3800 Mahasiswa Daftar Esok

Bangi, 3 Julai 2010- Minggu Mesra Pelajar (MMP) akan bermula pada esok hari iaitu 4 Julai hingga 10 Julai 2010. Seramai 3800 orang mahasiswa baru akan mendaftar diri di kolej masing-masing di kampus induk esok bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Mahasiswa baru ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dari pelbagai negeri. Ramai mahasiswa dan keluarga mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak telah selamat tiba di LCCT dan KLIA pada pagi hingga petang tadi. Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba pada pagi esok.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dalam UKM, pihak keselamatan UKM iaitu Wisma Aman telah masak dan bersedia dengan pelbagai strategi bagi memastikan kesemuanya berjalan dengan baik esok, termasuklah papan tanda arah ke kolej-kolej yang dapat membantu ibu bapa menghantar anak masing-masing ke kolej-kolej.

Kesemua persiapan di peringkat kolej mahupun peringkat pusat sudah diselesaikan bagi semua proses berjalan dengan lancar esok.

NadiUKM mengharapkan semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: