SMAP Kajang Juara Debat Piala Universiti

Bangi, 20 Jun | 2.30 petang – Pertandingan Debat Piala Universiti anjuran sekretariat Pesta Konvokesyen kali ke38 telah dijuarai oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) yang telah berentap dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) pada jam 2.30 petang tadi. Usul di pihak kerajaan (SMAPK) iaitu “Sekatan Ekonomi Lebih Berkesan dari Tindakan Ketenteraan Terhadap Israel” telah diterima dan pendebat terbaik pula adalah Mohd Naim dari SMAPK.

Pertandingan Debat Piala Universiti ini merupakan salah satu program pra konvokesyen yang akan berlangsung 4 Ogos hingga 9 Ogos 2010, dianjur oleh sekretariat program dan sekretariat kebudayaan dan kesenian di bawah Sekretariat Pesta Konvokesyen ke38 UKM. Dengan tema Gemilang Generasi Glokal, pertandingan ini diadakan untuk menonjolkan bakat terpendam selain mempromosi pesta konvokesyen ke38. Perasmi penutupan pertandingan iaitu Prof Madya Dr Kadderi Md Desa melahirkan rasa kagum dengan aksi perdebatan yang sangat hebat, beliau turut menekankan aspek kebolehpasaran mahasiswa.

Sekolah yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir adalah Asrama Yayasan Selangor dan SMK Sultan Alam Shah. Sekolah lain yang turut bertanding adalah SMK Tunku Abdul Rahman A, SMK Tunku Abdul Rahman B, SM Sains Hulu Selangor, SM Sri Serdang, Kolej Melayu Kuala Kangsar, SMA Hulu Langat, SMK Putrajaya, Sri Ayesha Islamic School, SMKA Maahad Hamidiah, dan SAMT Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.-nadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: