Aspirasi sebar risalah HARAM

Bangi, 8 Januari-  Kelab Aspirasi UKM telah menyebarkan risalah AL-BAYAN yang merupakan lidah rasmi secara “underground” bagi menyatakan pandangan dan pendapat mereka.

Kandungan dalam risalah berkenaan menganjurkan supaya menghayati konsep “hanya yang cemerlang” dan memahami kewujudan kelab-kelab Aspirasi diperingkat kolej. Diterangkan juga tujuan penubuhan kelab Aspirasi di kolej-kolej kediaman dan mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan kelab tersebut.

Disamping itu juga terkandung dalam AL-BAYAN ini juga, mereka menyindir pihak satu lagi dengan mengatakan Aspirasi tidak pernah mengedar risalah haram tanpa kebenaran dan juga tidak pernah memfitnah dan memburukkan pihak lain, dengan menyatakan semua orang mengetahui.

Risalah AL-BAYAN sudah lama tidak dikeluarkan sehingga pada awal tahun ini dikeluarkan semula, ini memberi isyarat bahawa kelab Aspirasi juga bersedia dalam memenangi hati pengundi dalam pilihanraya kampus yang akan datang.

Sebelum ini terdapat pihak mempertikai kewujudan kelab Aspirasi Kolej kerana penubuhannya diragui, semata-mata untuk digunakan dalam pilihanraya kampus. Risalah AL-BAYAN yang diterbitkan juga tidak mendapat kebenaran dan cop pengesahan.

Pilihanraya kampus  yang akan datang mungkin menjanjikan persaingan sengit dengan kebersedian kedua-dua belah pihak.

Advertisements

16 Responses

  1. 1- saudara dan saudari adalah golongan istimewa yang sentiasa mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

    (alhamdulillah kerajaan telah menunaikan tanggungjawab,namun ada tp nya… x mengapa, kenyataan ni mungkin 50% benar

    2- Beribu juta ringgit telah dan akan dilaburkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di kampus.

    (tp, ranking universiti x nampak perubahan drastik pun. Ni ayat yang kurang tepat, boleh dikata nak sedap ayat je. tahap penipuan adalah 20% )

    3- Aspirasi Universiti adalah selari dengan Ekosistem ILMU UKM yang mengariskan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi Ikon Identiti & Tonggak Perpaduan Negara Bangsa, Sederap universiti terkehadapan dunia menjelang 2018. Oleh sebab itulah Kelab Aspirasi ingin menyeru dan mengajak rakan-rakan mahasiswa-mahasiswi bagi mengembeleng seluruh tenaga membantu universiti mencapai kegemilangan selain bersama-sama memperjuangkan Kebajikan dan Keperluan Pelajar.

    (sy b’pndgn ini penipuan agak besar. Apa sebenarnya yang korang buat. rasanya just ada pelancaran kelab dan hiburan je. so, apa “menjadi ikon identiti/ bantu univ gapai kecemerlangannya”??? tahap penipuan mencapai 80%

    4- Begitu juga ia menolak budaya pemikiran jumud, pemaksaan nilai, pengaruh politik luar yang anti-establishment dan keporakperandaan dalam memimpin.

    (ini macam menghentam GM. so, sama je la. korang fitnah GM, GM pun lebih kurang jerk. Tp, korang penipu lagi, sbb ni dah masuk retorik tahap cipan. Sbb korang x letak bukti yg diorg jumud, anti establish, pgrh politik luar. tp, statement ni kira ok la. korag dengan GM 2 kali 5)

    6- Kelab Aspirasi UKM yang menekankan kerangka konsep Hanya Yang Cemerlang menyeru seluruh mahasiswa UKM untuk bersama-sama dengan Universiti bagi Merealisasikan ASPIRASI Universiti Kebangsaan Malaysia.

    (ye ke? bukti?)

    7- Sebagai permulaan, majoriti Jawatankuasa Kelab Aspirasi UKM adalah mereka yang cemerlang dan mempunyai keperihatinan tinggi terhadap kebajikan pelajar. Mereka adalah golongan yang akur terhadap peraturan universiti dan bersedia membantu para pelajar baru. Mereka tidak mengantung kain rentang tanpa kebenaran universiti. Jauh sekali terlibat dalam pengedaran risalah-risalah haram yang menuduh, memfitnah orang lain dan diedarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa universiti.

    (ini mcm retorik terawang-awangan. sama jgk mcm yg ke 4 td. x de bukti. korang mcm mendakwa diri korang best. tp, ye ke? Bdk GM ramai yg mendominasi kpimpinan FAK dan persatuan. kira ok la kalo diorg ckp mcm tu. korg dgn PMUKM tonggang langgang. nasir x buat apa pun. kat kolej keje korg buang orang je. pastu PMUKM buat lawatan ke hong kong guna duit kitorag. keje kebajikan PMUKM hampeh. korang macam babi. aku haram duit aku yang korag guna ke hong kong. kalo balik dari hong kong, korang ubah bdy student kpd cr hdp hong kong yang positif x pe jgk. ni mcm melancong je

    lagi satu, risalah ni pun haram jgk. sbb x de cop HEP. mcm mana plak korang ni?

    kesimpulannya, aku budak aspirasi yang x nak lagi jadi balaci macam korang, Kpd GM…korg pun sama. aku x undi korg jgk. tp, try your best la. dr aspirasi baik lg korag. korag jgn agresif sngt.org x suka

    artikel ni (AL-BAYAN)70% retorik dan 30% adalah penipuan. ni kajian aku

  2. ada aku kesah?……aspirasiiiiii

  3. apasal ea..aku x pernah dapat risalah dari Aspirasi..Aktiviti Aspirasi pun aku x tahu..macam ASPIRASI nhe x wujud..aku tahu pun via kawan..

    GMUKM turun padang..meski ada yang menolak mereka tp mereka menzahirkan kewujudan mereka..aku x di offer pun masuk kelab Aspirasi..GM juga yang o.k..mana la ASPIRASI nhe..

    x pe..kita sokong mana yang kita lihat..yang HALAL wa THOYYIB..Ayuh rakan mahasiswa..Lakukan pembebasan fikiran..Hilangkan rasa sangsi..Luruskan matlamat..Harungi segala yang tersemat..

    UNDILAH CALON MAHASISWA..BERSATU BERUBAH..BERANI MENGUBAH!!

    dari mahasiswa untuk mahasiswa….

    Apsal aku x penah dapat risalah atas..takut ka nak expose??

  4. salam nik ajis dan sahabat nadi ukm…ko ni mmg rrr ajis……ajis satar tol………….knp la ko bgtu yakin ngn aspirasi…ape la yg aspirasi dah buat ngn ko ni…diorang bg ko duit ke ajis…aku pun xpaham la ko ni ajis……kalau ko nak sgt…ko ambik le tampuk pimpinan pmukm tu…..penipu tol budak aspirasi ni……aku geram org penipu ni….tambah bila edar risalah haram…ckp lebat mcm xpernah edar risalah haram…….yg korang edar tu mende….pk rrrr weh…..aku xnak duit kporang se sen pun…tp korang pk rrrr…..ape yg korang buat utk naikkan nm ukm ni……paling tepat ialah islam..ape korang buat…..budak2 fes yer pun korang tipu…..xtahu la korang aspirasi…….masalah dalaman pun xsetel…..ambik la ko aspirasi tu…bawak masuk kubur

  5. kkpd responden 1st tuh..nk bertanye la apekah kriteria yg dinilai dlm kedudukan ranking uni?bole jelaskan x?

    2) apekah buktinya yg ahli GM mendominasi kepimpinan fac dan persatuan dan apakah buktinya mereka menjalankan aktiviti utk kesemua student bkn hanye konco mereka shj?sbb setahu saya ade juga byk kepimpinan di barisi oleh org yg bkn fahaman GM dan mereka ni tidak mencapur adukkan antara politik dgn komitmen organisasi kerana dua sektor ini amat berbeza..

    3) utk perkara ke-4, sy rasa tidak salah utk menyatakan konsep pemikiran mereka sbb itu adalah satu pendirian kukuh dan berbeza dgn pendirian pihak lain..

    4) yg plg penting skali anda nyatakan mereka ialah babi,anda kene ingt mereka adalah manusia ttp anda menggelarkan mereka babi, maknenye anda, keluarga anda, kwn2 anda pon dlm kategori sama la.betul x?

    sy x rasa anda ini ialah mahasiswa ukm kerana mahasiswa tidak akan bertindak begini, x pernah berterima kasih dgn useha yg seseorg tu wat..asik mencari keburukan org shj..

  6. dh dekat PRK baru terhegeh2 nk edar risalah..sblum mng jnji mcm2..dh menang tggal student trkontang2…sarfa hr2 meting menteri,minum kt KLCC..kami student cuma mkn megi…undi aspirasi? smpai mati aku xundi.

  7. lah..meeting dgn menteri utk bincang psl mslh kite..mayb bole bantu ke..takkan la duduk dlm bilik je memerah otak fikr jln penyelesaian..kite ni kene la berlajar drpd yg lebih pengalaman..berfikiran pjg la sikit..

  8. utk adeq : dpt risalah ko bising..xdpt risalah ko kate takot nk expose..ko ni mase satu?waras ke x ni?

  9. betul2 risau setuju gn pecinta rossa..emm selama 3 tahun aku duk UKM..tp nmpak btg hidung aspirasi time PRK jek ngan MINGGU MESRA PELAJAR konon…nk tunjuk hebat sgt lah2…xpa2 aku pasti ISLAM akn GEMILANG di BUMI UKM!!! ko tunggulah ASPIRASI!!! ingat aku takut ke..jnji ISLAM AKN TERTEGAK DI BUMI UKM…PASTI!!!

  10. JANGAN POLITIKKAN AGAMA!!! kita semua org islam..

  11. Ape la, risalah datang pon bising, risalah tak datang pon bising, relax2 je. Jangan amek serius sgt benda2 ni. Tak penah nampak pon pembaharuan

  12. to Haiyo….mana statement saya kata yang saya bising bila risalah diedarkan..keluarkan fakta..bukan auta semata..

    x apalah..aku x cakap apa..cuma mahu mengulas sedikit..
    masa first aku masuk ukm..aku diperkenalkan dengan jaksa3 kolej aku..kolej Ungku Omar..bagus depa nhe..dan tentu juga ada yang x bagus..tp aku terharu tengok pc2 uo nhe jaga kitorang bebetol..aku pernah jadi fasi kat matrik so aku tahu juga macam mana rasa jaga adek2 yang diamanahkan..

    then next aku diperkenalkan dengan pmukm..tp macam blur je..x diexposekan kemudian,,ye aku faham mereka ada komitmen mereka kan..

    kemudian jumpa akak3 pmfst..pada hemat saya depa nhe baguih3 belaka..banyak bagi nasihat..aku nhe dah la nakal,kadang3 segan tengok depa..dan aku berazam nak jadi sebaik depa..

    terakhir aku diperkenalkan pula dengan GMUKM..macam3 depa beri..kalender..risalah..aktiviti..dulu aku ingat apa la GMUKM nhe?warna lawa dah..then baru aku tahu mereka pro-mahasiswa..sebab aku mahasiswa aku sokong lah perjuangan anak3 muda nhe..

    x lupa juga kepada ISIUKM..ada ummah talk..bagus..first tyme p,siap ada penyertaan dari non-muslim..Alhamdulillah ada juga kesedaran tentang bumi Thailand..wacana pada malam itu..

    cuma dah nak PRK nhe..baru aku tau ada ASPIRASI………………………………. kesian kan kat aku..

    jadi….dah lama bersama GMUKM..UNDILAH GMUKM..

  13. terbaekk la adeq.. x pe la utk sape2 yg x mahukan perjuangan GM.. same2 berdoa moge Islam akan tersebar luas di UKM disamping kebajikan pelajar dijaga.. itulah agenda kami.. wallahua’lam~

  14. doa adalah senjata orang mukmin…

    peringatan buat diri ini juga diri rakan3 sekalian..walau siapa pun anda..ASPIRASI or GMUKM..jangan sesekali merasa gah dengan apa yang kita ada..

    ya…kita hebat dalam berbicara..lantang dalam mengekuarkan idea..bijak dalam menuat keputusan..tp ingatlah jangan sesekali kita meletakkan kemenangan itu hanya semata atas usaha kita..

    kalau ASPIRASI mahupun GMUKM nak menang…..berdoalah..di samping berusaha..saya menyokong kalian..

    _dari mahasiswa untuk mahasiswa_

  15. pe yang haram?
    korang ingat GMUKM tu valid ke?
    ouh silap.
    valid=sah
    ye kawan2?

    mcam la artikel GMUKM ad cop.
    mcam la sah sngat pengedaran artikel,buletin,flyers korang smua tu.

    belajar bagi habis dlu.
    baru masuk politik betul.
    belajat pun tak habis.
    sibuk nak berpolitik.
    politik kampus tak sama dengan politik luar/negara
    faham?

    bagi cadangan atau kritikan dengan cara berhemah.
    bukan ikut emosi.
    baru la nampak tahap mana pemikiran anda semua.
    jangan main cakap je ikut suka
    tapi otak kosong.
    macam mana malaysia nak maju dengan minda kelas bawahan macam ni?

    pasal islam gemilang di bumi ukm.
    ingat penyokong GMUKM je ke ISLAM?
    kami yang ASPIRASI ni BUKAN ISLAM?
    jaga mulut.
    jangan main tuduh.
    korang bukan Tuhan nak ukur tahap Islam manusia kat bumi ni!

  16. “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: