Aspirasi VS GMUKM Di Pentas Pidato

Bangi, 15 Julai 2010 | 5.00pm – Sudut pidato yang terletak bersebelahan Fakulti Ekonomi Perniagaan (FEP) dikerumuni oleh ramai mahasiswa yang mahukan penjelasan dan mendengar hujah dalam Debat Perdana pada jam 11 pagi tadi.

Debat Perdana ini dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berkaitan dengan isu Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang menampilkan wakil dari MPP Aspirasi PMUKM iaitu Saudara Hamzah (Presiden PMUKM), Kamal Ali (Setiausaha Agung & Kerohanian) dan Rasydan (Exco Prasarana, Pengangkutan & Keselamatan) wakil dari pihak haluan kiri iaitu Saudara Hafiz Razak (Pengerusi GMUKM), Faiz Ismail (MPP Mahasiswa) dan Mohd Fadhlan (Exco R&D ISIUKM).

Debat ini dipengerusikan oleh Saudara Firdaus selaku Pengerusi Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU). Antara isu yang didebatkan adalah mengenai isu rampasan booklet PMFST, solat, doktrinisasi, dan juga edaran borang pendaftaran Aspirasi.

“Saya sangat bersetuju aktiviti ini diadakan kerana ia dapat membuka minda disamping kita dapat timbal balik persepsi dan pandangan kita terhadap sesuatu isu selepas diberikan penerangan, ” luah saudari Sarah dari Fakulti Sains & Teknologi. Katanya lagi, budaya berpidato atau luahan pandangan harus dimanfaatkan sepenuhnya di Sudut Pidato ini memandangkan ia saranan dari pihak kementerian.

Tambahnya lagi, kita tidak seharusnya melupakan pengorbanan yang dilakukan mereka yang bertungkus lumus menguruskan mahasiswa baru. Debat ini biarlah menjadi satu medan muhasabah yang baik untuk membaiki kelompangan agar MMP pada tahun hadapan dan seterusnya lebih baik lagi dan dapat melahirkan mahasiswa acuan UKM yang sebenar.

Apa yang menarik adalah kelantangan bersuara oleh individu lain untuk turut memberikan pandangan seperti wakil dari PC Kolej Burhanuddin Helmi, PC Kolej Tun Hussin Onn, Timbalan Pengarah MMP, YDP PMFST dan juga wakil mahasiswa tahun 1.

Pentas pidato ini seharusnya digunakan dengan kerap, bukan hanya isu yang berada dalam lingkungan kampus saja, tetapi juga berkait dengan isu negara seperti ekonomi, sosial dan sebagainya. Mahasiswa boleh meluahkan pandangan, cadangan mahupun mengkritik bagi menggalakkan pemikiran kritikal yang menjadi aset penting mahasiswa. Mahasiswa yang berpandangan jauh mempunyai hujah yang ditampil bersama bukti dan fakta yang kukuh untuk dijadikan sandaran. Bagaimanapun ini adalah suatu permulaan yang baik bagi semester ini. NadiUKM mengharapkan suasana ini berterusan dan tidak berkisar mengenai politik kampus semata.-NadiUKM

Advertisements

5 Responses

  1. akhirnya datang gak ASPIRASI ni ke pentas debat…bleh aah perhebatkan lagi hujah kedua2 belah pihak.Tapi aku sangat suka aah dak2 GM ni bercakap..korang kutuk aah dorang pe,aku tgk dak2 ni cool je mnjawab..siap bg ayat Al-Quran memantapkan hujah..dak2 Aspirasi korang aku nasihatkan kalo yakin dengan jawapn korang jawap je,yg palin penting jgn anngap debat utk brgaduh..anggap debat medan menyampaikan sstu atau mnerangkan keadaan sebenar…

  2. apa gunanya bergerak atas nama Islam, tapi suruhanNYA tidak dipenuhi. Boleh pulalah ada dak gm (lelaki) yang membonceng perempuan (bukan muhrimnya). Igt baik sgtlah yang berkopiah dan pandai berhujah tu ye. apa gunanya jika bergayut di telefon berjam-jam dengan perempuan. Serupa juga mcm kami di pihak aspirasi. tiada bezanya antara kita. Sesungguhnya yang menentukan seseorang itu berdosa, masuk neraka atau tidak, adalah kuasa Allah swt.

  3. apa sahaja yang kalian nampak..harus tabayyun a.k.a mohon penjelasan dan penerangan..jangan dituduh..kalau nampak kapel2 kat luo tu,perkara pertama ditanya ‘dah kawin?’..x leh nak terus hukum..tapi gerenti la semua tu belum lagi..siap bagi alasan ‘kami dah tunang’..dey macha tunang belum hak milik ye..

    kepada semua aspirasi dan gmukm termasuk saya..sama2 jaga pergaulan..orang2 fasik akan selalu menyebarkan fitnah2 untuk menjatuhkan..

    -kalau bukan fitnah x apalah..jatuhkan jek-

  4. bdak final year,jgnla slahkan org yg berkopiah..tp slahkan perbuatan die 2..kpd bdak2 GM anda spatutnyer rase terpukul dgn komen bdak final year ne..manfaatkanla ilmu agama anda sebaiknye..jgn smpai wujud fitnah dlam perjuangan anda menegakkan islam

  5. kalau bukan mereka saudara seislam kita nak tegur spe lg?nak harapkan mereka yg non-muslim malulah kte….menegur itu utk diri kte sendri juga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: