Mahasiswi Murtad

Bangi – Seorang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia dikatakan telah murtad, iaitu keluar daripada agama Islam. Menurut sumber, siswi tersebut yang kini menuntut di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam dan bertukar kepada Athies, iaitu tidak beragama.
Siswi tersebut dikatakan memilih untuk tidak beragama kerana dia tidak melihat kepentingan untuk dia beragama. Hal ini berpunca daripada keadaan sekeliling yang tidak memberi penekanan terhadap peri-pentingnya beragama dalam kehidupan seseorang.

Sekiranya langkah kesedaran tidak diambil seawal mungkin, isu murtad ini akan menjadi gejala sepertimana yang berlaku di Universiti Kebangsaan Putra (UPM) baru-baru ini. Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar UPM telah ditahan polis berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Sebelum gejala murtad ini berleluasa, persatuan-persatuan mahasiswa Islam dan Jaksa Kerohanian di kolej-kolej perlu bertindak pantas menyedarkan masyarakat kampus mengenai kemuliaan agama Islam dengan memperbanyakkan program-program berbentuk kesedaran beragama. Program-program yang melalaikan mahasiswa juga perlu dikaji sedalam mungkin oleh pihak atasan sebelum kelulusan diberikan.

Kerjasama antara semua warga kampus adalah perlu agar suasana Biah Solehah wujud di UKM sekaligus gejala kerosakan akhlak yang kebanyakkannya menjurus kepada  murtad dapat ditangani.-NadiUKM

Advertisements

12 Responses

  1. salam, mohon penjelasan yang berfakta.
    pelangi_islam01@yahoo.com

  2. bahaya….
    serius!!!!!!!!!!!!!!!!!
    parah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    takut kejadian ini akn trus bleluasa….

  3. budak ni kolej mana? ke duduk kt luar??

  4. Selamat kembali Nadiukm. : )

  5. mane peranan ISIUKM

  6. sume ni silap kte sndri sbgai umat islam ukm yg x ttk bratkn islam dlm khidupan sharian

  7. Dapat tau dari mana?sumber?..kena ambil serius hal begini~

  8. faktanyer mana…. jangan malukan kami pelajar-pelajar FEP..

  9. kepada cipan!!!
    kenpa perlu mempersoalakan peranan ISIUKM..???
    tanggungjawab ini adalah tanggungjawab seluruh ummat Islam yang ebrgelar muslim..

    persoalkanlah sistem universiti yang tidak menekankan ‘ISLAM IS THE WAY OF LIFE’
    fikir2kanlah..!!

    p/s-sakit hati bila ade pihak yg asek nak menyalahkan orang lain sahaja

  10. betul ke cerita ni??ya Allah..lindungilah kami dari terjebak dengan perkara sebegini..lindungilah iman kami ya Allah..

    p/s : dalam hal ni, jgn nak salahkan mana2 pihak..salahkan diri kita sendiri..muhasabah apa yg kita dah lakukan pada bangsa dan agama kita…kenapa sahabat kita boleh jadi mcm tu??apa yg dah kita lakukan utk menjaga iman kita dan sahabat kita??fikir2kanlah..

  11. buat dakwah hati ke hati,bilik ke bilik rumah ke cakap kebesaran allah macam nabi saw dan seluruhh nabi-nabi buat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: