SPKG

Bangi, Ahad 18 Julai 2010,  SPKG merupakan satu sistem baru yang telah diperkenalkan di peringkat UKM, merupakan satu sistem yang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan graduan-graduan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mempunyai pengalaman yang baik dalam mendepani masyarakat pada masa akan datang.

Walaupun begitu, sebelum ini sistem SPKG mendapat pelbagai tentangan dari beberapa pihak termasuk mahasiswa/I sendiri terutamanya GMUKM kerana merasakan bahawa sistem ini masih terlalu awal untuk deperkenalkan kerana terdapat beberapa perkara yang masih samar-samar dan kurang jelas terutamanya dari sudut pembahagian markah iaitu 51% diperingkat kolej dan markah-markah ini diberikan oleh jaksa dan felo-felo. Timbul pelbagai tanggapan apabila terdapat sebahagian pelajar yang mendakwa tertindas dengan sistem ini walaupun ada sebahagian yang lain menafikan. Disesetengah kolej terdapat masalah dimana terdapat pelajar yang aktif tetapi mendapat markah yang sangat rendah dan ada juga pelajar yang tidak aktif tetapi mendapat markah yang sangat tinggi.

Terdapat juga sebahagian yang mendakwa sistem ini digunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu kerana terdapat pelajar yang merasakan hak mereka dinafikan kerana mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan felo atau jaksa yang berkuasa untuk memberikan markah bahkan ada sebahagian pihak yang menggunakan atau menjadikan sistem ini untuk menakut-nakutkan pelajar terutamanya pelajar tahun pertama agar mereka mengikut semua program yang dibuat dikolej-kolej.

Tentangan yang hebat dari mahasiswa/I tentang ketelusan sistem ini terutamanya oleh GMUKM dan tidak ketinggalan juga pihak PMUKM telah memaksa pihak universiti mengkaji semula dan berjanji akan membuat penambah-baikan  pada tahun ini. Persoalannya sejauh manakah perubahan yang akan dilakukan dan apakah jaminan dari pihak universiti bahawa sistem ini tidak akan salahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu kerana sehingga hari ini masih belum ada hitam putih yang boleh dijadikan bukti bagi mebuktikan janji-janji tersebut. NadiUKM

Advertisements

One Response

  1. ya….saya mahukan penjelasan…dah timpa kat diri sendiri…….tolong bagi penjelasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: