Mahasiswa Baru Kolej Pendeta Zaaba Amuk

Bangi, 9 Julai 2010 | 3.00pm – Slot provokasi oleh PC Kolej Pendeta Zaaba ke atas mahasiswa baru untuk meningkatkan semangat kekolejan terganggu tengah malam tadi apabila seorang mahasiswa kolej tersebut bertindak diluar kawalan. Mahasiswa tersebut telah menendang kerusi dan menolak PC-PC sambil memarahi  mereka mengenai solat 5 waktu yang diremehkan dan pergaulan lelaki perempuan yang melampau batas yang telah ditetapkan oleh agama seolah-olah PC-PC ni seperti tidak beragama.

Beliau kemudian dibawa ke surau kolej tersebut oleh PC. Sumber dari PC yang berada bersamanya berkata mahasiswa tersebut mengaku tindakannya itu disebabkan ledakan rasa tidak puas hati dari dirinya sendiri yang tidak tahan dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku secara terang-terangan tanpa segan silu seolah-olah semua orang meredhoinya sedangkan itu adalah kemungkaran. Beliau berkata sepanjang melalui MMP ini, beliau terpaksa solat dengan tergesa-gesa, solat di saat-saat akhir kadang-kadang diwaktu tahrim, tidak sempat untuk membaca Al-Quran dan suasana pergaulan bebas yang melampau.

Jiwa yang suci ini apabila bergelumang dengan program yang bercampur dengan maksiat akan menimbulkan kegelisahan, kegelisahan itu sudah tidak dapat ditahan lagi kerana merasakan yang dirinya bertanggungjawab untuk menghentikan semuanya ini. Tindakan beliau memang diluar jangkaannya sendiri kerana sudah lama dipendam perasaan benci dan tidak selesa dengan cheers dan permainan keanak-anakan yang mencampur gaulkan lelaki dan wanita seolah beliau ini kanak-kanak kecil.

Amukan beliau itu disalah erti oleh kebanyakan PC sebagai rasukan makhluk halus walaupun beliau sendiri tidak mengaku dirinya dirasuk kerana beliau sedar akan tindakannya itu. Katanya, persepsi yang salah ini timbul kerana PC-PC ingin menutup malu dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengaku akan kesilapan yang mereka lakukan.  -NadiUKM

Advertisements

46 Responses

  1. memang pun..mase MMP kene solat cepat-cepat lagi-lagi waktu zuhur &asar.. alasannye sebab nak buat aktiviti lain yg ade dlam tentatif program..
    apa slahnya peruntukkan 1/2 jam untuk solat.. memang betul masa tu emas tapi utamakan la yang wajib..

    • solat perkara penting…tapi mungkin ada yg anggap cheers lebih penting…cik joyah dulu pon terkejar2 time solat..x khusyuk rasenya…yer la..lambat kne denda la..mner leh curik2 mse nk masuk lewat…nanti kena denda…tapi cik joyah x perasan lak ade pc yg kene denda kalau jOin aktiviti lewat…alahai juniour~

      • maaf la kalau menjawab..siapa yang mengatakan cheers lagi penting lagi solat?harap buktikan dan kalau boleh nama orang yang terlibat.

      • rozek : x semestinya melalui perkataan..perbuatan juga boleh menggambarkan..body languange dll..

  2. ada beza ke solat 5 minit n solat 30 jam?? yang penting khusyuk! 3 tahun aku jadik pc cukup je aku rasa masa budak2 solat.

    • jangan anggap mudah soal solat….kerana solat itu tiang agama…susah senang hambaNya bergantung pada solat…jangan kata solat cukup sedang x tau samada diterima atau tidak….kita tiada hak untuk menentukan cukup atau tidak solat melainkan memang tak ckp solat 5 waktu……yang menentukan solat diterima atau tidak adalah ALLAH…..bayangkan kalau solat tak diterima, tambah plak buat maksiat…..bala yang datang…nauzubillah….insaf dan bukak mata…buka hati….

    • ada perbezaan… 5 min dan 15 min dapat membezakan kualiti solat dan ketenangan jiwa masing2… cuba bayangkan bilik anda jauhnya 5 min dr tmpat berkumpul… u already guna 10 min utk perjalanan… x campur lagi dengan masa utk ambik wudu’, pakai telekung (utk muslimah) and masa utk solat yg sebenarnye…..

      Btw, ‘ 3 tahun aku jadik pc cukup je aku rasa masa budak2 solat.’ tu awak yg rasa bukan budak2 first years…
      pengalaman sepatutnya mematangkan seeorang bukan sebaliknye…
      p/s: maaf sekiranye menyinggung mana2 pihak…

      • saya cadangkan untuk tidak menuduh mana2 pihak..pc turut sama solat berjemaah dengan peserta..ambil inisatif..

        saya cuma fasi di bahagian matrikulasi..fc memang wajib untuk berdiri di saf hadapan sekali berjemaah..solat subuh,asar,maghrib dan isyak..Alhamdulillah prog mula jam 9..lega untuk melepaskan adik2 matrik pulang ke bilik..fc s a role model..b one of them ~

      • Maksud yang digambarkan di situ “Masa solat dan masa rehat yang diberikan cukup sebenarnya”. Cuba rujuk balik jadual MMP. Dan saya sangat-sangat suka cadangan PC solat berjemaah. Tahun mendatang, saya cadangkan ISIUKM dan GMUKM yang arif dalam perihal ini menjadi sebahagian daripada daripada MMP, bukannya menjadi “orang luar” yang tahu komentar sahaja. Penat kan walaupun sehari bertugas berbanding tujuh hari, kan?

      • rozek : masa yang diperuntukkan cukup2 makan..cuma mungkin ada sikap sesetengah pc yang memberi arahan di luar logika saat..disuruh berkumpul setengah jam awal..dll..kepada pc kelak,harap dapat budget masa..

    • bgtw aku mcm mne dlm mse 5 minit boleh solat dgn khusyuk dgn segelintir PC memetir mcm tak ade adab tak reti diam mse org tgh solat suruh cpt?!

    • yg rase pelajar2…bukan pc…kami solat pun terpaksa cepat2..kdg2 xsempat mandi…xke kotor..tolong la pk skit

  3. Assalammualaikum..
    Saya mewakili dari PC Pusat. Kami ada menasihatkan agar YDP setiap kolej dan PC yang terlibat dalam MMP ini menjaga perihal solat. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat kami sebelum ini oleh penyelaras kebajikan.
    Soal yang berlaku di Za’ba adalah perkara terpencil. Saya harap isu ini tidak dijadikan permainan. Perkara ini boleh menyentuh hati pelbagai pihak apatah lagi mereka yang beragama Islam. Andaian ini kedengaran seperti menuduh kami tidak menjaga perihal wajib bagi setiap orang Islam.
    Sedaya upaya kami selitkan bab agama di masjid, ceramah kenegaraan, ceramah motivasi bagi membangkitkan semangat pelajar. Bagi yang meminati dan ingin belajar perihal kebudayaan dan kesenian, kami cuba memberi pendedahan awal kepada mereka.

    Kami tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Apa yang kami lakukan adalah yang terbaik bagi pendedahan kepada adik-adik baru kita yang baru mengenal erti pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi memastikan kelancaran minggu ini, hasutan serta ancaman kami cuba elakkan kerana minggu ini kehadiran tokoh-tokoh ilmuan UKM.masa inilah soal disiplin dan akhlak pelajar UKM akan dilihat. Saya harap isu ini dipandang secara menyeluruh. Kita masing-masing masih belajar. Budaya hormati dan hargai setiap orang harus dipupuk.

    Nasihat saya, jika tidak dapat membantu tolonglah jangan menyusahkan. Sekian, harap maaf jika ada kekasaran.

  4. senior,x perlu la hiperbola smpai 30 jam..
    camner nak khusyuk kalu da terkejar2 dgn masa 5 minit je?? ko mn tau masa tu cukup?? budak2 tu terpaksa solat terkejar2 takkan la derang nak bg tau pc..

    • salah PC ke salah pelajar yang tidak beritahu?

      • Pc patutnya tahu..kalian yang memberi arahan kan..namapun pemudahcara..pelajar hanya mengikut,khuatir di cop sebagai pemberontak pula nanti..kalau Pc x ambil cakna kebajikan dan kerohanian pelajar..jangan guna nama Pc lah gtu..

      • rozek:kerana anda pc jgn ingat same ape yg dirasai pelajar…pc yg menegak kebenaran hanya 20 org tp pelajar yg rasa 1000 org..please la

      • pc tk salah…salah org yg buat tentatif program tu…saya penah jadik pc pusat untuk mmm…makan tk sempat solat pn tk sempat sbb kena berulang dari dectar n kolej..n maser tu saya tkder transport…makan nasi macam hirup sup jer ..solat plak mmg laju giler…baca ayat2 pendek jer doa pun tk sempat nk berdoa panjang2

  5. salam.

    saya rasa kes itu tidak wajar dijadikan sebagai terpencil. kalau memang benar itu adalah senario yg dialami oleh junior2, kalian perlu jadikan isu ini sebagai muhasabah utama selepas program dan memastikan ianya tidak akan berulang. ini bukan sekadar perkara yg perlu diperingatkan pada YDP atau PC kolej tp setiap individu yg terlibat dlm MMP juga perlu mengambil serius ttg hal ini.

    sy sgt2 bersetuju bahawa isu ini boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, dan besar kemungkinan sekali siswa2 muslim.

    yg sy perhatikan, bukan seorang sahaja junior yg berpendapat sedemikian ttp ramai lagi, cuma mungkin tidak diluahkan kpd PC. jadi amat2lah tidak wajar kalau isu sebegini hanya dianggap sbagai ancaman yg bakal merosakkan kelancaran program.

    alasan utk mengejar jadual program yg telah ditetapkan saya rasa tak berapa relevan. ini SEOLAH2 menggambarkan semasa penyusunan program lagi, perkara ini sudah dianggap perkara terpencil.

    dan memang diakui, kita tidak akan sentiasa dapat memuaskan hati setiap pihak, tetapi sy amat2 berharap agar perkara ini dapat dimuhasabahkan. jika objektif yg diletakkan adalah untuk mendidik junior baru ttg alam universiti, pasti kalian ingin menyentuh kesemua aspek, dan bukan hanya menekankan semangat kolej atau pengurusan waktu. walhal solat itu seharusnya (as a muslim) sebagai salah satu cara utk kita mendidik diri utk berdisiplin.

    sekadar pendapat.
    wallahua’lam.

    • kes terpencil maksudnya kes yang tidak perlu dibesar-besarkan. Faham dulu ayat tersebut baru bidas ye!
      sebab kes seperti ini saban tahun wujud dan cuba diatasi secara berperingkat. Yang memahami maksud tentu faham pening kepala hendak uruskan program sebenarnya.

      Siapa kata solat tidak wajib?Kita melarang berlakunya provokasi yang berbentuk penghinaan. Jika ada yang melarang untuk tunaikan solat, itulah kes BESAR sebenarnya! Bayangkan pelajar yang gagal kawal emosi setelah 5 hari berlaku, bukankah itu lebih kepada “amuk” sebenarnya?

      • en.rozek,anda nmpaknyer spt tdak mahu mengakui hakikat kekurangan ‘ruang2 agama’ dlam mmp. Ade hikmahnye pelajar tersebut amuk,kalau tak,smpai bile pon org tak sedar psal isu ne.Diakui anda dan pihak2 pc lain sgt2lah berjasa dan berpengetahuan ttg pntdbiran mmp,tp itu bukan alasan utk menegakkan benang yg basah. Kalu btol ade dibuat penambahbaikan dr ms ke smasa,harap2 tak timbul lagilah isu ne utk tahun dpan..

      • rozek:please la..saya rasa budak tu wajar buat mcm tu..sb sampai bile pun cara mmp same shja…cmerlang blajar tp agama sudah tipis…

  6. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.

    mmg benar sabda Rasulullah s.a.w, nk prakitikkan agama pd akhir zmn sgt ssh spt pd zmn mula2 islam naek dlu.

  7. salam..

    berani juga pelajar ini..salute sama dia..siapa yang selesa duduk dalam dunia percampuran yang melampau..yang seoalah tidak ambil pedulik soal ibadah wajib..apatah lagi sunat..perlu tahu dalam kalangan pelajar baru itu ada yang hafi / hafizah..x kurang juga yang sangat sosial..memang itulah realiti..semua melihat dunia dengan pandangan fizikal..bukan dari spiritual..

    saya pernah juga jadi Pc..ternyata memang waktu itu sangat diutamakan kerana sudah ada dalam tentatif program dan perlu diikuti..mungkin pihak Pc pusat boleh memikirkan alternatif untuk mempermudahkan pergerakan solat para pelajar..kalau waktu solat asar jam 4.45 perlu berkumpul jam 5.00 bagaimana seharusnya?peranan Pc adalah memudahkan para pelajar dan memastikan kelancaran program..mungkin jika masjid sesak , orang ramai berpusu2 mengambil wuduk..mungkin boleh buka ruang di atas…lagi khusyuk..atau bentang tikar di luar..kadang2 x muat masjid tu..

    kalau x cukup tempat wuduk apa alternatif?mungkin boleh ambil wuduk di dectar / sebagainya..

    terus terang malam terakhir saya keluar dari dewan…mana tahan,sudahlah seminggu kurang bertilawah..kemudian dihidangkan persembahan sebegitu?mashaAllah mana bisa jiwa ini..

    ini bukan menyentuh sensitiviti mana2 pihak sekadar mengetuk biar tersedar yang anda itu siapa..jika punya kuasa maka gunakan sebetulnya..ingat pahala lagi mahal ~

    • Pembetulan di sini.
      PC Pusat mengendalikan program di DECTAR pada jam 8 pagi sehingga 4 petang.

      Disambung pada jam 8 malam sehingga 11 malam.

      Ada penyelewengan kuasa ke?
      Yang membantu datangnya dari PC Kolej. 30 orang hendak kawal 3000-4000 orang?

      Kalau ada pengalaman jadi PC, pasti faham kan “SUSUNAN” program yang diatur. Saya rasa anda cuma PC yang “kurang” tahu

      • oh Pc pusat di dectar sahaja..IPT dan Matrikulasi lain coraknya..mungkin teguran di atas untuk Pc kolej..lupa pulak ada Pc pusat..

        mungkin Pc yang kurang tahu kot saya ni sebab baru 4 kali je terlibat dengan mmp..mungkin perlu lebih 6 kali ke kan ~

  8. Assalaualaikum….
    Untuk En. Rozek, perkara terpencil anda kata? Apa sebenarnya yang anda maksudkan dengan perkara terpencil? Masalah ini melibatkan kebajikan pelajar, adakah kebajikan pelajar adalah suatu yang tidak penting bagi anda? Walaupun anda enganggap perkara ni sebagai hal kecil, tapi perlu diingatkan bahawa hal yang melibatkan solat ni bukanlah hal kecil. Siapa yang mempermainkan siapa sekarang ni? Kai sebagai pemerhati yang permainkan isu ini atau pihak PC yang mainkan undang-undang Allah s.w.t.? Sedarlah kawan-kawan, peraturan-peraturan yang anda tetapkan dengan alasan nak disiplinkan diorang ni hanyalah undang2 biasa seorang manusia tetapi solat tu adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Kelebihan solat itu sendiri antaranya adalah untuk memupuk disiplin dalam kalangan umatnya. Kalau solat pun di hujung waktu, berdisiplinkah namanya tu??Sekadar peringatan, bukan untuk menyokong mana-mana pihak, tetapi untuk sampaikan apa yang benar. Sekiranya benar anda ingin terap pelajar-pelajar baru itu dengan disiplin, teraplah ikut acuan Islam. X perlulah ikut cara Barat sehingga melangkaui batas-batas yang telah digariskan oleh Islam. Wallahu’alam.

    • ini yang saya suka..hihi..
      sebab anda utamakan bahasa daripada isi. Untuk maklumat, perkara terpencil adalah perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

      Tanggungjawab adalah amanah, kan?

      Saya bagi point je sebab saudara/i pun ada jawapan sendiri yang boleh difikirkan dan dibandingkan.

      1. Saya cuma mengawal kelakuan pelajar dalam DECTAR bagi mengelakkan timbul suasana “kurang selesa”. Seperti diam ketika majlis ilmu. Terlalu ramai keluar masuk. Tiada kudrat hendak kawal semua, kan? Kalau tiada disiplin, apa akan jadi?

      2. Mengawal lalulintas bagi keselamatan. Bahagian keselamatan UKM tidak cukup bg mengawal keseluruhan.

      3. Saya menegur artikel ini. Sebab artikel yang dipaparkan tidak menceritakan “perjalanan” sebenar yang dilalui saya.

      4. Saya pun terkejar-kejar masa. Alhamdulillah, solat tetap dijaga. Sebab? Saya tahu hargai masa. Penat? Sebagai motivasi dalaman, “cuma seminggu untuk saya, tetapi kebaikan untuk adik-adik selama 3 tahun”.

      5. Soalan saya pula, terfikirkah oleh saudara, siapa yang susun kedudukan kerusi? Naikan backdrop? Kawal lalulintas ketika pelajar berpusu-pusu di jalan raya? Keselesaan VIP? Belum kira lagi hendak jaga hati pentadbiran UKM..malah hendak jaga hati semua pihak? kami ini dibayar ke? Hendak tuduh jangan melampau ye! Ketika kami membantu, anda di mana ketika itu? Renung-renungkan dan selamat muhasabah diri ye

      • rozek : saya rasa semua kata kat Pc kolej..Pc pusat kawalan program..Pc kolej kawalan pelajar..begitu kan?

      • en rozek yg pandai berbahas:jika anda rase cukup masa anda untuk bersolat,bagaimana pulak dengan yg nak mengaji slepas solat???tlg jgn tegakkan benang yg basah…3000-4000 org yang rasa lawan 20 org pc yg merasainya???

  9. isu utamanya apakah pengisian dlm MSK membentuk rohani dan akliah mahasiswa yg mantap?

    sekadar buat program nak membuli junior baru atas sbb nak bagi diorg respect kt senior tak payah la .

    -lagi senior, ex KAMSIS Kajai-

    • ini yang saya suka..hihi..
      sebab anda utamakan bahasa daripada isi. Untuk maklumat, perkara terpencil adalah perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

      Tanggungjawab adalah amanah, kan?

      Saya bagi point je sebab saudara/i pun ada jawapan sendiri yang boleh difikirkan dan dibandingkan.

      1. Saya cuma mengawal kelakuan pelajar dalam DECTAR bagi mengelakkan timbul suasana “kurang selesa”. Seperti diam ketika majlis ilmu. Terlalu ramai keluar masuk. Tiada kudrat hendak kawal semua, kan? Kalau tiada disiplin, apa akan jadi?

      2. Mengawal lalulintas bagi keselamatan. Bahagian keselamatan UKM tidak cukup bg mengawal keseluruhan.

      3. Saya menegur artikel ini. Sebab artikel yang dipaparkan tidak menceritakan “perjalanan” sebenar yang dilalui saya.

      4. Saya pun terkejar-kejar masa. Alhamdulillah, solat tetap dijaga. Sebab? Saya tahu hargai masa. Penat? Sebagai motivasi dalaman, “cuma seminggu untuk saya, tetapi kebaikan untuk adik-adik selama 3 tahun”.

      5. Soalan saya pula, terfikirkah oleh saudara, siapa yang susun kedudukan kerusi? Naikan backdrop? Kawal lalulintas ketika pelajar berpusu-pusu di jalan raya? Keselesaan VIP? Belum kira lagi hendak jaga hati pentadbiran UKM..malah hendak jaga hati semua pihak? kami ini dibayar ke? Hendak tuduh jangan melampau ye! Ketika kami membantu, anda di mana ketika itu? Renung-renungkan dan selamat muhasabah diri ye.

      neway, ada kes buli ke? waaa..hebat saudara..buktikan

  10. Aik? Masih ada lagi program buli2 pelajar nak bagi respect kat junior.
    setahu saya sejak zaman saya dulu dah ditiadakan, sekarang ada balik ke? Ini mcm kembali ke zaman batu ni…

  11. hahaha.. “jiwa yg suci”??
    klakar je dengar

  12. knp anda rasa “kelakar hati yang suci” wahai ann….
    mse sye thn 1 sme sperti plajar thn 1 skrg……..sme je…sedih betul..

  13. xde la… xkan la budak tu mgaku jiwa dia suci kot??

  14. lg menyedihkan…azan br je hbes,digantikan dgn suara PC pggl bdk2 soh kumpul…tgk2 pljr Islam rmi tak dtg lg, tp yg tak logiknye, PC Islam blh tnye,mne lg nie bdk2 nie??… tak tau malu btl la…cuba la fikir,time lps azan tu slt ke prog lg penting??? gunalah akal yang ada…

    pergaulan yg melampau berlaku pada PC2, bg pljr2 time tu alhamdulillah msh ok lg bg sy…

    • mcm tipu jer ko ni …selama aku jadik pc tk pnh pn kiter org wat camtu…aku png jadik pc pusat n pc kolej…kalo zhr msk kul 130 kul 2 baru kumpul balik..kalo mahgrib kul 730 kul 8 or 815 kena kumpul balik…..saya kolej kiy yer tk tau laa plak kalo pc klj lain wat camtu …if it really happen jahil beno laa pc tu

  15. pc harus ada kredibiliti seorang pc..jika tidak apa guna g kursus?seharusnya kursus itu mengajar bagaimana menjadi seorang pc..sudahlah di terengganu..ambil lah peluang lainlah kalau memang x diajar etika seorang pc..

  16. kah kah kah… kalau aku, sembahyang jer lah sekhusyuk mungkin… pc nak marah lantak lah… niat aku baik… demi Allah… tak khusyuk kurang pahala.. khusyuk kena marah dengan pc… lu pikir la sendiri~

    masing2 dah besar… benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir~ adoi laah…

    isu campur2 tu… ade sampai kena pegang2 ke? kalau dah bersentuhan tu… masyaallah ah… tapi kalau stakat duduk sebelah2… come on~ kau nak suruh pisah2 time mmp… tapi bile dah masuk minggu kuliah, ramai je duduk sebelah2 dalam dewan kuliah. tak jadi isu pun… jgn la idealistic sangat bro… nak sekat budak2 nih dari buat benda2 tu time mmp je… sedangkan bile abis mmp, semua tindakan diorang ni semua akan berlandaskan kematangan diorang sendiri…

    contoh senang lah, MMP semua pakai baju kemeja, seluar slack, kasut kulit hitam, kad matrik ngan tie. abis mmp, yang pakai macam ni time presentation jer kot!!! ade tak yang melekat nak pakai macam ni lagi?

    sebab ape tak? sebab semua tak pakai macam tu… seminggu mmp tu nak jadikan budak2 ni sempurna tak dapat la weh.. sebab after mmp, tu realiti sebenar..kuat lemah kematangan diorang, time tu lah… mmp ni senang cakap geli2 jer lah…

    • sekurangnya ada usaha mmp untuk mengajar pelajar bagaimana kehidupan Universiti yang sepatutnya..tentang masa,aktiviti2 di Ipt dll..

      – mana baik ambil mana buruk tinggal –

  17. mmg xdpt nak ubah lah wei kalau dah nmenya budaya turun temurun…sme je…..kalau bukan kte yg ubah spe lg …kalau bkn skrg ble lg…skdr pndpt…kdg2 prnh tanya gak kakak yg amik degree yang dah berkahwin anak penak dia kata x ptt wat cam bdk2 huhuu kesian kan…bukan semuanya yg yg msuk ni baru habis sekolah atau matriks pekiaqlah bebaik…

    • kepada si penulis berita: awak de ke mase die mengamuk. takde kan? so mcm mane awak tahu yang die mengamuk pasal tuh… kami ade kot pada waktu tuh… tanyer la first year 400 orang kat citu… sumer tahu ape yang si amuk tuh buat… mcm mane awak tahu yang die sedar mase die mengamuk tuh die sedar apa yang die cakap dan buat… sedangkan selepas semua junior pulang ke bilik masing2, die minta untuk jumpa dengan semua pc untuk mintak maap. dan die mengaku yang die tak sedar apa yang die ckp mase die mengamuk.. kesimpulannya: perlu ke marahkan pc atas sebab die mengamuk, dan mengenai waktu solat semua tuh, bukan pc kolej yang wat jadual(jadual dari pusat)… sekali lagi kesimpulan: setakat dengar dari sumber2 wanita bercermin mata baik takyah… kami lupa nak rekod kejadian tuh … kalo tak bole la upload dlm facebook atau blog nie…

  18. kalo ade kat tempat kejadian lebey baek dari mengata tak tentu pasal…penyampaian maklumat yang salah…tak kata fitnah..tapi lebey elok kalo bertanya pada pihak yang lebey mengetahui dan berada ditempat kejadian..kalo yang berada di tempat kejadian tak nak bagitahu..jangan timbulkan isu..ye solat itu penting! =)

  19. pada fikiran saya… jika semua PC pusat dan kolej berganding bahu dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab serta prihatin terhadap hak-hak adik junior,,, maka isu seperti tiada ruang masa utk solat tidak akn timbul… isu ini perlu diuruskan dengan bijak bukan mencari siapa yang salah… jgn kerana marahkan nyamuk maka kelambu yang di bakar? sy sendiri ade pengalaman di Ipta yang terkemuka di Malaysia juga punya masalah yang sama hingga menjadi rungutan kpd junior2 itu sndr… jika ade manusia yang ingin melakukan kebaikan jangan di halang niat murni mrk itu.. La dirara walla Darara.. Harap Maklum… semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd semua Pc yang bertanggjunghwab.. insyallah amin… sekian maaf jika terkasar bhs

  20. ana doakan orang di atas berjaya di dunia dan di akhirat. tapi PC memang macam tu pun. Kes menjadi terpencil sebab yang bisingnye sorang sedangkan lain tu rase tak de ape2 kalau x sempat solat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: