Perlaksaan SPKG di UKM dibantah

Mahasiwa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membantah sistem penilaian baru ko-kurikulum di universiti itu kerana mendakwa ia mempunyai unsur-unsur paksaan dan kredibiliti penilainya dipertikaikan.

Dikenali sebagai Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG), ia dikuatkuasakan di UKM mulai tahun lalu sebagai tambahan kepada sijil akademik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

Pelaksanaan SPKG itu dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin.

“Hasil tinjauan kita, kebanyakan mahasiswa tidak bersetuju dengan sistem ini. Mereka rasa terpaksa untuk hadiri program tersebut. Kadang-kadang sampai tengah malam,” kata jurucakap kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M), Ammar Ismail.

Berikutan itu, katanya, pro-M – yang merupakan musuh tradisi pro-Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan – menjalankan tinjauan khas berhubung keberkesanan SPKG mulai September tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ammar berkata, sistem SPKG yang mempunyai unsur paksaan itu bertentangan dengan semangat kesukarelaan yang menghidupkan persatuan-persatuan di universiti.

Sehubungan itu, beliau bimbang persatuan sedia ada di UKM akan ‘berkubur’ ekoran kebanyakan program SPKG difokuskan di peringkat kolej kediaman semata-mata.

“Dalam sistem ini, 51 peratus markahnya datang daripada aktiviti di kolej kediaman. Bagaimana dengan persatuan yang lain?” soal pelajar tahun akhir fakulti pendidikan itu.

Di peringkat kolej kediaman, markah pelajar antaranya akan dinilai oleh felo yang dilantik.

Menurut Ammar, mereka menuntut program SPKG diperluaskan supaya pihak yang lebih layak seperti pensyarah fakulti, dapat turut serta membuat penilaian yang lebih tepat.

Isu SPKG kini hangat diperkatakan oleh warga UKM menjelang pilihan raya kampus yang dijangka berlangsung hujung bulan ini.

sumber: Malaysiakini

Advertisements

7 Responses

  1. pe bodo nk bimbang dgn persatuan nye..kan nanti mase dak spkg jd tahun 3 nti peratusan kt fak akan dinaikkan melebihi kolej..cube kalau wat peratusan kt persatuan 70%,pro-m de bising2 sruh salurkan cket kt kolej?xde kan?..konon peka dgn kebajikan mahasiswa..pdhal nk selamatkan diri sendiri..pro-m pon pakai budak smpai tgh mlm kan..booooooo sama pro-m..pentingkan diri sendri..

  2. kami nk secara telus walupun spkg xdpt di mansuhkan JNJI msti TELUS bukn FELO yg NILAI NTAH PAPE NTAH…

  3. knape nk pilihanraya isu spkg ni d’bngkitkan, nk tarik undi 1st year ke??? spkg ni bgus cuma perlu penambahbaikan dr b’berapa aspek, pmbahagian mrkah tu kot kne s’imbang, ala gmukm ckp je kencang nk bantah spkg tp wat x, aspirasi yg bgus g jumpa org ptut d’jmpa bncg pasal hal ni

  4. salam,
    kalau sistem spkg nih dirombak balik,rombak larh sehabis baik
    kalau boleh biar lah sama rata peratusan penilaian tuk kolej n U.
    sbb ada student yang aktif dikolej but tak begitu aktif di peringkat U
    ade yang aktif di peringkat U,but tak begitu aktif di kolej.
    and then penilaian oleh felo dikolej harus diubah.
    felo yang nilai kami tak kenal pn kami siapa..tahu-tahu dpt pointer spkg yang xbest tuh!walhal aktif je kt kolej.
    tuh je pendapat sy.TQ

  5. kalau aktif takkan felo xknal??? musykhil ni..
    tugas felo atau anda untuk memperkenalkan diri?
    student ade beratus tp felo ada beberapa jer kott. pandai2lah bawak diri ye. masing2 dh besar takkan nak kena ajar cara2 memperkenalkan diri kot. =)

  6. inilah hasil terlalu manje asik nk suap br nk gerak..dari rumah sampai masuk u asik nk suap je..

  7. ak pn xpuas ati psl spkg ni..
    xsistematik..
    sbb,ader student yg lgsumg x aktif kt kolej,tp stil dpt A..
    pas2,yg bpenat lelah aktif kolej..dpt rendah jew..
    np leh cm2..
    n ader fak yg ader mentor judge diorg..n ader fak yg xde mentor?
    cmne 2?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: