Mahasiswa Lapor Polis Terhadap MP Serdang

Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis ekoran penyebaran risalah anti dua akta kontroversi – ISA dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) – yang ditemui dalam universiti itu semalam.

Ahmad Mustaqim Murad, 21, pelajar tahun akhir jurusan geografi meminta pihak polis menyiasat bagaimana risalah sebegitu boleh beredar dalam kampus yang tidak boleh dimasuki orang luar.

“Bagaimanakah kawalan keselamatan para pegawai keselamatan?” soal Ahmad Mustaqim dalam laporan polisnya di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang kira-kira jam 2.30 petang ini.

Dalam laporannya, pelajar berkenaan menyoal apakah terdapat orang luar yang mengedarkan risalah itu memandangkan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching didakwa masuk ke UKM pada 2 Jun bagi bagi memberikan sokongan terhadap empat mahasiswa universiti itu yang dirujuk kepada AUKU atas dakwaan terlibat dalam kempen pilihan raya kecil.

Ahmad Mustaqim mendakwa, risalah itu ditemui petang semalam di depan pintu bilik di sebuah kolej kediaman di UKM selain bertebaran dalam kuantiti yang banyak di pelbagai tempat.

Beliau menegaskan universiti merupakan kawasan autonomi dan tidak boleh mana-mana parti politik.

“Oleh itu saya hadir ke balai polis membuat laporan meminta agar polis menyiasat siapakah yang mengedar risalah ini yang berbaur hasutan untuk mengajak mahasiswa lain menghapuskan AUKU dan ISA,” laporan polis itu dipetik.

Sementara itu, Teo ketika dihubungi Malaysiakini menafikan risalah itu diterbitkan pihaknya.

“Saya langsung tiada apa-apa pengetahuan tentang risalah ini,” katanya yang mendakwa gambarnya diambil daripada salah satu poster kempennya dalam pilihan raya umum lalu.

“Bagaimanapun, pendirian saya terhadap AUKU adalah jelas, iaitu mansuhkan AUKU.

“Dan saya menyokong keempat-empat pelajar yang sedang menghadapi prosiding disiplin AUKU kerana pergi ke Hulu Selangor semasa pilihan raya kecil.

Teo juga memberitahu beliau tidak pasti apa motif mahasiswa terbabit membuat laporan tersebut terhadapnya. 

sumber: malaysiakini

Advertisements

One Response

  1. ekelee mustaqim niih,die satu kelas ngan aku mse shortsem baru2 niih..aku dengar nme die kne sebut sbb de org sign utk die tapi die tak g kelas smpailah satu hr tu kantoi sbb letcure aku buat kuiz n kutip sorang2…x silap aku awek die pun satu kelas ngan aku gak,rajin lak wat report polis..tap kelas?? kalo dh taknak dtg takyah aah soh awek sign kan utk ko..hampeh je,berani x dtg kelas berani aah tanggung,aku pun slalu gak x dtg kelas tap xde nye aku soh awek aku or kwn aku sign kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: