Ini Fitnah dan Konspirasi Jahat : Sarfar

Bangi- 14 Jan, Sdr Sarfarizmal Md Saad telah mengeluarkan surat penjelasan kepada seluruh mahasiswa berkaitan dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau berkaitan ceramah umum yang dianjurkan sebelum ini, yang bertajuk SPKG: Apa Kata Mahasiswa yang diadakan di bangunan pusanika.

Kenyataan yang dikeluarkan Sarfarizmal mengatakan beliau tidak mengetahui langsung tentang program yang dianjurkan, dan beliau sungguh terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan. Beliau juga mengatakan bukan takut atau gentar  berhadapan  dengan GMUKM.

Ini antara kenyataan yang beliau keluarkan

“Buat pengetahuan semua, saya langsung tidak mengetahui tentang program ini. Saya berasa sungguh terkilan dengan perbuatan dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan saya berharap peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi. Saya bukan takut dan gentar untuk berhadapan dengan mereka, tetapi atas dasar menjaga nama baik saya serta jawatan saya selaku Timbalan Presiden PMUKM, saya rela berdiam diri kerana program ini tidak mendapat kelulusan pihak pentadbiran.

Mahasiswa sekalian, saya beranggapan bahawa semua ini adalah politik murahan GMUKM untuk menguasai PMUKM. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil langkah yang bijak untuk tidak memberikan ceramah saya tetapi hanya hadir memerhati dari sudut belakang. Saya juga menucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan ASPIRASI terutamanya daripada kolej Burhanuddin Helmi, Pendeta Zaaba dan Keris Mas kerana hadir bersama-sama bagi mempertahankan maruah teman-teman ASPIRASI yang tidak putus-putus memberi sokongan padu, maka saya mencabar pimpinan tertinggi GMUKM untuk berdebat secara intelektual dengan saya berkenaan isu SPKG ini. Saya juga bersedia berhadapan dengan tohmahan serta fitnah politik murahan GMUKM. Semoga Yang Maha Esa memberkati usaha dan perjuangan kita.”

Surat yang dikeluarkan ini ditampal di sekitar kampus UKM termasuk di hentian bas.

Sebelum ini pihak GMUKM sedia berhujah dan berhadapan dengan sesiapa berkaitan isu Pro Israel yang dikaitkan dengan mereka. Kedua-dua belah pihak pada sekarang ini seolah-olah sudah sedia berhadapan dalam berhujah tetapi mungkin isu untuk dibawakan berlainan. -END

Advertisements

21 Responses

  1. koya btol mamat nin…
    x hingin ak nk undi dia…
    puiiiih….

  2. jom g cafe….
    makan2….
    lapar ni…

    huhu saje nk tumpang wat srabut kat shout comment nin..
    huhu
    dah xda keje

  3. koya?
    gunalah yoko-yoko..

    bak kata suka suki aku la..

    “sengal”..

  4. Akhirnya brsuara jugak sdr sarfa ini. ayuh GMUKM dan ASPIRASI, berdebatlah dgn cara yg berhemah. saya sokong jika kedua-dua phak ingin berdebat scra intelektual. carilah jln penyelesaian untuk kebaikan semua.

  5. aik xkn lah srfa nk berdebat dalm ni je kot..xknlah nk pakai layang-layang kertas pulak aduan konon…pdhal berdetup jantung nk berdebat…sebb xtau nk bidas apa…sedangkan masa bicara siswa pun kna hentam gn DR FAZLI…kena provok jek dah kelu nk ckap..lalalalaaala.

  6. Bagaimana kalau yg buat surat layang itu bukan dari GMUKM? Mungkin ada 3rd party yang sengaja buat.

    Tuduh menuduh macam ni biasalah bila nak election. mana2 Uni dalam Malaysia pon sama je.

    “WALK THE TALK to BOTH GMUKM & ASPIRASI”

    p/s: datanglah kelas jugak =)

  7. Kah, kah kah, sarfa woi!!! surat ko dan al-bayan tu x haram ke? dapat lulus HEP ke?

  8. Kah, kah kah, sarfa woi!!! surat ko dan al-bayan tu x haram ke? dapat lulus HEP ke?……

  9. hahaha…
    Surat yang hilman taip pula korang letak kat sini?

    walaupon konform korang tak approvekan comment nie….

    kebaculan korang memang terserlah….

  10. surat al-bayan dan artikel sarfa dapat kebenaran x?

  11. kita yg tak tahu menahu pasal ni baik dok diam ja jgan nk serabutkn keadaan ngan bg komen yg tak munasabah..hanya mereka yg trlibat ja yang tau apa yg brlaku sbnarnya..dgar dpr org tak brmakna betul biarpun dr org tu sndiri..kita dah dewasa seharusnya berpendirian n tau menilai mna baik buruknya.kita pun tak tau yg smua ni btul ke tak..so kita harus tau mcmna nk hadapinya trutama bg kta yg tak trlibat..bkn menyulitkn keadaan, melainkn kta memang nk merosakkn seseorg..

  12. pengakuan nhe ada cop HEP ke?
    dok sebok kata gmukm.kalau bukan sarfa x apalah.sarfa ada kata ke yang nhe beliau yang keluarkan?

  13. kalo kate progrm ceramah umum spkg takde kelulusan, apasal sarfar terhegeh2 nak jawab isu ni? sampai tampal notis penjelasan kat satu fssk. takde chop kelulusan pulak tu……apakah ni tidak haram? patutnye sarfar guna notis yng dpt chop untk tunjukkan yng dia ikut sume prosedur ppp, baru blh tudug orng lain haram…….ni skrng die sendiri pun haram……..

  14. nampaknya mmg bacul ka korang tak papar komen saya,,,
    kalo macam ni boleh lah saya postkan dan edarkan email yang hilman tentang perancangan untuk buat statement palsu dari sarfa ni…

    hahaha…

    mesti pastu satu UKM kutuk dia sebab perangai sama setan mcm budak2 TSB…

  15. halal ~

  16. jgn kate kat org lain setan kalo dri sdiri pon setan….

  17. Nak tanya org yang konon nya non-partisan ni(nadiukm)

    Kalo email boleh buktikan yang kospirasi keluarkan kenyataan palsu untuk jatuhkan kredibiliti org…
    Boleh kena dakwa di makamah tak?

    Sila postkan benda ni…
    Kita tengok apa respon org ramai….

  18. kamon Hilman Idham..fitnah org je kejenye ye..im watching you hilman idham.jgn ingat sy xtau pe yang kamu buat wahai Hilman Idham..kamulah sbenarnye bukti perosak dlm gm

  19. betuul ktorg pn dah lama dok perati Hilman dan budak2 kami dan budak2 sains politik.. kejap lagi adelah yg konyol…

  20. astaghfirullah..nastaghfirullah..

    Asyhadu Alla ilaha illallah..
    wa asyhadu anna muhammadan rasulullah…

    Alhamdulillah masih dapat mengucap ~
    hidupkan kami dalam iman ya Allah..dan matikan kami dalam iman yaAllah..serta masukkanlah kami ke dalam jannahMU dlam keadaan beriman ya Allah..

  21. to kesatuan kelab hardcore ukm;

    ko cakap je lebih. habuk tarak. Telor simpan kt laci almari. kalo ader teguran kt Hilman ker, Kami ker, buat scr gentleman sudah(if ur a gentleman).kalo ko berani dan berprinsip ar. kalo x..how sad..bbudak lelaki lembut kt Kajai lagi gentleman dr ko!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: