SPKG dihapuskan secara senyap-senyap

23 mac 10, Bangi, Sistem Penilaian Kompetensi Generik  yang pernah menjadi isu dalam kalangan mahasiswa UKM kerana membeban pelajar dan mengongkong pelajar dalam aktiviti yang dijalankan. Isu yang timbul juga kerana pembahagian merit SPKG di kolej terlalu tinggi berbanding fakulti, PPP dan lain-lain.

Terbaru SPKG ini dikatakan telah dimansuhkan secara senyap. Hal ini berikutan beberapa perkara yang berlaku sebelum ini. Dimaklumkan isu SPKG ini telah mendapat liputan media luar, baru-baru ini, satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Naib Canselor  Akademik tentang kemungkinan SPKG ini akan dimansuhkan dalam akbar tempatan.

Perkara ini juga disedari pelajar-pelajar kolej kediaman, menurut seorang pelajar Kolej Mas , namanya pada semester  yang lepas diletakkan di bawah pantauan FELO, tapi pada  semester ini namanya tidak tersenarai di bawah mana-mana FELO untuk SPKG.

“saya pelik juga, sem lepas nama ada bawah FELO tapi sem ni nama saya tidak ada, ada juga kawan saya semacam dengan saya” ujarnya yang merupakan pelajar tahun 2 FST.

Kebanyakkan kolej kediaman juga sudah tidak menggunakan SPKG bagi menghimpunkan pelajar dalam aktiviti kolej.  Pernah menjadi isu pada Pilihanraya Kampus yang lepas JAKSA kolej Keris Mas membuka kaunter SPKG,mengambil nama pelajar dan mengedarkan no. calon Aspirasi  dan berkempen untuk calon Aspirasi.

Isu SPKG ini mendapat respon pelbagai pihak, ada pihak yang mengatakan pelajar UKM ini sebagai bahan uji kaji untuk sistem ini.

SPKG ini pada dua bulan yang lepas telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi  iaitu Dato` Khalid Nordin bersama sudut pidato UKM.-END

Advertisements

5 Responses

  1. Alhamdulillah bgs gak SPKG xda..ingt pelajar bukn untuk diuji kaji…mereka ad hak yg patut diperjuangkan…SPKG membebankan dn mnyushkan semua pihak…dan tidak telus dlam pengiraan merit…TIPU…TIPU…TIPU…sgt tidak telus!!!

  2. perjuangan agen2 GMUKM membuahkan hasil

  3. pembetulan..ini bkn hasil GMUKM..jgn nk bolot sorg ye..ni hasil usehe semua pihak..

  4. eleh kono semua pihak…kalau x GM yg utarakan kes ni…xdenye nk war2kan…hehehee

  5. Apa ada pada nama?..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: