Perang DECTAR Pupuk Semangat Kekolejan

Bangi, 10 Julai 2010 | 9.00am – Selepas tamatnya Malam Percikan Seni 2010 kira-kira jam 11.00 malam tadi, beberapa kolej telah menyertai perang sorakan yang dikenali sebagai Perang DECTAR. Kolej yang paling lambat keluar ialah Kolej Rahim Kajai diiktiraf sebagai pemenang.

Sorakan dari kolej-kolej di DECTAR untuk menunjukkan kehebatan kolej masing-masing sekaligus memupuk semangat kekolejan yang menjadi salah satu objektif MMP. Namun, terdapat beberapa pandangan mengenai penganjuran perang DECTAR yang menjadi tradisi malam terakhir MMP ini.

“Saya melihat budaya perang DECTAR ini tidak intelektual sebagai kita mahasiswa, golongan berilmu. Lebih-lebih lagi ia mencemarkan DECTAR yang merupakan simbol keilmuan, yang mana kita menerima gulungan ijazah ketika graduasi. Tambahan pula, sesetengah sorakan yang dilakukan ada yang berbentuk emosi dan ejek mengejek,” luah Farah Ain dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK).

NadiUKM juga mendapat pandangan yang menyokong perang DECTAR untuk diteruskan, Nur Izzati dari Fakulti Sains & Teknologi berkata, “sorakan-sorakan dari kolej-kolej menunjukkan kesungguhan mereka untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Lagipun, tiada salahnya, hanya setahun sekali.”-NadiUKM

Advertisements

One Response

  1. nampak sangat la farah ain 2 dak yg x th apa2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: