GMUKM anjurkan HIMPUNAN

Bangi , 7 Jan 10- Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah mengadakan perhimpunan di parking motor di hadapan FPI pada jam 6 petang semalam.

Ini antara kenyataan yang disiarkan dalam blog GMUKM

Tujuan himpunan mahasiswa ini diadakan adalah untuk menyahut seruan dan saranan daripada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengadakan sudut pidato atau ‘speaker corner’.

Menurut beliau, mahasiswa bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan dan kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara.

Sudut pidato semalam ini diadakan untuk meluahkan pendapat atau pandangan mengenai isu yang hangat diperkatakan warga UKM kini iaitu mengenai pilihan raya kampus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Majlis ini dipengerusikan oleh saudara Mohd Ikram dari tahun 1 dari Fakulti Pengajian Islam. Saudara Ahmad Ammar Ishak, wakil dari Gabungan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), saudara Phoon Kar Liang dari Kesatuan Anak Muda Independen (KAMI),saudara Affandi Abdul Rahman pengerusi MAMPU dan saudari Rabiatul Adawiyah bagi pihak siswi adalah antara yang lantang berpidato memberikan pandangan dan kata-kata semangat kepada mahasiswa yang hadir.

Selain itu, GMUKM turut menampilkan Mohd Hafiz Abdul Razak sebagai wakil calon GMUKM untuk menyampaikan pidatonya. Kenyataan ini didapati dilaman blog rasmi GMUKM.

Pada hari itu juga pihak GMUKM telah membuka gerai dipusanika bagi bertemu dengan mahasiswa dan memberi dan menjual barang-barangan GMUKM dikatakan bersempena dengan hari ungu.

Pihak Aspirasi dan juga GMUKM  menggunakan cara masing-masing bagi memikat hati mahasiswa dan ini akan menjanjikan persaingan kedua-dua belah pihak pada pilihanraya kampus yang akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: