Risalah Al-Bayan Aspirasi Tersebar

Bangi, 11 Julai 2010 | 10.00mlm – Kelab Aspirasi atau dikenali sebagai Sahabat 1 Malaysia telah menerbit dan menyebar risalah Al-Bayan pertamanya bagi semester ini. Risalah ini disebarkan di kolej-kolej malah di Masjid kampus. Di sini, NadiUKM menampilkan tulisan yang terdapat pada risalah tersebut.

Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2011. Tahniah diucapkan kerana berjaya menamatkan minggu orientasi ataupun Minggu Mesra Pelajar (MMP) dengan jayanya. Anda semua merupakan generasi baru UKM yang bertanggungjawab mendokong aspirasi universiti seterusnya menjayakan gagasan 1 Malaysia kerajaan pimpinan Datp’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada kesempatan ini, pihak Aspirasi inigin mengulas beberapa tohmahanyang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap pemudahcara (PC). Antaranya ialah tuduhan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) kononnya terdapat PC yang merampas booklet yang diedarkan oleh mereka kepada semua pelajar baru fakulti berkenaan. Untuk makluman semua, pihak kami mengambil tindakan tersebut kerana mengesyaki terdapat unsur-unsur politik luar diselitkan dalam edaran tersebut. Kami tidak mahu pelajar baru terlibat dengan politik pembangkang yang asyik memburuk-burukkan pihak universiti mahupun kerajaan.

Keduanya, isu pelajar baru diWAJIBkan untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Aspirasi. Sebenarnya, kami hanya memberi pilihan kepada pelajar baru untuk menyertai kami sebagai pihak yang mendokong ASPIRASI universiti dan mengelakkan diri daripada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang jumud, tidak profesional dan sering mengedarkan risalah haram. Namun, terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan kerana kami tidak pernah sekali-kali memaksa.

Isu melambat-lambatkan solat dan pergaulan bebas yang diuar-uarkan juga menunjukkan bahawa GMUKM sudah kehabisan isu. Dalam hal ini, kami pulangkan kepada anda semua untuk menilainya kerana kami sudah berusaha sedaya-upaya untuk memberi ruang kepada mahasiswa untuk menunaikan kewajiban solat. Aktiviti yang bercampur antara lelaki dan perempuan juga sudah menjadi kebiasaan di universiti kerana mereka boleh saling berkongsi idea dan bertukar pendapat. Justeru isu ini tidak sewajarnya diperbesarkan kerana ia hanya menampakkan kelemahan pihak GMUKM. Akhir kata, marilah bersama-sama kami untuk merealisasikan ASPIRASI universiti.

Terdahulu, pihak PC Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ibrahim Yaakub telah dilaporkan mengambil booklet yang dikeluarkan PMFST tajaan pentadbiran FST dari tangan mahasiswa/i FST di dua kolej tersebut. Kemudian, seorang mahasiswa baru di Kolej Pendeta Zaaba dilaporkan mengamuk berikutan PC-PC yang tidak menjaga pergaulan antara lelaki perempuan dan tidak menekankan solat sepanjang pengendalian MMP. Pihak GMUKM pula ada menuduh kelab Aspirasi mewajibkan mahasiswa baru mendaftar diri Kelab Aspirasi atau nama lainnya Sahabat 1 Malaysia umpamanya di Kolej Dato Onn.

Justeru itu, pihak NadiUKM menyerahkan kepada mahasiswa untuk menilai. Mahasiswa bijak mahasiswa yang menganalisis.-NadiUKM

Advertisements

12 Responses

  1. apalah nk jd dgn PC UPAHAN nih…ad ke solat dilengahkan ramai student2 baru mengadu kt UO…budak2 kata ” KEROHANIAN MANA??? KNP KOLEJ NIH XDA LANGSUNG KEROHANIAN…ishk2 statement nih sngt hina..tnye sendiri PENGETUA KNP JD CMNIH hanya dia jek yg tau why!!!!

  2. sebenarnya bukan PENGEtUA kolej ye yang tahu, tetapi setiap mahasiswa yang bijak(menganalisis) dah pun tau kenapa…x perlu susah2 jumpa PENGETUA untuk tanya..saya amat tertarik dengan statement yang mengatakan “pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa di universiti”. Fuhh..nampaknya mereka memandang budaya universiti lebih tinggi daripada hukum Allah!Sedarla! Budaya ciptaan manusia x ke mana malahan hanya mengundang keburukan.

  3. seboleh-boleh nadiukm ni nk menangkan pe yg dieorg post..dasar biased..keje nk wat huru-hara kt sini aje.

    kalau brani tunjukkan sgale risalah yg bkn dr aspirasi la mse mmp ni.

  4. knp pula isu melewatkan solat dan pergaulan hebas dikatakan kehabisan isu…dah memeng nyata terang lagi bersuluh…dulu mse sye orientasi pun cam tu….isu tu x akan habis…
    dahla suh masuk aspirasi katanya kalau x masuk kena saman…itu x dikatakan paksa…x payahla berdalih wahai aspirasi….aku yg rasa dan tahu depan mata….

    • aku pon plik,bile diketengahkan isu agama sket jer,dikatakan kehabisan isu..mcam solat 2 bende main2 plak di buat..yelah,da akhir zaman ne org yg mengamalkan agama akan dikatakan jumud n ktinggalan zaman..perkara biasa campur laki perempuan??wah,statement ne sgt dasyat…ape idea x kluar ke kalu tak campur dua2 jantina 2?

      ~lalu syaitan memperindahkan pada (pandangan) mereka akan perbuatan mereka (yang sebenarnya mungkar),maka Dia-lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini (Hari Kiamat) dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

      [al-Nahl 16:63]

  5. kelako la pulak den baco risalah al-bayan nhe..

  6. 4 sure ke nie risalah al bayan yg sebenar???
    mane tau ade org yg tiru al bayan coz nk buruk2kan aspirasi??

  7. ann kalau x sure tentu dah kecoh dah aspirasi kata “itu bukan risalah kami”..senyap je depa..lu pk la sindirik..

  8. lol…. mmg dari dulu lg… cmni la stail dia… pastu sapa yg join aspirasi dia agkt jd ydp kolej and mcm2.. sape yg xjoin xleh… minggu pelajar tak tau apa2 pon da kene serang… hua3…

  9. pasal student mengamuk kat zaba: korg pegy tanyer student tuh sendiri , die student fpi. tanyer die kenape menagamuk? sebab elok tanyer die sendiri, kami malas nak cakap kat cni. jatuhkan maruah die. kalau tak tau sebab ape jgn main tulis jer… korg ade ke waktu die menagamuk, sebab musabab die mengamuk, die cakap ape mase mengamuk. takde kan??? setakat dapat info dari seorang saksi wanita bercermin mata baik takyah… korg tahu hukum… aku bg hint la ckit: die mangamuk bukan sebab yg dinyatakan tapi sebab (sebab yang bole menyebabkan misteri nusantara dtg ke zaba)… tulah kalo takde time tuh jgn memandai sebut …

  10. Aspirasi sememangnye kelab paling malas di UKM.

  11. sesiapa yg mengambil hak orang lain (booklet) tanpa izin empunya yang sah sedangkan si pengambil itu tidak mempunyai apa-apa hak sekalipun ke atas harta (booklet) itu, hendaklah dipulangkan segera sementara masih di dunia.
    Sesungguhnya, umat manusia amat digalakkan mengambil sesuatu yang hak sahaja.

    Renung-renungkanlah..sementara masih didunia ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: