Pensyarah UKM Antara Yang Sertai UMNO

Kuala Lumpur, 26 Jun | 3.00pm – Seramai 40 orang agamawan yang telah menyertai UMNO semalam. Ketua kumpulan terbabit yang menyerahkan borang keahlian mereka adalah merupakan pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Fadhlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

16 orang agamawan itu yang hadir untuk menyerahkan borang sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mereka akan dimasukkan di bawah cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang, kemudian akan diagihkan ke negeri-negeri masing-masing.

Fathul Bari Mat Yahya, penasihat agama Institut Jantung Negara berkata, UMNO telah menawarkan jalan untuk kumpulan ini untuk berdakwah lantaran UMNO lebih mendekati mereka berbanding dengan parti-parti lain. Katanya lagi, peluang ini tidak harus dilepaskan begitu saja.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: