Ceramah umum SPKG meriah

Bangi-12 Jan, Pusanika-Ceramah umum yang dianjurkan pada malam tadi mendapat sambutan yang agak luar biasa daripada mahasiswa dianggarkan mencecah 350 orang lebih. Kehadiran mahasiswa yang ramai menunjukkan sikap mahasiswa yang sebenar bagi mendengar dan melihat. Kelihatan pegawai keselamatan yang agak ramai juga memeriahkan suasana.

Ceramah umum yang bertajuk SPKG apa kata mahasiswa?? ini telah membariskan pemidato-pemidato dari kalangan mahasiswa sendiri iaitu terdiri daripada sdr Sarfarizmal(Tim Pres PMUKM),sdr Hafiz Razak dan sdr  Syafiq Aziz. Tetapi agak mengecewakan bila mana sdr Sarfarizmal tidak tampil ke pentas pada malam itu walaupun nampak kelibat beliau sekitar tempat ceramah.

Ceramah diteruskan  dengan pemidato yang ada sdr Hafiz Razak dan Sdr Syafiq, dan pengerusi majlis menjemput seorang wakil siswi bagi menggantikan tempat Sarfarizmal pada malam itu.

Menurut seorang mahasiswa yang hadir pada malam itu “program sebegini perlu diteruskan bagi melihat mahasiswa mampu untuk bercakap dihadapan pada masa akan datang, dan saya agak kecewa dengan ketidakhadiran sarfarizmal kerana beliau merupakan pimpinan PMUKM” ujarnya.

Manakala seorang mahasiswa tahun satu ketika ditemui menjelaskan“ saya datang ni mahu dengar apa itu SPKG, sebab saya sendiri tidak jelas apa itu SPKG, tambahan sekarang ramai sangat yang merungut tentang perkara ini” jelasnya yang merupakan penghuni kolej Aminuddin Baki.

SPKG merupakan sistem yang lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kolej dan dimasukkan dalam pointer pelajar. Perkara yang sering dipertikaikan ialah cara penilaiannya, jika di kolej penilai terdiri daripada felo-felo kolej berkenaan dan ini menimbulkan  kesangsian dalam ketelusan penilaian dikalangan mahasiswa. -END

Advertisements

9 Responses

  1. DAH TAK DAPAT KELULUSAN MANA NAK JOIN??? HARAM TU..KPT SURUH BUAT IKUT LANDASAN YANG BETOL…APA LA…TENGOK POSTER PUN TAK ADA COP UKM??? APA CERITA??? JANGAN CERITA LEBIH ..KANG KU PENAMPOR SORANG SORANG…TAK KIRA LA DARI GM KE,DARI KEMUT EH KAMI KE,DARI ASPIRASI KA..KALAU BENDA HARAM TAK PERLU SERTAI..BUAT LA MEMO,KERTAS KERJA KE TNC KA NC KA..KEMUDIAN ISU PUN YANG REMEH..NAMPAK SANGAT POLITIK RENDAH…

  2. salam..tahniah bg GMUKM krana telah berjya mengadakan ceramah umum berkaitan spkg..
    ini sbagai permulaan untuk kte menyahut seruan KPT yang menbenarkan diadakan sudut pidato disemua universiti..
    nak tunggu ASPIRASI buat..hampeh…habiskan duit boleh la…
    slepas ini dicadangankan PMUKM menganjurkan sudut pidato bg memberi peluang kpd ASPIRASI merasai prgm yang HALAL..HALALAN TOIIBA..

    hidup Aspirasi..

  3. halal…haram…dahsat guna hukum ye..

    demo haram..perkumpulan haram..apa lagi nak haram..

    x amanah? rasuah? pergaulan bebas? memaki?

    Menentukan Halal-Haram Semata-Mata Hak Allah..betapapun tingginya kedudukan manusia tersebut dalam bidang agama maupun duniawinya.

    bukan raja dan bukan sultan mahupun tnc apatah lagi kalian yang berhak menentukan halal-haram. Barangsiapa bersikap demikian, berarti telah melanggar batas dan menentang hak Allah dalam menetapkan perundang-undangan untuk ummat manusia.

    “Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia.” (an-Nahl: 116)

    selama mana ia bermanfaat ambillah..bukan nya perjumpaan yang bermaksiat..ia memang ukm ada peraturannya..tp aman kan..macam tu perkumpulan x boleh (padan la buat usrah tentang Ramadhan pun kena cekup)..x hidup la kawan ~

  4. isu forum ni bkn dpt kelulusan ppp @ tidak. isu sebenar ialah menjaga kebajikan pelajar dlm konteks spkg. sarfar x berani jadi panelis walaupun sudah tiba di pusanika. alasan utama ialah takde kelulusan ppp. maksudnya, hanya ade kelulusan aje sarfar akn turn. jelas aspirasi tunduk kpd kemahuan pentadbiran ukm dn bukannye tunduk kat kemahuan mahasiswa. penykng gmukm semestinye nak sarfar tampil jadi panelis. tp penykng aspirasi sebenarnya diam-diam dlm hati pun nak sarfar jadi jantan berani dan turun berhujah dngn panelis gmukm. mmnglah, dah kena cabar. tak kan mengecut jer. ratusan kehadiran nak sarfar turun actually. spkg ni berkaitan kebajikan pelajar. buat ape nak mintak kebenaran ppp utk buat ceramah??? lain kali kalau ade isu student lg yng perlu dibela, kena mintak ppp dulu. kalau ppp tak bagi permission, tak yah nak bela mahasiswa. biar welfare student terjejas pasal bos kat ppp said no……apelah aspirasi ni……..

  5. poyo tol sarfa.. ade ke dia buat risalah menyatakn dia d fitnah krn x mhadiri cramah spkg tuh.. dia kate x taw mnanhu lgsug. xda surat hitm putih.. logik r bro….

    kalo xda surt htm putih skalipon, xkan ko x tgok poster ceramah spkg yg mnayangkan muka ko sbg pceramah.. knp x amik tindakn trus masa tu ker?

    koya jeh….

    aku bkn bmaksud skog gm… x jgak aspirasi…
    falsafah aku
    ‘atas pagar lebih baik’

  6. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….
    korg truskn bgaduh yer…
    bgaduh ssama melayu..
    teruskan…..
    teruskan bgaduh…
    jgn hentikan…..

    hampeh semuanyer….
    HAMPEH….
    mcm mna bgsa nk maju kalo slg mjatuhkan?
    bgaduh lg smpai smua puas…
    bgaduh lagi smpai dosa terus2an mberat…
    bgaduh…………. jgn x bgaduh….
    kalo korg bgaduh dn mdatagkn faedah kpd ukm xpe jgak….
    ni smkin mrosot…

    rubbish……

  7. what the h***?????????????????

  8. aku turun sebenarnya nak tengok sarfa memberikan sokongan pada suara mahasiswa..

  9. huhuhu… yg turun pun bkn ramai yg nak mendengar, tgk ramai yg borak sama sendiri, berjayakah???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: