Isu Pro Israel Kempen Murahan GM : ASPIRASI

Bangi- 12 Jan, Pihak Aspirasi mengeluarkan kenyataan tetang isu berkaitan Pro Israel sebagai kempen murahan GMUKM bagi mendapat simpati pengundi.
Aspirasi juga mendedahkan GMUKM ini rebranding nama yang dulunya dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian ditukar nama kepada MAMPU dan akhir sekali barulah GMUKM seperti yang ada sekarang.

“Strategi pilihanraya yang bankrap dan lapok ini sudah lama di amalkan oleh pelajar yang kononya Pro mahasiswa iaitu sejak ia dikenali sebagai Islam Penyelamat Ummah (IPU), kemudian menukar namanya ke MAMPU dan seterusnya membuat rebranding menggunakan nama GMUKM yang menggunakan warna oren dan sekali lagi menukar kepada warna ungu sebagai warna pilihan. Pihak Aspirasi percaya, para mahasiswa/i yang bijaksana dapat berfikir dengan bijak tentang kempen murahan ini.

Pihak Aspirasi merasa malu  dengan sikap pemimpin tersebut menuduh tanpa sebarang bukti, mungkin inilah nilai-nilai murni yang di bawa oleh GMUKM dalam perjuangannya. Pihak Aspirasi mengharapkan politik dan kempen murahan seperti di atas tidak dipraktikkan dalam perjuangan sebagai seorang mahasiswa/i.  Pihak Aspirasi memohon agar semua kumpulan  bertanding dengan mengamalkan sikap yang bersih dan cemerlang agar nama universiti sentiasa di jaga. Amalan memfitnah, mencaci, ekstrem, jumud, menolak kebudayaan, memaksa nilai terhadap individu lain, memboikot aktiviti yang tidak selari dengan kehendak mereka, sukar berunding dan suka mendemontrasi dan nilai-nilai di luar dari etika dan budaya kita harus dielakkan.

Ini antara kenyataan Aspirasi di dalam blog mereka.

Isu Pro Israel yang dilabelkan kepada GMUKM mendapat mengundang pelbagai pandangan dan pendapat. Disamping kedua-dua belah pihak iaitu Aspirasi dan juga GMUKM menuding jari sesama mereka.

Kehangatan pilihanraya kampus semakin dirasai dengan reaksi kedua-dua belah dalam memenangi hati mahasiswa UKM.

Advertisements

3 Responses

  1. ape2 pun risau pasti mahasiswa yang kurang berminat pd politik tp mereka memberi sokongan penuh dan padu pd GMUKM dalam mentadbir PMUKM..setiap perselisihan pndpat pasti ada…kalu x bukn mahsiswa nmnya.. inilah cabran dlam mengharungi dunia globalisasi …kehangatan PRK semakin terasa dn membahang pansnya…risau yakin MAHASISWA sudahpun menilai dn mereka mengharapkan perubahan di bumi UKM dan abaikanlah jnji2 kosong pihak ASPIRASI yang hnya timbul sewktu PRK…sedangkan mhasiswa tidakpun mengenal sejumlah besar GOLONGAN ASPIRASI..mereka yng hnya tunduk ikut perintanh bersistem seperti lembu di ucuk idung…Pd GMUKM anggaplah ia sbgai cbaran dalam mengharungi MEHNAH DAN TRIBULASI JUGA PROVOKASI DAN ABAIKANLAH KONTROVERSI!!! TINGKATKN PRESTASI SAHUT CABRAN DGN REDHA…ALLAH SENTIASA DI SISI..

  2. bla bla bla bla..

  3. “sahabat……..
    masih ada waktu..untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu..
    lantas membasuhnya kembali menyinar menghiasi taman-taman kasih..

    masih ada waktu bagi kita..mengikis coreng-coreng mazmumah..dan mengutip kuntuman mahmudah menghiasi kamar hidup ini..

    dan masih ada waktu bagi kita..
    untuk memupuk kasih dan sayang..
    sekuntum cinta ilahi..
    seagung cinta yang murni…

    sahabat…..
    masih ada waktu untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu..
    lantas membasuhnya kembali menyinar menghiasi taman-taman kasih”

    BERSATU BERUBAH..BERUBAH KE ARAH PERBAIKAN..UNTUK DIRIKU JUA DIRIMU..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: