NadiUKM Kembali Berdenyut

Bangi, 19 Mac | 08:00am – Setelah hampir 2 bulan NadiUKM menyepi tanpa sebarang berita, kini NadiUKM tampil semula dengan semangat baru. Pihak NadiUKM memohon jutaan kemaafan kerana tidak menghidupkan blog dalam tempoh itu. Ini adalah kerana admin pihak NadiUKM baru saja selesai atau dilepaskan dari soal siasat polis. Oleh itu, sepanjang kes disiasat, NadiUKM tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang artikel.

Ia adalah berikutan kes pendedahan Prof Madya Dr Samsu Adabi sebagai penjawat prof madya ‘short cut’. NadiUKM berasa terkilan kerana pendedahan tersebut menyebabkan tindakan menyoal siasat admin NadiUKM dilakukan. Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat skuad NadiUKM untuk terus  menjadi media yang telus.

Kini, NadiUKM akan meneruskan agenda sebagai media saluran maklumat kepada warga UKM khususnya. NadiUKM berhasrat para pembaca dapat terus setia bersama kami. Komentar-komentar amat digalakkan biar dari sisi pandangan yang berbeza. Pihak kami juga berharap semua pihak harus mengambil cakna dengan isu yang berada di sekeliling.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: