Exco Kerohanian PMUKM ulangi jejak Sarfa

Bangi, 22 Jun | 6.00pm – Mohd Kamal Ali, Setiausaha PMUKM merangkap exco kerohanian PMUKM telah meletakkan alamat laman sesawang bertajuk “LIAR LARA : KAMU TELAH SESAT WAHAI NIK AZIZ!” ke dinding Facebook beliau.

NadiUKM menyifatkan tindakan beliau ini seperti mengambil jejak langkah saudara Sarfarizmal, mantan PMUKM sesi lalu yang telah menulis entri yang menghina Nik Aziz di laman blognya. Bezanya ialah saudara Kamal Ali telah menggunakan saluran facebook.

Pelbagai respon dari perkongsian beliau itu yang boleh dilihat di sini.

NadiUKM sempat menemuramah saudari Musfirah melalui ruang chat laman facebook bertanyakan mengenai perkara ini, “Saya rasa terkilan kerana beliau merupakan seorang pemegang pos kerohanian MPP, tak sepatutnya beliau berkongsi pos yang mendakwa kesesatan seseorang, lebih-lebih lagi Nik Aziz yang kita tahu ilmu agamanya sangat tinggi,” luahnya.

Sebelum ini, PMUKM mengalami masalah portfolio kerohanian yang tidak wujud dalam organisasi. Untuk mengatasi masalah itu, saudara Kamal Ali telah diamanahkan untuk memegang portfolio tersebut.

Saudara Sarfa juga yang pernah berkongsi tulisan yang menghina Nik Aziz di blognya dahulu akhirnya telah membuang pos itu setelah mendapat tekanan yang hebat. Pos itu hanya sempat disiarkan tidak kurang dari 24 jam. -NadiUKM

Advertisements

4 Responses

  1. kita tengok lama mana Kamal Ali ni boleh bertahan….

  2. aah. kte tgk lame mane kamal ali ni boleh bertahan. haha

  3. Potong jangan tak potong, potong jangan tak potong..

  4. macam nhe nak pegang kerohanian Ukm….hampeh la Ukm………………………………………………………………………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: