal pon sme yg pgag jwtn trtinggi dlm fak tu… knp? sbb fep d bwh kuasa aspirasi… n aku x taw ap klemahan diorg smpai lgsug x mnonjol… bahkan aku lbh mngenali pmimpin2 fst n fpi n olso fpend. ctohnyer mcm waliudin n ustz idris tu.. knpa? sbb gm yg pgang fak2 tsebut…. n diorg btol2 amik kbajikan sal plajar2 d bwh fak diorg. btol2 aktif…… hancur jgak la ko nt aspirasii… hai… dunia2…

    (ni bkn pasal spkg, tp lbih kpd luahan hti yg kdg2 2 geram)

  9. sori la yer presiden fep.bkn niat nk mcerca tp lbih kpda pringatan tuk smua… sape sokog aku?

  10. ada bukti??? autoriti..jgn main cakap2 jer..kalau main cakap aku pun boleh…aku boleh cakap yg Kajai ke Za’ba nk boikot PRK…

  11. setahu aku,isu spkg,xde kaitan ngn PRK,kolej aku nie,sbb terlalu aktif dan penuh dgn program dan budak2 berlumba2 tuk dptkn point spkg,spkg yg dilihat tu,utk pengetahuan smua,bkn spkg sebenar,bukan markah sebenar,sbb ad penilai yg blm menilai,mana leh nk bg smua org puas hati, fikir la sikit, huhuh,ala biasa la salah faham,ibu zain sentiasa sokong PRK,JAKSA yang pro GM jangan wat hal,,,harap maklum,,,,

  12. sy salah seorang plajar ibu zain dan rapat dgn smua jaksa kolej,mane ade diorg nk boikot,sokong lg ade tau!!! hahahahah,cuma xpuas hati cikit ja,xde modal ke,tp xpe,,,,hidup ni mcm roda…hahaha,,hidup jaksa ibu zain.hidup ukm

  13. Saya sokong -student ibu zain_ yang menyokong dan akan menyertai PRK dan desas desus adalah tidak benar sama sekali… Insaflah… sebab fitnah nie… sendiri ingat la dosa dia mcam mane….

  14. jadi Ayuh rakan3 Ibu Zain..kita bersatu..berikan mandat kepada yang sepatutnya..yang memperjuangkan golongan mahasiswa..Ayuh kembalikan kegemilangan mahasiswa..tidak perlu hanya berdolak dalih dengan hanya berpeluk tubuh..masalah tidak akan selesai..

    Ayuh bersama UNDILAH CALON MAHASISWA ANDA..UNDILAH GMUKM..

    BERSATU BERUBAH!!

    _dari mahasiswa untuk mahasiswa_

  15. boikot ke tak ni?

    adeh.

    baru nak rancang konspirasi dengan makhluk asing,

    suruh diorang brainwash kan pelajar2 UKM.

    haha.

  16. utk pengetahuan semua,ada beberapa pihak telah berbincang dgn pihak pengurusan spkg yg menyatakan bhw tahun satu dan dua mmg 51% peratus diberikan kepada kolej..walaubagaimanapun apabila mereka sudah tahun 3 n 4,sebanyak 100% penilaian akan diberikan kpd fakulti iaitu mentor yg menilai..bg sy rasionalnya ialah pd awl thn 1 & 2 pelajar perlu mncari pengalaman memimpin dan kebolehan2 tertentu dan apb masuk je tahun 3 pelajar yg dh ckup pengalaman ini perlu membawa fakulti ke thp yg lebih tinggi kerana ketika itu pengalaman mematangkan pemikiran..bkn kah ini sudah bagus utk fakulti?

    ini tiada kene mengena dgn permainan politik kerana pentadbiran risau dgn keadaan mahasiswa kini yg cenderung utk belajar shj atau lebih tepat lg x cube mencari kemahiran lain yg mmg sgt2 diperlukan dan sbg hitam putih dan iktiraf yg student bergerak aktif seimbang dgn akademik n non-academic..

    utk frida : sy yakin bhw pemimpin2 fac laen,anda lebih kenal bkn kerana kerja mereka ttp lebih popular dgn kegiatan politik mereka.cthnya presiden pmfep anda tidak kenal kerana beliau hanye fokus kpd pembawaan fep kepada thp yg lebih baik dr pelbagai segi dan lngsung tidak mencampurkan hal politik dlm kerja beliau..anda hanya berminat dgn dgn politik berbanding kualiti kerja seseorg,betol ke tidak?

  17. utk pengetahuan semua,pihak tertentu telah berbincang dgn pengurusan spkg dan mereka menyatakan bhw mmg tahun 1 & 2 sebanyak 51% diperuntukkan di kolej..walabagaimanapun apb mereka ke thn 3 n 4 sbyk 100% akan diperuntukkan kpd fakulti yg dinilai oleh mentor..jd kolej dpt byk fakulti pon byk..

    ini tiada kene mengena dgn takut kpd pm fakulti kerana niat pentadbiran adalah untuk menggalakkan mahasiswa utk bergerak aktif di kolej,persatuan n fakulti kerana keadaan mahasiswa skrang yg kritikal spt tidak mengambil tahu hal semasa dan tidak berusaha mencari kemahiran selain akademik

    utk frida : sy yakin anda kenal mereka hanya kerana mrk lebih popular dlm hal politik kampus,bkn kerja mereka..sbb anda tidak knal pmfep kerana mereka tidak mencampurkan antara hal politik dgn kerja mereka dan niat mereka ikhlas, utk fakulti dan mahasiswa fep..katekan la pmfep dipgg oleh sorg yg fahaman GM…tros je anda kenal..tp jika seseorg tu naik sbg pemimpin pmfep contohnya ttp tidak menyatakan pendirian beliau dlm prk tros anda ketepikan..itulah lumrah mahasiswa yg sudah kabur pemikiran..

  18. nadiukm,anda delete post sy ae?dah due kali sy post,sy cume nk terangkan perkara sebenar mengenai spkg spy sume org phm..kamu plak delete sbb nti x jadi hangat la isu ni kan..nadiukm pon same je..niat jahat..

  19. Nadi UKM bkn penyebar berita sebenar sebaliknya berita yang dsensasikan.. nie mesti keje org dalaman GMUKM ataupun ASPIRASI.. psl SPKG pun xbuat research btl2.. Xkuat lgsg bukti dan asas mengatakan JAKSA KIZ boikot PRK.. Hasil laporan NADI BANGI pula JAKSA KIZ tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan pun berkaitan PRK bahkan sudah mengangkat sumpah utk tidak terlibat dalam apa2 bkaitan politik kampus terutama permainan kotor GMUKM mahupun ASPIRASI.. NADI BANGI juga tidak menyokong ASPIRASI kerana tau ASPIRASI juga tidak menyumbang apa2 yang berkesan pun kepada pelajar.. NADI BANGI melaporkan berdasarkan profesionalisme dalam tugasan.. NO BIAS.. pulun : kaji btl2 sistem SPKG tu.. sume aspek dlm universiti ni diambil kira.. bkn kolej semata2.. pembahagian merit 51% utk kolej itu sbb pelajar ada lbey masa di kolej berbanding fakulti..

  20. kalo kamu x puas hati dgn markah kamu..
    kamu tanya lah felo kamu yg menilai kamu 2..
    dia yg bg markah bkn pentadbir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: