Pendaftaran Mahasiswa Baru Berjalan Lancar

Bangi, 5 Julai 2010 |1.00 petang – Seawal jam 8.00 pagi lagi kenderaan pacuan empat roda berpusu-pusu masuk ke UKM menuju ke kolej-kolej. Pendaftaran di setiap kolej-kolej, juga Dewan Gemilang berjalan dengan lancar.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kemasukan mahasiswa baru berjumlah 3,635 orang. Pendaftaran sesi pagi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi petang pula bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Apa yang menarik pada kali ini adalah, salah satu persatuan di UKM iaitu Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) mengerahkan sukarelawan yang terdiri daripada pimpinan dan ahli untuk menyambut kehadiran mahasiswa baru di pintu utama UKM. Mereka membantu menunjuk jalan dan juga melambai-lambai ceria di lampu trafik dan juga di depan ‘digital board’.

Menurut kenyataan di laman blog ISIUKM, aktiviti sambutan mahasiswa baru iniĀ  diketuai oleh Exco Siasah Dan Intergriti Nasional, Ahmad Firdaus B Ahmad Azam. Beliau berkata mahasiswa baru ini harus diberi penghargaan sebagai pembakar semangat untuk mereka belajar di universiti.

Namun, pihak pentadbiran mengeluarkan arahan untuk mereka beredar dengan menggunakan polis Bandar Baru Bangi. Polis tersebut dilaporkan mengeluarkan arahan menggunakan mikrofon kemudian memerhati gerak geri sukarelawan itu dari pondok pengawal. Tidak lama kemudian, mereka terus beredar memandangkan sukarelawan tidak mengganggu trafik seperti yang dilaporkan.

“Kami memikirkan trafik lalulintas akan kacau bilau bila mana ada penunjuk jalan di luar. Ada implikasi yang akan menjejaskan semua pihak. Benar anda tidak mengganggu MMP. Tetapi, anda mengganggu trafik di depan UKM,” luah Mohd Rasydan Mohd Rais, Exco Kebajikan dan Prasarana Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011 di laman facebooknya.

Saudara Mohd Ikram Bin Darus, Exco Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan ISIUKM pula menafikan bahawa mereka mengganggu trafik. Hal ini kerana, ketika lampu merah, barulah sukarelawan ISIUKM menuju ke rombongan keluarga mahasiswa baru.-NadiUKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: